Seorang Ibu

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak kongsi cerita tentang ibu kami, aku tergerak menulis kisah ini sebabnya tiba-tiba aku terfikir… Adakah kita kenal 100% perangai ibu kita sendiri?

Untuk memudahkan penyampaian cerita aku cuba tulis dalam bentuk point penting kemudian buat penjelasan seringkas mungkin.

1. Kasih Sayang

Adik beradik aku anak lelaki lebih ramai berbanding perempuan – lelaki 5, perempuan 3, aku kakak sulung maksudnya aku ada adik lelaki 5 orang dan 2 adik perempuan.

Adik bongsu perempuan dan seorang adik lelaki iaitu anak kedua bongsu yang masih bujang, yang lain dah kahwin dan beranak pinak.

Mengikut pengamatan dan pemerhatian aku, ibu lebih ‘sayang’ anak2 lelakinya berbanding anak2 perempuan dan menantu2nya, dapat dilihat dari body language dan cara percakapannya

Ada banyak keadaan berat sebelah, kalau anak perempuan dan anak menantu buat salah kena marah kaw-kaw siap diungkit kesalahan lalu tapi kalau anak lelakinya buat salah marahnya sekejap saja dan selesai begitu saja.

2. Pedas

Ok, ini bahagian yang tak masuk akal bagiku tapi terjadi.

Ibuku sangat sangat sangat anti, Big NO dengan makanan pedas.

Sampai tahap kalau kau masak masakan yang sama tapi satu masak pedas dan satu lagi versi tak pedas contohnya kau buat sambal belacan pedas dan sambal belacan tak pedas… pun kena komplen juga waduh waduh, hahaha…

Dia akan selalu berkempen masakan pedas itu tak baik, jangan makan pedas katanya.

Ada betulnya kata-kata ibu tapi kami tak pernah paksa pun dia makan pedas siap masak yang tak pedas untuk ibu, tapi itulah dah macam tu mind set dia. Susah nak ubah @ biarkan saja begitu.

3. Bossy

Susah nak terima pendapat, aku kadang2 malas nak bagi pendapat hal-hal berkaitan family, sebab dah tahu sangat perangai ibu…

Kadang-kadang aku terfikir mungkin ibuku ada bakat terpendam menulis novel sebabnya dia selalu saja buat ‘ayat-ayat helah’ dan selalu bercerita versi cerita tergantung/ saspen.

Lama kemudian akhirnya aku simpulkan mungkin ada kaitan ataupun pengaruh unsur politik yang mencorakkan ibuku jadi sebegitu (ah kau sendiri faham orang politik macam mana)

Oh ya ibuku agak aktif juga bab politik di kampung, walaupun setakat ahli biasa2.

4. Kerja Kerajaan

Ibuku sangat suka mereka yang bekerja kerajaan, ianya satu kebanggaan di kampung, aku sendiri pernah ‘dipaksa’ menjadi guru. Ok aku turutkan kemahuan ibuku sambil hantar permohonan guru sambil berdoa semoga result fail. Nasib baik fail fuh lega.

5. Ambil Hati

Pun begitu, kita sama2 tahu tiada manusia sempurna termasuklah ibuku, aku dan kita semua.

Syukur kami adik beradik anak menantu cucu walaupun ada waktunya berselisih faham berlainan pendapat, sampai waktu perayaan atau ada majlis keluarga seperti kenduri dan kahwin… semuanya berjalan lancar.

Macam aku yang dah faham sangat feel ibu, aku tak layan sangat atau buat tenang2 saja, rileks kalau tiba2 ibu buat ‘drama’.

Fikir panjang masa kita kecik2 dulu zaman budak2 berapa banyak perangai keanak-anakkan kita yang ibu kita kena hadap setiap hari… tak termasuk perangai kita semasa remaja dan dewasa.

Ok lah untuk point ‘ambil hati’ ibuku senang saja. Dia suka pisang, anggur, kuih muih traditional dan masakan kampung, NO PEDAS. Dan kalau kau jenis pandai sembang, iyakan saja semua yang dia cakap, confirm aman damai semuanya.

Untuk keharmonian rumah tangga aku dan suami, setelah berkahwin kami berumah sendiri berdikari sendiri kerana aku percaya kita orang muda ada perancangan tersendiri untuk masa hadapan kita yang kadang2 orang tua tak setuju, old school vs new school.

Tapi time cuti, perayaan atau bila2 masa terluang kau jangan lupa ziarah orang tua & telefon tanya khabar sewaktu berjauhan.

Walau mengulang skrip yang sama bertanya khabar orang tua, kucing2 di rumah, bunga2 ibu subur ke tidak, itu jauh lebih baik berbanding senyap terus. ‘Kecil yang besar’ nampak macam kecil, remeh tapi ianya sesuatu yang besar yang mungkin itu antara ladang pahala kita, mungkin…

Ok setakat ini saja untuk hari ini… tata…

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *