Assalamualaikum dan hai semua. Intro pasal diri. Saya awal 30an. Dah berkahwin. Anak dua. Suami saya, Din muda setahun dari saya. Tapi dari segi tanggungjawab dia seorang yang sangat bagus.
Saya tertarik dengan suami sebab tengok cara layanan suami pada keluarganya yang sangat bertanggungjawab.
FYI, saya ada ayah yang tak pernah bagi nafkah pada ibu saya, duit belanja sekolah kami dulu nak minta macam nak mohon zakat. Punyalah susah. Hihi.
Tapi Alhamdulillah ayah saya bukan kaki pukul cuma kaki sebat dengan tali pinggang saja masa kecik2 hahah dan masih sediakan rumah untuk kami berteduh. Tu pun dah rasa kami ni macam menyusahkan dan jadi penumpang dekat rumah dia.
Ibu saya pula, pernah saja nak angkat kaki dari perkahwinan tapi ayah saya tak nak lepaskan. Maybe sebab kalau tiada ibu saya, siapa nak uruskan A to Z ayah saya.
Tapi ibu saya adalah orang yang sangat penyabar, happy go lucky, disayangi anak menantu. Menantu2 perempuan bebas nak cerita apa2 termasuk bergosip pasal anak2nya sendiri.
Mungkin sebab ibu pernah merasai jadi menantu yang kena buli, sebab tu ibu tak nak buat menantunya rasa macam tu.
Ok, so sebenarnya nak cerita pasal suami dan keluarganya. Alhamdulillah keluarga suami baik2, jaga solat, pakai tudung labuh (so boleh assume lah family nya macam mana).
Macam saya cakap, Din seorang bertanggungjawab pada keluarga. Dan saya pernah experience ayah yang not good ni saya sangat berhati2 dengan lelaki.
Bagi saya, baguslah Din jaga syurganya. Saya bidadarinya. Cewah.. nak bidadari kena masuk syurga dulu ye tak.
Dulu saya pernah bekerja. Gaji RM2500++ fresh grad. Agak besar untuk fresh grad. After 2 months kahwin, saya quit sebab nak ikut suami ke Pahang. Tengah honeymoon time semuanya nampak indah. Hihi.
Din ni kerja gaji tak besar. Tiada bonus. RM1500 gajinya. Tapi berkat Din sentiasa jalankan tanggungjawabnya, berkat gajinya.
Saya tak pernah lagi makan nasi dengan garam sepanjang kahwin dengan Din. Adik beradik saya pun jenis murah hati tak berkira.
Saya ada buat jahit jual dekat shoppee tapi lepas ada anak tak sempat dah nak buat. Anak2 saya jenis high demand baby.
Din semuanya ok. Cuma Din ni sangat ‘kalah’ dengan umi. Masa saya berhenti kerja, umi pernah call ibu saya, dia cakap, “Guane Joyah ni benti keje? Din kijo sorang loni..”
Ibu saya terkejut juga bila umi tanya macam tu. Ibu saya slowtalk cakap, “nanti lepas bersalin keje lah tu..” lama baru ibu saya beritahu saya hal ni.
Saya tak pernah cerita dekat suami sebab saya tahu suami takkan percaya umi nya akan cakap macam tu.
Umi saya ni overall ok saja pada saya. Bagus didikannya pada anak2. Semua anak2 sangat sayang pada beliau.
Din ada 6 adik beradik. Ada 2 perempuan, 4 lelaki. Din anak lelaki sulung. Jadi, Din ni macam kena care of everything. Saya pun fikir, ok saja asalkan Din tak abaikan saya.
Umi sangat mudah menangis depan anak2. Kadang2 saya pun pelik. Rindu cucu sampai menangis. Rindu anak sampai menangis. Selalu mak2 ni menangis tak tunjuk, tapi umi ni suka tunjuk.
Umi ni soft spoken taw. Setiap hari anak2 kena video call. Sampai saya pun kadang2 terlibat sekali sebab rindu nak tengok cucu2 sedangkan video, gambar saya dah hantar.
Saya ni housewife sebelum ni. Umi pun sama tapi umi ni cuma memasak, kerja rumah lain semua Walid buat. Saya ni sibuk dari bangun tidur sampai tidur semula tak Berhenti kerjanya..
Suami saya memang serahkan kerja rumah pada saya. Hanya yang pernah jadi housewife saja tahu nak tengok Hp, shoppee pun tunggu semua orang tidur baru sempat. Hihi. Tapi saya terpaksa layankan sebab nanti Din kecik hati kalau saya tak layan umi.
Ditakdirkan saya dapat kerja beberapa tahun selepas hunting job everywhere. Gaji tak besar. RM2000 starting.
Saya accept sebab bukan senang nak dapat kerja dan saya tak umi susah hati Din susah menanggung saya. Saya kerja untuk dapat experience. Saya kena PJJ dengan Din. Saya duduk semula dengan ibu saya dekat Selangor.
Since that job is in Selangor. Saya bawa baby saya. Anak sulung saya bagi suami jaga sementara. Rindu sangat.
Suami berkeras tak nak bagi anak sulung saya jaga. Sebab sebenarnya dia nak hantar anak sulung saya pada umi nanti. Din nak biasakan anak sulung saya biasa tak tengok saya. Sebab umi selalu rindu cucu.
Oh ya, umi ada seorang cucu yang dijaga dari baby. Anak kakak ipar saya (Dia dah Bercerai, saya ni satu2 menantu ada sebab adik beradik lain belum kahwin).
So kakak ipar saya dah ura2 nak bawa anaknya tinggal sama dengan dia since dia macam dah boleh coop dengan situasi dia & ex husband. Tapi umi macam susah nak lepaskan juga cucu dia yang sorang tu.
Mungkin disebabkan itu, suami saya macam nak elak umi sunyi, nak diberi jaga anak sulung saya.
Tuan puan, saya ni bila pasal umi, saya sangat malas nak komen or nak berbalah dengan suami. Tapi sekarang melibatkan anak saya. Kenapa umi tak faham perasaan seorang mak. Sedangkan dia juga seorang mak.
Apa yang saya perlu buat?
– Menantu Heartless (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit