Seorang Pelajar Universiti

Seorang Pelajar Universiti

Sesudah Tamatnya Sekolah Tingkatan lima, Pelbagai rasa yang dinanti sehingga Hari pengumuman Keputusan SPM tiba. Ibu bapa Kau,Adik Beradik Kau dan segala sedara berkait dengan dirikau mengeluarkan pelbagai tanggapan,pandangan dan rancangan sehingga ke rancangan Negara pun berkait dengan dirikau selagi mana hari itu belum tiba. Segala harapan ditaruh pada dirikau sehingga kau merasa tersesak nafasnya di kerongkong. Lumrah biasa manusia yang semestinya inginkan kesempurnaan,kecantikan,kekayaan dan selebihnya.

Tiba hari dinanti, tepat pukul 11 pagi keputusan diumumkan. Kau beratur daripada pagi atas desakan Ibu bapa kau suruh pergi cepat ke sekolah. Kau pun menghambakan dirikau beratur dibelakang kawan kawan SPM kau.Tiba Nama kau dipanggil “…………”. Kau cemas dan kau kehadapan bertemu guru kau.Guru kau menghulur slip keputusan dan tiada kata kata daripada mulutnya. Kau diam dan mengambil slip itu. Kau berlari kebelakang barisan dan semua kawan kawan bertanya “berapa?”, Kau diam dan melihat slip itu. Kau hanya mampu melihat dan terpaku.

Perjalanan pulang ke rumah. Hari itu kau rasakan Panjang sekali. Telefon rumah kau tak henti henti berdering. Ibu kau sentiasa di tepi telefon rumah itu. Ibu kau sentiasa bersedia. Segala sedara,sahabat dan siapa yang berkaitan dengan kau tiada henti menelefon bertanya akan berapa “A” yang hadir dalam Slip itu. Ada yang memberi semangat dan ada yang menunjuk lagak akan kerana anaknya mempunyai lebih “A” dari kau.
Hari itu telah berakhir tetapi ia bermula perit kembali selagi mana keputusan UPU kau boleh diumumkan. Kakak dan Abang kau memberikan cadangan apa yang patut kau sambung di Pusat Pengajiaan tinggi. Jika kau bernasib baik dengan keputusan SPM kau,penglibatan kau dan segala tok nenek yang berkaitan dengan syarat yang perlu kau penuhi untuk masuk ke Universiti.

Hari demi hari telah berlalu,Tiba-tiba;mak cik kau memberikan kad kahwin anaknya. Esok adalah hari tersebut. Malam itu, mata kau tak mahu lelap. Kau leka memikirkan apakah soalan yang bakal tiba. Hati kau dirunding lara sekali lagi. Hati kau merintih akan hadirnya hari esok.

Hari esok telah tiba; Hari perkahwinan kakak saudara kau. Ibu kau telah mengatur seribu acara akan apa yang harus dilakukan pada kenduri tersebut. Kau telah ditugaskan sebagai orang terlibat dalam acara rewang kenduri itu. Kau lah segala pemotong pada hari itu tak kira bawang,cili dan sebagainya.Hatiku kau resah dan gelisah kerana bakal bertugas bersama sama makcik-makcik rewang disana.

Petang telah tiba, Hari yang kau rasa panjang telah menjadi pendek. Badan kau lemah dek tugasan dan pelbagai persoalan yang diaju. Hakikatnya, hari ini kau telah tempuh kerana kau berjaya membantu kenduri itu dengan tenaga yang kau ada. Hari- hari yang perit telah kau jalani, tiba hari keputusan UPU yang dinanti.
Hari Upu keluar yang dinanti. Kau bangun lewat sekali, kau dengar jeritan gembira daripada ibu bapa kau diruang tamu. Kau turun kebawah. “Tahniah, ………. dapat diploma sains di Universiti…….” kata ibu kau. Kau gembira kerana berjaya menjalani hari hari yang perit sehingga hari Keputusan UPU ini keluar. Tahniah aku ucapkan jika kau berjaya tempuh hingga ke hari yang kau nantikan. Apa yang kau lalui hanya 0.01 peratus daripada alam dewasa yang bakal kau tempuh. Sesudah kau memasuki ke dunia universiti; kau akan kenal bagaimana dunia itu sebenarnya. Ada yang manis dan ada yang masam.

Nasihat aku, peluang diberikan; gunakan sebaik mungkin menuntut ilmu. Jangan sangka kau bijak di alam persekolahan;kau akan bijak selamanya. Jangan mendabik dada jika kau berjaya mendapat berpuluh puluh “A” dalam Slip kau. Kata orang “ Langit tak selalunya mendung, Bola tak selalunya bulat”.

Hanya sekadar Coretan

Yang menulis, Nurul

– nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *