Seorang Perokok dan Pendusta

Assalamualaikum semua. Semoga kalian berada dlm keadaan baik dan sejahtera hendaknya . Thanks admin kerana sudi publish artikel aku ni. Ini adalah kisah benar dalam kehidupanku. Sebelum aku melanjutkan penceritaan aku. Aku mohon maaf awal2 kpd perokok di luar sana. Niat bukan untuk menyinggung perasaan siapa2, aku cerita ni lebih kpd diri aku. Aku harap sangat jangan terasa.

Nama aku Zaid. Sudah berkeluarga hampir 12 Tahun. Aku mula terjebak dengan rokok pada usia 17 tahun (waktu exam SPM) Hampir 18 tahun aku berkawan rapat dengan rokok sampai sekarang. Mula2 bercinta dengan wife aku dulu, dia ada bertanya “aku smoking tak?” Waktu tu memang jujur. “Ya!! Smoking”. Dia cakap “stop lah lepas ni”. Aku pun akur je. “InsyaAllah lepas ni saya stop k” Niat pada mulanya memang nak stop tapi rindu tu asik datang je. Meluat betul!! Orang yang merokok pasti faham rasa rindu itu.hehe Tanpa pengetahuan dia aku still merokok sepanjang 3 tahun perkenalan kami.

Sampai lah aku berkahwin waktu zaman study still aku tak stop smoking lagi. Curi2 smoking tanpa pengetahuan wife aku. Tak rasa bersalah ke? Conform la rasa bersalah. Dah la smoking, dusta lagi. Dosanya aku.. hm.. Perkara ni berterusan sampai lah hampir 7 tahun umur anak 1st aku still smoking curi2. Wife tak bau ke? Tak syak ke? Hanya perokok yang curi2 hisap je yang tau. Haha. Gula2 memang tak pernah putus. Perfume tak pernah habis. Ada je stok. Lotion memang ada selalu dalam kereta. Korang faham2 lah. Susah aku nak busuk. Wangi sentiasa. Hahaha.

Biasanya aku akan keluar lepak di kedai minum2 kejap. Waktu tu lah aku smoking. Agak2 dah hilang bau aku balik lah rumah. Tempat pertama aku buat bila sampai rumah ialah mesti ziarah toilet dulu. Biasalah!! Nak gosok gigi. Cuci tangan. Ni lah rutin harian aku. Gigi bukan 2 3 kali sehari aku gosok. 4 5 kali weh. Haha. Gigi aku serius cantik. Hihi kalau kat rumah bila tak keluar malam confirm asik mengantuk je. Aku rimas betul. Tak sampai jam 9 dah menguap2. Kalau sekali dua takpe, masalahnye kerap sangat sampai wife aku dah bising. “Kalau kat rumah mengantuk, kalau keluar lepak takpe plak sampai pkul 12 baru balik”. Ayat tu lah dia selalu ulang. Sampai bengkak telinga aku dengar. Sorry syg.. Tiba2 satu malam bila dah bengkak asik kene leter aku pun beranikan diri. Aku cakap kat wife aku..”kalau taknak bagi ngantuk senang je.. smoking balik” tapi dalam hati risau takut semua ada. Wife aku ni memang jenis yang meluat..menyampah..tak suka bila orang smoking ni. Bukan sikit2. Marah gila. Lepas tu bila aku cakap macam tu tetiba je wife aku cakap, “hah pegilah beli” aku pun terus mata terang benderang melompat weh.. haha.. terus keluar beli rokok daun. Permulaan rokok biasa2 lah bila baru dapat lesen ni. Smoking kat belakang rumah je. Dalam masa yang sama aku sulam dengan rokok kotak tanpa pengetahuan wife aku. Jahatkan aku.. Dalam rumah kawasan larangan. Belakang pun belakang lah labu.. janji dapat lesen. Hihi.

Tapi tak lama lepas tu datang niat nak stop smoking. Nekad lah konon2 tu. Berjaya stop 9 bulan. Alhamdulillah. Wife aku memang suka gile lah. Tapi yang kata perangai syaiton ni aku terrrr smoking balik. Semua hasutan kawan2 plus iman aku yang nipis macam kulit bawang ni.. Terpaksa curi2 smoking lagi tanpa pengetahuan wife aku. Bukan apa takut kena marah. Berlanjutan lah sampai tahun ke 18 ni. Wife aku masih menyangka aku dah stop smoking. Terus terang aku cakap aku sangat2 rasa bersalah dengan perbuatan aku ni. Bagi aku, smoking adalah benda yang tak sepatutnya aku buat. Bukan niat aku nk jelas bab hukum makruh haram ke apa. Itu masing2 pegangan tapi bagi aku smoking 1 perbuatan yang tak baik!! (Untuk diri aku) dah tu kenapa smoking lagi?? Salah diri aku sendiri lah. Nak 1000 daya taknak 1000 dalih kan. Memang aku bersalah. Maafkan aku sayang..

Sebulan yang lalu tiba2 aku terflash back perbuatan aku yang agak nakal ni. Tiba2 datang 1 perasaan serba salah yang amat sangat. Aku malu. Malu pada diri sendiri. Malu pada Tuhan. Malu dengan perbuatan dusta. Aku berazam untuk stop terus sampai bila2. Alhamdulillah setakat hari ini baru masuk hari ke 28 aku dah tak sentuh rokok. Tolong doakan aku. Walau siapa pun kalian aku harap korang tolong doakan aku supaya aku tidak lagi sentuh rokok. Duit beli rokok yang berpuluh2 ribu aku habiskan untuk rokok. kalau lah aku guna untuk benda yang bermanfaat alangkah baiknya. Kenapa tak terfikir dari dulu lagi eh. Bukan tak sedar tapi kerana nafsu sendiri. Terlampau pentingkan diri sendiri berbanding keluarga yang tercinta. Maafkan aku sayang. Maafkan ayah wahai anak2.

Aku harap azam aku kali ini bukan lah hangat2 tahi kucing!! Aku harap Allah memberi kekuatan semaksimum yang mungkin untuk tidak lagi smoking. InsyaAllah.
Sayangilah keluarga anda Zaid kerana engkau lah harapan keluarga. Tolong doakan aku!!

– Zaid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit