Seorang ‘Pesakit’ Anxiety Disorder (AD) & Klinik Psikiatri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Aku fatihah. Berumur 199* dan masih bujang  stop! Heee

Ha pernah dengar tak berkaitan AD ni? Aku rasa macam tak ramai orang tahu tentang masalah ni. Mungkin juga lah ada yang dah tahu. Aku just nak share sikit je.

AD ni adalah Gangguan Kebimbangan. AD ni ada tahap dia juga. Jika tidak dirawat akan menyebabkan ia semakin teruk dan berpotensi datangnya pelbagai penyakit lain contohnya Depression (Kemurungan). Kemurungan boleh menyebabkan penghidap terfikir untuk membunuh diri. Nampak tak bahayanya AD kalau tak dirawat Sebenarnya AD kalau tidak di rawat boleh beri kesan buruk untuk jangka panjang.

Sungguh! Ianya terjadi pada diri aku. Mengganggu aktiviti harian aku. Tapi tidaklah sampai rasa nak bunuh diri. Alhamdulillah.. Hm, ikutkan appointment aku jumpa Dr Psikiatri 2015, dah lama settle ikutkan. Tapi sebab mulut orang aku skip dan terus tak pergi. Satu je aku nak pesan, kalau jumpa orang buat rawatan kat hospital jumpa Dr Psikitari, jangan pandang serong kat dia. Anxiety bukan penyakit gila. Tapi bila sebut Psikiatri ada je yang terus label ‘gila’.

Ada banyak sebab seseorang itu mengalami AD. Sehingga hilang keyakinan diri, rasa diri tak berguna, nak berhadapan dengan orang takut dan sebagainya lah. Kalau nak cerita, memang banyak lagi. Tanda-tanda anxiety ni tak sama pada setiap orang tu. Tapi kebanyakan akan lalui simptom yang sama.

Aku alami benda ni lama. Orang je yang tak sedar. Mungkin ada yang kata mengada-ngada. Dan dulu, aku sendiri tak sedar. Bila aku dah sedar ni, aku berniat untuk pulihkan semangat diri. InsyaAllah rawatan akan diberi bagi membantuku untuk kembali kepada normal.

Benda ni perlu sangat masyarakat tahu dan sedar kerana mungkin di keliling mereka ada insan yang mengharapkan sokongan dan minta difahami.

Apa pun terima kasih pada kawanku yang memberi nasihat untuk aku ke Klinik Psikiatri. Walaupun nampak macam kecil tapi bagi aku besar sebab dia dah buka mata, minda dan hati untuk aku pergi. Haha

Btw, untuk pertanyaan atau nak tambah pengetahuan berkaitan ‘ilmu mental’ ni boleh follow & like page ‘Mental Health & You’. Terima kasih juga pada pihak page tersebut kerana baru-baru ni ada live berkaitan Anxiety Disorder. Serba sedikit dapat membantu aku

Setakat ni je. Minta maaf tulisan aku tak bagus

Kalau sudi, doakan semoga Allah mudahkan semua urusan aku, doakan smoga aku kembali kepada normal dan menjadi seorang yang lebih berani, kuat serta dapat membantu orang lain, insyaAllah. Terima kasih ♡

– Fatihah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit