Seorang Player

Assalamualaikum. Aku seorang playgirl. Maksud playgirl pada aku, adalah perempuan yang berkawan, flirt dengan ramai lelaki, yang suka kan perhatian lebih dari seorang lelaki dan suka bertukar tukar pasangan. Sejak umurku belasan tahun lagi.

Punca? Banyak. Salah satunya kurang perhatian dan didikan dari keluarga dan kehidupan bebas yang diberikan terlalu awal. Kebebasan yang memberikan keseronokan duniawi yang tak berpenghujung.

Setelah bertahun lamanya hidup bebas dan bertukar pasangan, akhirnya timbul rasa ingin memperbetulkan kehidupan. Kebetulan jodoh sampai, aku pun kahwin. Rezeki anak pun ada. 5 tahun je aku rasa aku setia. Lepas tu.. aku kembali ke perangai lama.

Tujuan aku berkongsi ni bukan nak kongsi sangat benda tak elok yang aku buat, apatah lagi berbangga dgn kesalahan dan dosa dosa yang aku dah buat. Bukan juga nk membela diri. Yang salah tetap salah.

Tapi aku nak berpesan pada adik adik yang nak kahwin yang mana pasangan dia adaĺah seorang player / bekas player supaya dapat membuat persediaan awal bila berkahwin dengan seorang player.

1. Kalau agama dan iman kau tak rapi mana, jangan berangan nak didik bakal pasangan kau bila dah kahwin nanti. Dah tentu tentu dia tu kehidupan dia tunggang langgang.

Bukan senang nak didik pasangan yang hidup dia dah biasa bebas. Kalau kau boleh pilih, jangan lah kahwin dengan player dengan harapan dah kahwin nanti dia akan berubah. Aku ada ramai kenalan yang berubah kejap je, then kembali ke perangai lama.

2. Teliti sikit dengan siapa dia berkawan. Ambil tahu. Dia keluar dengan siapa. Pergi mana. Buat apa. Lagi lagi kalau malam hari. Tolonglah jangan senang senang bagi kepercayaan pada bekas player. Kami sangat sangat licik. Pantang ada peluang. Kami pandai berlakon jugak.

3. Hp, social media. Pantau. Biasa player ni kebanyakan ada rupa. Then selalu share gambar selfie yang menarik perhatian. Banyak la nanti pm or dm.

Kan aku cakap tadi, player ni sukakan perhatian. Ni antara sumber sumber skandal akan wujud. Kami juga bijak menyembunyikan bukti bukti dan aktiviti dalam hp tu. So, kerja keras dan bijak sikit nak pantau macam mana.

4. Penampilan. Kalau boleh kalau kau suami, didik betul betul dan jaga pakaian isteri bekas player tu. Macam aku bgtau awal tadi, player ni suka flirt. Character dia menggoda. Sukakan perhatian.

Biasanya penampilan dia memang akan ada ciri ciri nak menarik perhatian orang. Bila orang suka tengok, berkenan nanti. Dah berkenan… ape lagi..

5. Hantar dia, daftarkan dia kelas kelas agama kalau kau tak mampu nak didik. Biasanya player ni agak kurang didikan agama. Dia tau je halal haram tapi hati dia kadang tak cukup kuat nak jauhi perkara perkara tu. Lagi 1, dia tak takut dosa. Tu pasal dia buat. So, kena bagi la input input ilmu agama ni.

6. Bagi perhatian. Player ni pantang dia sunyi. Dia akan cepat rasa kosong dan rasa konon konon dia kurang perhatian. Mula la nak cari orang ketiga la, ke empat la..

Setakat ni tu je la kot. Memang akan ada yang kata, macam susah dan lecehlah nak pantau tu ni. Atau, tak ada masa nak pantau pantau, masing masing dah dewasa da cukup matang patutnya.

Ni aku share pada yang nak buat je. Tak nak buat, tak payah buat.

Aku masih struggle…. hurm…

– Puan Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *