Salam admin (mohon hide profile) & pembaca sekalian. Okay tajuk memang minta kena kecam kan? Sabar, tolong baca dulu. Saya meluah di sini sebab saya terlalu depress sekarang. Saya betul2 perlukan sekurangnya nasihat atau doa kalian moga saya terus berubah.
Nama saya Fa, 28 tahun dan sekarang menetap/kerja di KL. Dibesarkan dalam keluarga kecil dan sayalah along, kakak kepada seorang adik lelaki. Hanya kami berdua permata mama dan abah. Masalah saya bermula bila saya terjebak dengan cinta sejenis. Bukan membangga diri tapi saya dikurniakan rupa, disukai lelaki dan perempuan sejak sekolah menengah. Sigh. Saya pernah dikecewakan dengan teruk oleh ex bf saya bila hubungan yg lama terjalin, keluarga dua2 pun tahu, tiba2 dia berkahwin senyap2. Hanya beberapa bulan selepas abah meninggal akibat kemalangan. Pada dialah sy byk mengadu sbb mama memang sgt tertekan, tapi rupanya ex bf menambah tekanan yg saya hadapi. Kenapa sy terlalu trtekan? Sebab dialah lelaki pertama yg buat sy rs perasaan syg, sy tak pernah cek hp dia, terlalu percaya memakan diri sy. Kenapa dia bkn lelaki lain? Sbb dia lah ‘ustaz’ paling islamik tak pernah pegang even tgn sy cakap pun baik2. tau tak masa tu sy pernah terfikir untuk bunuh diri? Pantang nampak pisau. Keinginan tu tinggi. Macam dengar suara “kau tak guna lagi hidup”, “kau bodoh tak guna” , “abah kau dah takde kau pun patut mampos” etc. Saya mula tak serius dalam kerja sedangkan saya memiliki jawatan yg agak bagus walaupun masih muda. Mula tak terurus. Mula smoking, ikut kawan ke club. Tapi saya tak teruskan merokok, saya tak minum dan takde ambil apa2 pil. Ramai kawan2 bagi semangat tapi mungkin sebab dendam pada lelaki buatkan saya lebih gemar berjumpa lepak2 dengan perempuan. Saya memang boyish sejak kecil, masih berambut panjang. Tapi saya mula buat haircut macam lelaki, pakai binder, mula ade gf. Hidup saya semakin tak menentu, kerjaya makin musnah. Nak enjoy je. Keluarga saya semakin saya tinggalkan. Solat? Dulu nakal macam mana pun saya cuba tak tinggal solat, sekarang saya rasa sgt malas nak solat. Kebetulan saya jenis ada saving, duit itulah saya gunakan untuk usha gf. Bukan sorang dua tapi ramai. Dunia saya semakin saya rasakan seronok. Takde siapa halang. Mama pun taktau sbb bila balik kampung saya pura2 along yg baik. Saya bawak balik gf2 dan kenalkan sebagai housemate/roomate. Parents, hati2 jika anak anda takde kawan lelaki tapi sering bawa balik kawan perempuan & vice versa.
Tapi lama2 saya mula rasa empty. Saya mula sedar ape saya buat salah. Banyak dosa. Banyak hati yg saya mainkan. Saya tipu mama. Saya cuba kembali pada agama, pada fitrah tapi kaum sejenis yang ade perangai yg sama, gelakkan saya. Tarik saya semula. Kata mereka “kau pengkid byk dosa buat ape solat?” Without knowing yg jiwa saya memberontak. Malam2 saya duduk dalam gelap, menangis tanpa sebab, selalu fikir pasal nak mati je. Saya single sekarang. Rasa panas, rasa nak marah, cuma nak bersendirian tu selalu ade. Saya kembali berseronok, terus simpan sejadah telekung. I don’t know what happen to me now. I want to repent tapi kenapa susah sangat? Kejap rasa nak baik kejap rasa fake. Bantu saya?
Kecaman kalian tak akan membantu. Percayalah, itu semua maybe akan menjadi sebab untuk org macam saya jadi semakin teruk. Ya saya ade pilihan, pernah cuba tapi mungkin pegangan saya tak kuat. Apa pun, saya mengaku saya memang salah, saya nak berubah. Jiwa saya tak tenang sgt2.
– Fa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit