Assalamualaikum sahabat IIUM Confesssion semua. Korang ingat tak dulu ada satu confession aku tak ingat tajuk apa tapi dia story pasal konsep usaha dan tawakal.
Confession tu kata sebenarnya salah konsep usaha then tawakal yang sebetulnya tawakal dulu baru usaha. Seriously confession tu memang bagi impak dalam diri aku.
Sebab sebelumnya memang mak ayah cikgu2 semua cakap usaha pastu tawakal. Kalau pergi kem motivasi pon itulah ayatnya. Bila aku baca confession tu aku macam haah kan sebenarnya salah konsep letakkan usaha lepastu baru tawakal.
Dia macam kau letakkan kepercayaan paling utama pada usaha kau berbanding kepercayaan kau dekat pencipta kau. Kalau tengok sendiri maksud tawakal tu ialah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah swt. Should we trust Allah first before trust ourself?
So start pada hari tu aku mula letakkan tawakal dulu pastu baru aku usaha. Dan result dia masyaallah luar biasa. Banyak la contoh2 yang aku boleh nampak.
Contoh aku kerap juga join pertandingan. So everytime aku nampak poster pertandingan apa2 mesti aku set dalam hati terus doa Ya Allah aku nak nombor 1 dalam pertandingan ni.
Aku yakin kau akan bagi. Sebulat hati aku yakin even at that time satu idea apa pon takde dalam otak aku haha. So lepas aku dah bertawakal sesungguhnya dekat Allah barulah aku start usaha buat benda tu.
Alhamdulillah memang apa yang aku percaya Allah akan bagi tu aku dapat. Bukan sekali dua weh saja tapi semua yang aku nak. Sedangkan ikut logiknya memang aku tak layak pon dapat seriously.
Percayalah bila kau letak tawakal yang utama even nanti kau tak dapat apa yang kau minta tu i promise you kau takkan kecewa. Sebab apa?.
Sebab tuhan kau yang bagi. Takkanlah kau nak kecewa bila tuhan kau yang bagi benda tu. Sedih tu maybe tapi insyaallah seminit dua saja.
Berbeza bila kau letak usaha dulu. Bila kau tak dapat kau akan jatuh kecewa. Sebab apa.. sebab kau pandang usaha kau.
Kau rasa macam eh aku dah bersungguh2 kot usaha takkan la tak dapat. Dekat situ pon sebenarnya menampakkan diri kita ni sombong. Sombong dengan tuhan.
Tapi yang aku perasan benda tu akan dapat kalau betul² aku nak dan aku perlu. Macam bab jodoh agak sulit sikit la perjalanan hidup aku.
Bila pikir balik yelah aku rasa aku nak tapi aku tak perlu pon. Bila aku bertawakal minta ciri2 suami itu ini aku jadi was-was. Sedangkan kalau sebelum ni aku berdoa aku tak pernah was² aku seyakinnya Allah akan bagi cepat lambat saja.
So aku macam fikir takkan la Allah nak bagi suami yang macam ni untuk perempuan macam aku ni.
So dekat situ aku tak bergantung sepenuhnya lagi dekat Allah. Lepas tu sebenarnya usaha pon takde haha. Tapi takpe aku pon chill² saja.
Kalau nak cakap banyak benda lagi boleh kejar tak jugak sebab bagi aku dunia ni memang tak habis untuk kau kejar huhu. Tapi mungkin Allah nak bagi masa lagi dekat aku untuk letakkan sepenuhnya kepercayaan dekat Dia dalam urusan ni.
Even aku berkerjaya boleh berdikari tapi aku tahu aku perlukan seorang pemimpin which is suami. Aku pernah baca page apa ntah dia kata nanti dekat syurga setiap kekurangan kau Allah akan penuhi di syurga.
Kalau kau tak kawen nanti kau akan kawen di syurga. Maksudnya dekat situ bila kau tak kawen tu adalah suatu kekurangan. Tapi takpe la kekurangan dunia kan apa nak hairan haha.
Kalau tanya macam mana nak bina tawakal dalam hati. Nak letakkan tawakal sebulat-bulatnya dalam hati tu susah juga hakikatnya.
Aku pon takde jawapan. Bagi aku mungkin kau kena bagi makanan la dekat hati kau. Makanan jiwa orang kata. Caranya carilah la amalan2 apa sahaja yang boleh buat kau bergantung dekat Allah.
Macam aku tungang terbalik juga amalan aku ni. Plan tulis itu ini bagai tup tup kelaut juga huhu sungguhlah iman ni turun naik.
Tapi ada suatu masa tu Allah nak tarik aku supaya tetap bergantung dengan taliNya. Ada suatu minggu tu cuaca panas sangat rasa macam taknak pakai baju saja haha.
So bila sembahyang kena pakai telekung smua aku jadi nak cepat2 sebab tak tahan panas. Asal sembahyang la org kata huhu.
Suddenly satu hari tu macam terdetik nak pegi solat dekat masjid sedap sikit ada aircond Allahu sematakan huhu. Bila aku pergi tu orang masjid dah habis solat asar jadi aku pon masuk solat la.
Dah memang niat nak solat asar saja kan. Tapi entah macam mana weh lepas solat asar tu terdetik dalam hati aku nak solat tasbih.
So try google2 cara dan bacaan solat tasbih maka solat lah aku dalam keadaan subhanallah time tu aku rasa dekat sangat dengan Allah rasa tenang setenangnya dalam rumah Allah.
Lepas tu seminggu tu direct la aku pegi masjid. So bagi aku makanan jiwa aku ialah buat ibadat dekat masjid. Kalau aku rasa dalam hati aku ni tak yakin dengan Allah cepat2 aku pegi masjid. Pegi sembahyang sunat pon jadilah.
Lastly, favourite surah aku is al fajr. Aku memang sangat terkesan ayat dalam surah tu which is ayat ke 28 yang bermaksud Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.
So sekarang, aku nak jadikan ia matlamat hidup aku.
Aku nak kembali dalam keadaan aku redha setiap apa yang berlaku dalam kehidupan aku sebelum aku dijemput kembali oleh tuhanku. Dan pastinya aku nak Allah redha perjalanan aku sebagai hambaNya di alam ni.
Ustaz wadi pesan hiduplah dekat dunia ni supaya Allah sayang dan supaya Allah redha. Tak mudah tapi tak susah. Jom cari Allah.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit