Seperti Apa “Syurga”?

Saya Deena. Berumur 20-an. Bekerja dalam bidang pengkeranian di sebuah syarikat. Baru berkahwin kira-kira 3 bulan lepas.

Awal perkahwinan kan, mestilah rasa macam pasangan paling bahagia. Bila masing-masing dah naik kerja, rasa macam sayup je.

Dan suami bekerja di luar negeri dan menetap di sana. Sebulan/seminggu sekali balik. Jika tiada demand OT pada minggu tersebut, makanya En. Suami akan pulang dan sebaliknya.

En. Suami bagi nafkah sebanyak RM400 sebulan. Dan bulan kedua hanya RM50 serta bulan ketiga.

Saya faham baru berkahwin, dan telah banyak keluarkan duit ketika itu. Jadi soal nafkah saya sendiri faham dan tidak meminta agar memberikan secara tetap,

Kerana jika dia balik, dia akan melengkapkan barang di dapur dan memenuhi kehendak saya walaupun kami baru berpindah ke rumah baharu.

Saya tahu bukan mudah untuk melengkapkan rumah baru bersendirian. Jadi saya gabung dengan duit simpanan saya untuk turut melengkapkan keperluan rumah.

Saya rasa sangat pelik! Jika berjauhan, rasa sangat jauh (rindu lah kot) tapi rasanya itu normal bagi setiap pasangan yang PJJ.

Tapi tak normal jika rindu tu boleh buat bergaduh. Macam ada je isu yang buat kami akan bergaduh. Terkadang sedih.

Jika dia balik sini juga sama. Ada je perkara yang saya buat dia marah. Katanya saya yang selalu tarik muka dan marah-marah.

Tapi sebenarnya takkk pun. Kita orang perempuan, salah ke nak manja, clingy dengan suami sendiri??! Adakah itu tanda dia nak perhatian pada kita?

Saya buntu. Saya sampai rasa, kenapa saya tak bahagia seperti di awal percintaan & di awal perkahwinan. Adakah itu normal?

Pernah sekali tu dia tidur di bawah (lantai) kerana saya merajuk dengan dia. Katanya saya yang tak hargai dia.

Terkadang saya rasa, saya ni tak layak bahagiakan dia ke? Saya ni isteri yang nusyuz ke? Derhaka ke saya? Saya sayang sangat dekat dia. Perasaan saya masih seperti dulu.

Dahulu kami selalu video call. Setiap hari. Dan bila di fasa nak nikah, cuba untuk jarakkan diri (ikut adat, jangan selalu berhadapan muka) tetapi benda ni dah berlarutan sehingga kini.

Video call terkadang sleep call itu sudah jadi 2-5 minit sahaja. Paling lama 30 minit. Kemudian matikan call.

Saya rasa sekarang kami sudah lain.

Takut untuk fikir banyak. Takut overthinking kerana saya ada anxiety dan suami saya pernah marah saya, katanya anxiety adalah penyakit yang saya sendiri nak adakan dalam diri. Saya yang create benda tu.

Tapi saya je yang rasa macam mana sesak dalam otak saya dan dalam diri saya.

– Deena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *