Assalamualaikum, pembaca sekalian. Harap semua sihat belaka. Sebelum itu, mesti semua tertanya-tanya kenapa tajuk confession tu macam tu kan? Okay teruskan membaca ya.
Sejak dua menjak ni, macam-macam confession pasal masalah rumah tangga, curang, g4y, masalah dengan keluarga, pelajaran dan sebagainya. Ya, semua orang diuji, termasuk diri saya. Malah orang yang kuat amalan, orang-orang soleh pun diuji.
Namun, bila mana kita temui jalan buntu, taktau apa yang perlu diperbaiki bila hadapi masalah, maka perbaiki lah solat terlebih dahulu. Jika kita perbaiki solat, sebenarnya kita perbaiki hidup kita, dalam sedar mahupun tidak.
Kalau solat masih lompong, cuba penuhkan. Kalau solat tak khuyuk, cuba khusyukkan. Kalau solat lewat, cuba awalkan. Allah pasti akan bagi jalan untuk keluar dari segala kesulitan dalam hidup kita, inshaAllah.
Okay sekarang cuba anda semua tanya diri sendiri, pernah tak rasa susah sangat nak solat awal waktu? Pernah tak anda semua melewatkan solat Dengan SENGAJA. Selalu subuh pukul 7, zohor pukul 3, Asar pukul 6.
Siapa rasa pernah, Angkat tangan! Hehe. Macam akak fasi pulak. Ha tips ini khas ditujukan untuk andalah! Kenapa tajuk kapal terbang? Okay baca dulu, nanti anda akan tahu.
Pertama sekali saya nak ingatkan, tips ni khas untuk orang yang baru slow-slow nak berubah solat awal tau, kalau tak nak baca boleh skip. Bagi orang yang terikat dengan jadual kerja atau yang memang ada kesulitan untuk buat, boleh usaha setakat yang terdaya dulu.
Namun, bagi sesiapa yang dah biasa solat awal, kaki surau, kaki masjid yang rasa tips ni tak perlu dan membosankan, awak boleh abaikan saja dan sambung baca quran, jangan kondem orang yang baru nak berubah ye.
Okay jom, saya bahagi tips ni kepada 3 Level:
1. Level 1 (Paksa Ikut Time Limit)
Bagi orang yang kerap SENGAJA solat lewat beberapa jam/solat diakhir waktu, contohnya macam Subuh pukul 7, Zohor pukul 4, Asar pukul 6 tanpa alasan munasabah (macam scroll fb lama sangat, hati kata nak solat, tapi tangan ni gatai dok scroll fb lagi tengok video xiao mei).
First sekali, set kan ‘time limit’ untuk diri. Contohnya, kita bagi masa untuk diri kita 30 minit sahaja. Jadi, lepas dengar je azan, pastikan kita dah berdiri atas sejadah tidak lewat dari 30 minit!
Contohnya, azan Zohor pukul 1.30 pm. So, kita kena ada atas sejadah paling lewat pukul berapa? Ya, pukul 2.00 pm paling lewat. Kalau azan Asar pukul 4.30, pukul 5 paling lewat kaki dah atas sejadah.
Faham kan? Disiplin dan paksakan diri kalau sayang diri sendiri. Kalau tak berjaya, denda diri dengan istighfar banyak kali atau amalan lain yang munasabah.
2. Level 2 (Guna Cinta)
Bagi orang yang nak solat ON TIME pula, iaitu azan je terus ambil wudhu dan solat, tanpa rasa dipaksa. Ha nak tau tak rahsia dia? Sangat easy.
Cuba kita bayangkan seseorang yang kita sayang, kita kasihi dan cintai, panggil kita duduk untuk kita luahkan perasaan, berkasih sayang, mengadu masalah dan pujuk kita bila kita sedih.
Dahla tengah sedih sangat, frust pasal hal kerja, belajar, tak cukup duit, stress, tapi yang bestnya kita ada tempat mengadu yang setia mendengar dan MENYELESAIKAN masalah kita. Mestilah kita cepat-cepat pergi kat dia tanpa bertangguh.
Halah, kalau kau yang sedang bercinta, bila dengar je notification whatssapp dari kekasih ‘tink!’ terus tak sabar nak baca kan? Inikan pula Tuhan kita yang panggil.
Dialah Allah. Dia yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Cantik, Maha Penyayang nak dengar luahan kita. Excited ke tak excited? Mestilah!
Allah panggil kita 5 kali sehari kottt untuk kita mengadu masalah dengan Dia, untuk kita rasa dipujuk. Pakwe, makwe suami, isteri kita pun belum tentu sanggup dengar kita mengadu benda yang sama setiap 5 kali sehari.
Bayangkan someone cakap kat kita “It’s okay, I’m here.. jangan sedih.. nak apa, minta je”. Best sangat, rasa lega semacam.
Sungguh, sayang dan rugi sekali bagi orang yang tak menyedari dan menghayati apa sebenarnya yang dia lakukan dalam solat tu. Hanyalah penat berdiri duduk sujud semata. 5 minit saja pun terasa lama, rasa beban. Allahu.
Sedangkan kita tahu Allah yang menciptakan segalanya. Maka Allah juga yang menciptakan masalah kita, dan hanya Dia juga lah yang berkuasa menghapuskan masalah dan kesedihan kita. Hanya kita je nak sedar ke tak.
3. Level 3 (Rasa Penting)
Okay peringkat ni advance sedikit. Peringkat ni bagi orang yang bukan saja nak solat awal waktu, tapi nak bersedia untuk solat SEBELUM masuk waktu! Sebelum azan dah prepare untuk solat dan duduk atas sejadah tanpa rasa dipaksa dan rela hati.
Saya bagi analogi ‘Kapal Terbang’. Sebenarnya saya dapat tips kapal terbang ni dari penulisan orang lain dan saya rasa it really works on me! Tapi saya olahkan mengikut kefahaman saya ya.
Okay, sekarang jom kita bayangkan, harini kita akan menuju ke satu destinasi dengan menaiki kapal terbang.
Tiket dah beli awal sebulan sebab destinasi ni penting sangat, tak boleh leka. Boarding time dan departure time kat tiket pun kita cek nak dekat 10 kali untuk confirm. Takut salah masa.
Okay kebiasaannya kita tengok situasi dalam lapangan terbang mesti ada yang berjalan laju, berlari dengan luggage, ada yang lenggang kangkung tapi datang beberapa jam awal sebab takut terlepas flight.
Kesimpulannya, semua orang well prepared dari segala segi sebab risau terlepas flight.
Cuba bayangkan, kalau tiba-tiba bergema nama flight kita kena announce “Flight AK 1007 ke Kuala Lumpur” berulang kali,
Dan kita masih lagi di pintu masuk utama lapangan terbang, mesti gelabah gila tahap gaban sebab itu tandanya kita dah lewat sangat-sangat sebab belum sampai di Gate Pelepasan.
Masa tu, kau akan rasa kaki tak jejak bumi nak berlari. Macam roh keluar dari badan. Haha. Bagi orang yang tak pernah rasa pengalaman gelabah ni, tahniah. Sebab anda sudah pun buat persiapan dengan sebaiknya untuk ke destinasi tu.
Kebiasaannya orang yang jalan lenggang kangkung dalam airport tu adalah orang yang dah prepare dan datang awal. Kalau anda begitu, tahniah diucapkan.
Sejujurnya, saya pernah jadi orang yang tak jejak tanah tu sebab terleka dan lambat bertolak dari rumah, dan akhirnya terlepas flight, nangis dan trauma sampai sekarang. Akibat terlalu konfiden sempat naik flight. Huhu. Real confession.
Sekarang, cuba kita bandingkan persiapan kita nak naik kapal terbang tu dengan persiapan kita nak menghadap Tuhan. Dua-dua penting, tapi adakah sama cara kita prepare untuk kedua-dua situasi tu?
Kalau tiket kapal terbang kita tulis berlepas pukul 1.00 pm, pukul 11.00 am kita dah tercacak dah dalam airport, siap double triple check lagi tiket dan barang, takut tertinggal.
Kita sanggup duduk lama termenung dekat gate pelepasan walaupun lambat lagi nak announce flight kita untuk berlepas.
Sekarang, cuba bandingkan dengan perjalanan destinasi kita berjumpa Tuhan. Adakah kita gelabah dan terus bangun bila azan dah panggil kita? Bilal dah announce untuk kita jumpa Allah sekejap. Adakah kita prepare se ‘prepare’ kita nak naik kapal terbang?
Ambil wudhu beberapa minit awal, siap-siap bentang sejadah dan berzikir seperti kita menunggu di gate pelepasan? Atau kita masih scroll fb, santai di sofa sambil cungkil gigi, sedangkan Allah dah memanggil-manggil kita?
Bayangkan kapal terbang dah terlepas, announcment dah lama, kita boleh gelak ketawa lagi, main fb, tengok tv di sofa di rumah. Seperti tiada apa yang jadi dan tak rasa rugi langsung.
Seperti itukah kita buat setiap kali masuk waktu solat dan azan berkumandang? Tak penting ke solat tu? Tak penting ke panggilan Tuhan?
Sebagai manusia yang ada perasaan, kita tak suka bila orang ignore kita, tapi kita biasa ignore Tuhan dengan selamba, adilkah? Macam mana Tuhan nak tolong kita kalau kita tak bersungguh dalam meminta?
Jadi, periksa macam mana kita jaga hubungan dengan Tuhan. Nak tahu macam mana nilai kita disisi Allah, lihatlah macam mana kita muliakan Allah.
Dari sekarang, cuba tanam kan azam dalam hati nak bangun subuh awal, seolah esok ada penerbangan yang perlu kita hadapi di awal pagi.
InshaAllah kita akan sedar perubahan dalam hidup sedikit demi sedikit. Rasanya itu saja dari saya. Pembaca boleh buat kesimpulan sendiri dari pembacaan.
Saya juga mendoakan bagi sesiapa yang diuji pada waktu ini, Allah permudahkan jalan keluar dan sama-sama kita beroleh bahagia dunia akhirat.
Kalau tips saya berguna, sila amalkan, kalau rasa tak berguna, mungkin salah saya tak pandai menyampaikan. Saya minta maaf sekiranya ada kesilapan dalam penulisan ini. Selamat beramal.
– Wardah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit