Sepi

Hai, Assalammualaikum. Boleh panggil saya Along. Tujuan saya menulis dekat sini sebab saya nak luahkan apa yang saya rasa sekarang. Hati saya bercampur-baur. Ada rasa kosong, hopeless, kecil hati, kecewa, dendam, dan banyak lagi- yang saya sendiri tak tahu nak ungkapkan.

Masa saya tengah menulis ni, waktu adalah pukul 3.30 pagi. Dah beberapa minggu saya tak dapat tidur malam sejak kejadian tu. Kalau tidur pun, mungkin sejam dua. Otak saya dah penat sebenarnya.

Terlebih dahulu saya nak cakap maaf andai apa saya akan tulis ni berterabur atau tiba-tiba lari dari topik asal.

Saya rasa saya dah tak normal, jadi mungkin awak akan rasa pelik bila baca. Awak anggap je lah orang yang tengah tulis ni dalam keadaan kurang waras. Saya tahu saya sedang depressed, tapi saya dah tak ada semangat untuk ubat diri saya.

Penyakit saya dah semakin teruk disebabkan keadaan sekeliling saya, specifically, family saya. Bila family saya sendiri tak pedulikan saya, untuk apa lagi saya jaga diri saya?

Saya dah tak ada sesiapa dekat dunia ni. Semua orang anggap saya tak penting. Ahh, mengalir lagi airmata saya malam2 ni. Bila teringatkan “family” je, hati saya jadi berat, otak saya jadi bercelaru.

Umur saya 26 tahun, saya anak sulung dari 7 orang adik-beradik. Tapi saya tak ada sifat matang pun. Tak ada karakter yang sepatutnya sebagai seorang yang berumur 26 tahun, mahupun seorang anak sulung. Tak macam anak2 sulung lain pun. Sebab saya dah give up dengan life saya.

Saya tak suka pun jadi anak sulung, menyusahkan. Dari saya kecil sampai sekarang, asyik saya yang kena berkorban. Kalau saya boleh buat pilihan, saya tak nak pun jadi sulung. Kenapa eh saya dilahirkan sulung, kenapa? Saya 26 tahun tapi saya dungu. Saya tak pandai buat macam2 perkara.

Saya seorang yang gagal dalam kehidupan ke? Saya tak pandai bawa kereta, saya tak pandai masak, saya tak pandai bergaya. Saya rasa saya tak layak jadi manusia. Mesti mak ayah saya malu ada anak macam saya. Adik-beradik saya pun selalu perlekehkan saya. Mereka dah tak hormatkan saya.

Sebab mereka lebih pandai buat macam2 perkara berbanding saya. Saya LOSER. Saya dah give up untuk belajar macam2 perkara, sebab segigih mana saya cuba pun, mesti tak jadi, dan akhirnya diketawakan lagi. Rasa rendah diri semakin tebal dari hari ke hari. Ya allah….

Umi, abah…

Along nak kasih sayang macam yang adik2 dapat jugak. Along cemburu tengok umi dan abah sayang mereka sesungguh hati.

Dulu2 masa along baru lahir dekat dunia ni, mesti umi dan abah gembira kan? Sebab along anak yang pertama umi dan abah dapat. Tapi kenapa bila adik dah lahir, umi dan abah dah tak sayang along lagi?

Kenapa umi dan abah dah tak pedulikan along lagi? Walaupun along kecil lagi masa tu, tapi along masih ingat rasa cemburu yang meluap-luap bila umi dan abah sayangkan adik2 tanpa pedulikan along.

Sampai sekarang along rasa benda tu semua, umi abah… Jiwa along sakit sangat, dekat mana along nak mengadu?

Along tak kuat untuk luahkan semua ni dekat umi dan abah. Along takut along yang over. Along takut kalau along lukakan hati umi abah sebab simpan perasaan ni semua.

Along malu kalau umi dan abah mengadu dekat adik2 kalau along cerita apa yang along rasa. Adik2 semua tak suka along. Mereka orang hebat2. Mereka tak perlukan kakak macam along ni kan umi abah?

Umi, abah…

Along dah 26 tahun ni. Along dah besar dah. Tak lama lagi along akan keluar dari rumah ni dan bina kehidupan sendiri. Umi dan abah mesti akan makin lupakan along kan lepas ni?

Mesti umi dan abah akan fokus dan bersungguh-sungguh dekat adik-adik yang rata-ratanya masih remaja. Untung mereka, dapat perhatian umi dan abah.

Umi dan abah bantu mereka betul2 masa mereka memerlukan tunjuk ajar. Along tak merasa semua tu. Sampai ke saat ni, along bawa diri sendiri sahaja. Tak ada siapa sudi bimbing along.

Along cemburu. Along nak orang jaga along, tunjuk ajar dekat along pasal kehidupan ni. Along takut… along dah semakin dewasa.

Along dah kena berdikari kan? Umi dan abah janganlah biarkan along sorang2, along takut dengan dunia ni. Kalau along takut, along nak lari dekat siapa? Along nak mengadu dekat siapa?

Along tak ada kawan. Semua orang tak nak kawan dengan along sebab along pelik. Along tak macam orang normal. Along terlalu complicated, semua orang tak tahan dengan along.

Umi, abah…

Setiap semester along dapatkan dean list. Along try hard sangat untuk nampak bagus depan umi dan abah, hahahahahaha. Tapi umi dan abah macam tak kisah je. Kenapa? Apa salah along?

Kenapa adik-adik juga yang umi abah sanjung? Sedangkan mereka capai sesuatu yang kecil berbanding apa yang along capai.

Cemburu? Iri? Ya memang, along mengaku. Along memang busuk hati sebab along tak dapat apa yang sepatutnya along dapat. Along rasa dunia ni tak adil. Ke umi dan abah yang tak adil? Entahlah…

Agaknya kan, Tuhan tu tengok tak apa yang jadi dekat along sekarang? Ke Tuhan pun dah tak sayangkan along?

Macam mana kalau Tuhan tak pandang pun orang macam along ni? Yelah, along ni pendosa. Dengan umi abah sendiri pun along simpan dendam dan cemburu. Tuhan benci along tak? Along derhaka tak?

Along keliru. Along tak nak pun perasaan ni, dia datang dengan sendiri sejak along kecil. Sebab along sentiasa rasa disisihkan umi dan abah. Kenapa umi dan abah lahirkan along kalau umi dan abah nak layan along macam ni? Along terseksa, ya Allah…

Ya Allah, sudi tak kau terima along? Bimbinglah along, bantulah along, sayangilah along, lindungilah along. Berikan along rasa kasih sayang yang betul2 tulus yang along tak pernah rasa sepanjang along hidup.

Ya Allah, lembutkanlah hati umi dan abah along untuk sayangi along dan hargai along sebelum along pilih untuk tinggalkan dunia ni buat selama-lamanya.

Along takut kalau lepas ni along dah tak boleh kawal perasaan dan tindak-tanduk along. Hati along dah terlalu jauh dari kasih sayang mereka. Bukalah mata mereka untuk along, ya Allah.

Along tak nak duit mereka, along cuma nak kasih sayang mereka. Tolonglah adil dengan along. Along juga ada hati dan perasaan…

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *