Sepi Seorang Mak Ngah

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih untuk masa anda. Terima kasih juga kepada admin kerana menyiarkan confession aku ni. Aku seorang surirumah berusia pertengahan 30 an. Mempunyai dua orang anak. Tinggal di kampung. Sebelum ini aku menyewa di kampung yang lain.

Namun beberapa bulan yang lepas aku berpindah masuk ke sebuah rumah kecil yang mak aku dirikan untuk tujuannya tinggal dan beramal ibadat selepas pencen. Namun kesihatan mak tidak begitu mengizinkan yang menyebabkan beliau tidak mampu untuk tinggal di rumah itu. Jadi setelah bertahun-tahun rumah itu kosong dan tidak diduduki, aku mengambil inisiatif (atas saranan mak) untuk menduduki rumah tersebut.

Rumah itu sedikit ke dalam belukar dan sedikit terkebelakang dari jalan besar. Nak kata jauh dari rumah jiran tu tak juga. Cuma rumah aku antara yang paling hujung dan di belakangnya kebun getah dan tanah-tanah terbiar yang penuh dengan semak samun. So rasanya korang boleh imagine kan. rumah tu dia punya surrounding dia macam mana.

Masa mula-mula masuk rumah tu dulu memang agak seram la. Walaupon suasananya tenang, aman dan tenteram namun terlebih tenang dan terlebih sunyi menimbulkan perasaan lain macam untuk orang muda yang biasa hidup di tepi jalan besar yang bising dan penuh dengan hiruk pikuk. Namun setelah beberapa bulan, perasaan itu hilang dengan sendiri. Bila kita sibuk dengan rutin seharian, kita akan cepat lupa dengan benda remeh-temeh di sekeliling kita.

Sebagai seorang surirumah, perkara rutin yang biasa/seronok dilakukan adalah berziarah ke rumah-rumah jiran dan berbual-bual mesra tentang topik-topik yang kurang penting atau berbual kosong; atau dalam bahasa moden masakini, membawang. Itu trademark seorang surirumah. Untuk melampiaskan kebosanan yang dirasakannya.

Masa minggu pertama aku mendiami rumah itu dulu, ada juga aku buat lawatan muhibbah ke rumah-rumah jiran. Aku tinggal di kawasan kampung, jadi boleh agak la kan majoriti penghuninya adalah warga tua/warga emas. Jadi aku pun pergi berziarah (tak bestla guna perkataan membawang ni sebab pesen aku ni tak suka membawang) ke rumah Mak Ngah dan Mak Utih.

Aku ni kira kamceng jugakla dengan Mak Ngah dan Mak Utih. Sebab aku takde kawan lain kat kampung tu. Suami aku pulak kamceng dengan suami Mak Utih iaitu Pak Utih. Mak Utih dengan Pak Utih ni aku tengok hidup diorang happy jer. Anak-anak selalu datang ziarah. Hujung minggu boleh main-main dan bermanja dengan cucu. Cuti sekolah diorang ke KL pergi bercuti ke rumah anak. Curlass gtew!!!

Ok selepas aku bagi mukaddimah panjang lebar, jom kita berkenalan dengan watak utama kita iaitu Mak Ngah. Kalau korang masih ingat iklan zaman 90an dulu-dulu, ayat “merahnya Mak Ngah!” memang popular dan jadi trademark. Tapi Mak Ngah yang aku nak cerita ni memang totally different dengan Mak Ngah dalam iklan tu.

Mak Ngah dalam iklan tu pakai baju kurung raya merah menyala dalam satu rumah yang penuh dengan anak, cucu, anak buah, sepupu, mak, ayah, atuk, nenek, mak sedara, pak sedara dan jiran-jiran yang datang beraya menambahkan lagi kemeriahan raya dan kegembiraan diorang. Boleh ingat lagi iklan tu dan boleh rasa lagi kehangatan hubungan kekeluargaan yang dipaparkan. Biasala iklan. kalau tak best mana orang nak ingat kan! Nama pun iklan. of coursela yang indah-indah saja yang ditunjukkan.

Berbalik kepada cerita Mak Ngah heroin kita ni, beliau berumur dalam lingkungan 70an atau 80an aku pun tak pasti. Masih sihat dan kuat. Seorang yang pemalu. Kenapa aku cakap pemalu, sebab masa aku buat kenduri kecil-kecilan solat hajat nak naik rumah baru, aku pergi rumah Mak Ngah sambil mengalu-alukan tetamu yang baru sampai. (Rumah Mak Ngah kat depan dan rumah aku agak terkebelakang, jadi ramai jemputan parkir kereta di depan rumah Mak Ngah).

Aku tengok Mak Ngah dah siap berpakaian siap dengan tudung tapi bila aku ajak ke rumah dia tak nak. Katanya ramai orang. Biarlah dahulu. End up Mak Ngah hanya datang ke rumah aku untuk makan waktu dah lewat petang. Jemputan pun dah tak ramai. Tinggal 2,3 orang saja lagi waktu tu.

Mak Ngah seorang yang baik hati. Hampir setiap hari beliau akan berkunjung ke rumah ku untuk sekadar beramah mesra dengan anak-anakku dan bertanyakan khabarku. Biasanya kami akan borak-borak kosong selama lebih kurang setengah jam lepas tu beliau akan segera pulang. Mak Ngah juga seorang yang pemurah. Setiap kali berkunjung, sentiasa ada buah tangan yang dikirimkan buat anakku. Mak Ngah bukanlah orang berada. Namun habuan makanan untuk anak-anakku tidak pernah dilupakan.

Mak Ngah tinggal di sebuah rumah pusaka peninggalan arwah ibu bapanya (atau nenek dan datuknya aku pun tak pasti). Rumah itu takla luas mana. Namun sedikit lebih luas dari rumahku. Rumah kayu tradisional masyarakat Melayu. Dengan tangga dan bilik air diperbuat dari batu, yang lainnya adalah kayu, papan atau plywood. Bila aku brrkunjung ke rumahnya di waktu petang, anak aku yang dua orang tu suka sangat naik ke rumah Mak Ngah dan bermain-main berkejaran dalam rumah Mak Ngah. Aku pun tak tau la apa yang best sangat dengan rumah Mak Ngah sampai diorang suka sangat.

Petang-petang kerap jer anak aku ajak ke rumah Mak Ngah. Mak Ngah suka tanam bunga. Halaman rumahnya kemas dan tersusun dan banyak pokok bunga di pinggir halaman. Anak aku kerap minta aku tanam bunga. Jadi aku minta sikit pokok bunga dari Mak Ngah dan balik tanam. Bukan main seronok lagi anak aku dapat tanam bunga.

Sebenarnya jarang jer aku ke rumah Mak Ngah. Selalunya Mak Ngah yang kerap ke rumah aku. Biasanya dua kali sehari Mak Ngah datang. Waktu pagi dan waktu petang. Sembang-sembang sikit lepas tu balik. Sebenarnya aku ni tak macam tipikal surirumah yang lain. Aku sebenarnya malas nak bertandang ke rumah orang. Terrrrrrrrrsangat malas. Tapi terpaksala gagahkan jua sebab anak-anak boring duduk kat rumah asyik berkurung jer dalam rumah. Kawan pun diorang takde.

Bila kerap sangat Mak Ngah datang, aku pun jadi rimas. Sebab aku tak reti sangat nak layan Mak Ngah borak. Mak Ngah ni kategori orang yang tak banyak cakap. Tak macam aku. Jadi kalau nak borak bagi best, kena aku la take action. Jadi polis pencen. Soal siasat atau soal desak Mak Ngah. Barulah perbicaraan itu akan berjalan dengan lancar. Kalau aku diam, Mak Ngah pon akan diam sama. Tak bestla macam tu kan. macam orang pergi mancing pulak. kau tengok aku, aku tengok kau.

Bila dah pegang jawatan sebagai polis pencen ni, macam-macam benda lah nak kena tanya. Kira dah jadi macam tanggungjawab aku pulak untuk selesaikan misteri yang berlegar-legar kat palotak aku ni. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri, ha.. gitu.. So aku pun tanya la. Bila dah start tanya pulak memang susah nak berhenti. Bertalu-talu macam mesingun. Haaa ambik kau!

Yang mula-mula sekali aku tanya pasal anak. Aku tanya la anak Mak Ngah ada berapa orang. Mak Ngah cakap dia tak ingat. Aku teka la. aku cakap dua orang ker? Atau tiga orang? Mak Ngah cakap anak dia 4 orang. Pastu dok kejap dia cakap 5 orang. Aku pun tak pasti 4 ker 5 orang. Sebab aku tak kenal anak-anak dia. Tak pernah jumpa. Kalau kenal pun sorang tu jelah. Anak lelaki Mak Ngah yang tinggal sekali dengannya. Nama Zamri. Zamri ni aku tak pernah bercakap pun dengannya. Orangnya agak misteri dan serius. Sentiasa jer muka serius. Tak pernah nampak pun dia senyum. Apatah lagi nak bercakap.

Dan yang misterinya, aku jarang-nampak mamat ni ada kat rumah. Pukul 8pagi motor tak ada. Pukul 8 malam pun takde motor. Suami aku kata Zamri balik setiap malam tapi aku pun tak tahu masa bila Zamri balik. Zamri ni kerjanya bela lembu. Tapi jauh benar lembu dengan tuannya. bila tanya Mak Ngah, dia bagitau ada juga kadang-kadang Zamri tak balik ke rumah 2,3 hari. Tidur mana tak tahu. Bila di tanya adakah Zamri punya anak dan isteri, katanya tak ada.

Dahulu Mak Ngah tinggal tiga beradik. Tapi abangnya sudah meninggal sebab penyakit tibi. Lepas tu bulan Ramadhan yang lepas adik Mak Ngah yang aku panggil Pak Uda telah terkena stroke. Sekerang ni Pak Uda hanya mampu terbaring sahaja. Tidak mampu berkata-kata. Hanya terbaring. Dan segala urusan sehariannya anaknya yang uruskan. Seperti suapkan makanan dab tukarkan lampin. Raya hari tu aku ada ajak Mak Ngah pergi ziarah Pak Uda kat rumah anaknya. Dengan segera Mak Ngah setuju. Bila sampai, air mata Pak Uda bercucuran. Hanya itu yang mampu dilakukannya, menangis bila melihat orang yang dikenalinya datang berziarah.

Kata Mak Ngah, tak usahlah menangis. Ini semua ujian Tuhan. Mak Ngah peluk Pak Uda yang kurus kering, Mak Ngah cium pipi Pak Uda bertalu-talu sebagaimana aku cium pipi anak aku yang kecil. Allahu. aku turut sama sebak lalu mengalirkan air mata. Jelas terserlah kehebatan kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. Sedangkan sebelum Pak Uda sakit, ada sedikit selisih faham yang berlaku berkaitan harta pusaka. Tak perlulah aku ceritakans semuanya. Cukuplah jika aku katakan, cukup dalamnya kasih sayang Mak Ngah kepada adiknya dan cukup besarnya kemaafan yang Mak Ngah berikan buat adiknya yang terlantar sakit. Ternyata Mak Ngah seorang yang penyayang dan pemaaf.

Masuk hari ni dah dekat dua minggu Mak Utih pergi bercuti ke rumah anaknya di KL. Dan sejak hari itulah hampir setiap hari juga Mak Ngah asyik ulang-ulang ayat ni. “tak tahu nak pergi mana. Utih pun belum balik lagi.” Ayat ni di ulang-ulang 3 atau 4 kali sehari. Dan kalau dua kali beliau bertandang, maksudnya 8kali lah juga dituturkan dialog yang sama. Betapa Mak Ngah terasa kehilangan dengan pemergian Mak Utih. Aku pun dalam diam-diam turut berdoa semoga Mak Utih cepat balik. Kesian Mak Ngah yang kehilangan kawan dan kesunyian. “Balikla cepat Mak Utih. ” rintih hati kecilku.

Bila dah takder modal nak borak aku sambung interview Mak Ngah. Aku katakan padanya, cuti-cuti sekolah ni tentulah anak-anak balik kan. bolehla Mak Ngah main dengan cucu nanti. Mak Ngah cakap anak dan cucu tak balik. Aku tersentak. Tapi buat-buat cool. ” Ala. kalau cuti sekolah tak balik tentu raya ni diorang balik” kataku cuba menghibur hati Mak Ngah. Tapi Mak Ngah tetap dengan pendiriannya. “Tak! Raya pun mereka tak balik”

Aduhai sedihnya hati. tinggal seorang diri di usia tua. Ada anak pun jarang-jarang nampak muka. Entah Mak Ngah sempat bersembang atau tak dengan anaknya Zamri yang selalu menghilangkan diri. Kawan-kawan. kerja sebagai pengembala lembu sibuk sampai macam tu ker? Tak. tak. entah kenapa suara Didi bertanya kepada rakan-rakannya terngiang-ngiang dalan kepalaku. Haish! Beginilah sindrom mak-mak anak kecik.

Di kesempatan yang lain, aku interview lagi Mak Ngah untuk kesekian kalinya. Anak Mak Ngah berapa orang? Kali ni dia cakap tujuh orang. Seorang jer perempuan. Katanya tinggal di Pahang. Aku cakap “ooooooooo.” panjang aku puny ooo tu tak tahula berapa harkat. Bila kutanya tak balikkah? Mak Ngah cakap tak. Aku pun tak pasti dia merujuk kepada anak yang mana atau adakah dia maksudkan kesemua anaknya kecuali Zamri? Ah! Buntu aku memikirkannya. Tapi mengikut maklumat dari ibuku, dua orang anak Mak Ngah sudah meninggal dunia. Aduhai kesiannya.

Kebelakangan ini Mak Ngah jarang menjenguk ke teratak kecilku. Sampai aku naik risau. Bila aku lalu di depan rumah Mak Ngah pada waktu petang, nampak Mak Ngah duduk termenung di atas tangga. Termenung seorang diri. Kesian Mak Ngah. Tentu dia bosan dan kesunyian. Tentu dia rindukan anak-anak dan cucu-cucunya. keadaan dan nasib yang Mak Ngah alami buatkan aku terfikir dan teringat tentang ibuku.

Jika sebelum ini aku hanya jejakkan kaki ke rumah ibu dua minggu sekali atau 10 hari sekali disebabkan merajuk dengan ibuku dan geram dengan adik-beradikku, namun setelah meneliti kisah hidup Mak Ngah, aku seolah dapat menyelami kesunyian dan kerinduan ibuku. Jadi aku up sikit kekerapan tu. Jadi dua kali seminggu aku ziarah ibuku. Harap-harap dapatlah mengubati kerinduannya kepada cucu.

Kawan-kawan pembaca sekelian. aku sesungguhnya sangat bersimpati dengan nasib Mak Ngah. Seorang ibu tunggal warga emas. Hidup sebatang kara. Tanpa anak-anak dan cucu-cucu di sisi. Hidup dengan bergantung kepada duit bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan. Aku pernah tanya Mak Ngah. Cukup ker dengan duit sebanyak tu? Jawab Mak Ngah, cukup ker, tak cukup ker, itu saja yang ada. Jadi pandai-pandai la.

Kawan-kawan. di dalam rumah Mak Ngah tiada peti sejuk, mesin basuh dan tv. Handphone jauh sekali. Aku tak pasti ada atau tidak kipas angin di dalam bikiknya. Aku yakin blender dan lain-lain peralatan elektrik juga tiada dalam rumah Mak Ngah. Bayangkan Mak Ngah yang berumur 70an itu masih basuh baju pakai tangan. Aku yang muda remaja ni pon tak mampu nak basuh baju pakai tangan. Penat wooo. dalam kata lain. malas wooo.

Kawan-kawan. aku nak bantu Mak Ngah aku pun cukup-cukup makan jer. Suami aku kerja kampung jer. Dan aku pulak surirumah. Rasanya kalau takat nak hulur beras satu guni sebulan tu boleh la . lebih tu tak mampu jugak. Korang rasa perlu ker aku repot kat The Third Force Abang Raja atau Syed Azmi atau MFS Cikgu Korea? Atau korang ada cadangan lain? Tolong bagi pandangan korang kat bahagian komen. Terima kasih dan Assalamualaikum.

– Maya Zara

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *