Dari sedetik bertukar jadi seminit…
Nak ku lelapkan jua mata ini, tapi akalku tak mampu memujuk mata untuk tidur.. entah apa yang bermain dalam minda… aku tak tahu…
Ada memori indah yang bermain dalam kepala ku, ya, ia indah tapi hambar. Aku tak pasti hilang manisnya di mana, bila. Langsung tawar, sekelip mata. Serasanya seperti senyuman aku terus direntap dan diselubungi kesedihan.
Allah, pelihara aku sentiasa dengan kebaikan dalam setiap perkara yang dikurniakan untuk aku. Aamin.
Aku pergi ke rak buku, aku capai sebuah album yang aku simpan semua coretan bahagia aku bersama teman-teman seperjuangan dalam menuntut ilmu.
Sungguh tak ku sangka, kami masing2 punya karier dan sedang mencorak kehidupan sendiri. Tiba2, jatuh sekeping gambar kelas 5 Baihaqi. Aku seretkan mataku atas satu wajah, wajah yang tenang. Itulah jejaka yang aku minat. Aku gelarnya R.
Tika itu aku di tingkatan 3, aku punya kakak angkat di Ting 5, merangkap ketua dorm aku. Kami sememangnya rapat sejak aku Ting 1 lagi asbab selalu pulang dari asrama ke kampung bersama. Kakak angkat aku sekelas dengan R.
R adalah exco surau di sekolahku. Kalau dia azan, semua orang maklum dia yang azan, sama lah jugak bila R bagi tazkirah sementara menunggu Solat Maghrib. Orangnya pemalu sangat, sangat menjaga pandangan.
Aku minat R dari aku Ting 2 lagi. Cuma kakak angkat aku yang tahu, takde orang lain, sebab R ni agak ramai peminat. Lagi pulak kakak angkat aku tahu sangat siapa dalam kelas dia yang juga ada hati pada R.
Pertama kali aku ternampak R ni masa aku teman kawan aku buat kerja dekat bilik SPBT, tapi aku tak berani nak tengok lama2. Pertama, aku takut kawan aku perasan, kedua aku takut dia perasan aku pandang dia, ketiga aku pun kena jaga pandangan jugak apa.
Masa tulah aku tau sikit2 pasal R ni. Masa tu dah ada khabar angin dia ni bakal exco surau, memang ramai lah yang minat R dalam senyap.
So, masuk Ting 3, bangunan kelas aku dengan kakak angkat aku satu bangunan je, so kalau budak Ting 5 nak pergi makmal ke nampak lah diorang lalu. Masa nilah memasing tengok senior yang diorang minat. Haha..
Aku? cuba jugak tapi selalu gagal, sebab meja aku sebelah hujung kelas..
Dalam sebulan, asrama kami akan bagi pelajar yang dekat untuk balik rumah, pelajar jauh sahaja yang tinggal di asrama, masa tu boleh lah kalau nak self study kat kelas dengan kawan2. So, aku selalu study dengan kakak angkat aku dekat kelas dia sebab kelas aku kena naik tangga kan. Setiap kali aku study kat kelas kakak angkat aku, aku akan duduk meja R. Tengok motivation quotes dia atas meja, tengok target SPM dengan kos yang dia nak ambik. Tengok jadual study dia.
Sekolah aku buat laluan pelajar lelaki dan perempuan untuk langkah jaga ikhtilat. So, kitorang tak payah takut2 nak lalu kat mana2 laluan sebab takde budak lelaki yang lepak2. Cuma sesekali tu ada jugak yang bersidai sambil tunggu prep malam habis.
Biasanya kalau ada masalah bab laluan ni, atau bab adab2 pelajar ke ape ke, nanti R ni lah yang bagi peringatan kat surau waktu hujung minggu sebab semua pelajar akan solat maghrib dengan isyak sekali dengan program usrah. Takpernahlah aku dengar dia marah2 tegur. Cuma sekali ni, waktu program qiamullail kalau tak silap, ust mintak dia kejutkan budak2 guna rotan.
Masa terus berlalu, dan biasanya sekolah asrama akan buat majlis solat hajat untuk pelajar yang ambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Si R lah yang bertugas sambut ibubapa dan jemput untuk terus ke dewan sekolah. Kebetulan aku dan kawan aku lalu untuk ambik telekung dekat surau, itulah ” kali aku nampak dia senyum. Cepat-cepat aku alihkan pandangan aku dan cepatkan langkah.
Mac 2009,
Aku dapat sms dari kakak angkat ku bahawa minggu depan dia akan datang ambil keputusan SPM, dia kata tak sabar untuk bertemu dengan aku.
Tak sabarnya aku nak berjumpa dia, dalam masa yang sama dalam hati aku, mana tahu terjumpa R kalini. Bisik hatiku. Doaku tika untuk semoga kakak angkatku dan R perolehi keputusan SPM cemerlang.
Saat yang aku tunggu tiba. Kakak angkat aku tiba dan menyelesaikan urusan untuk ambil keputusan SPM dan berjumpa dengan aku di belakang dewan sekolah. Dalam riuh suasana dewan dengan senior-senior lain yang sibuk bercerita kisah masing2, aku perasan seorang lelaki datang bertongkat dipimpin oleh kawannya 2 3 orang. R rupanya, tapi kenapa dengan dia. Persoalanku mati disitu. Tiada jawapan. Ku kira itulah kali terakhir aku melihat dia sebelum dia pergi selamanya.
Tahun 2010
Giliran aku melalui peperiksaan SPM.
Kawan aku yang ahli kelab SPBT sekolah ada memaklumkan kelab SPBT nak adakan kutipan derma tapi belum pasti untuk apa katanya, kerana dia hanya dapat maklumat itu dari Guru Bimbingan dan dia perlu hadir ke perjumpaan MT kelab untuk dapat info selanjutnya.
Malam esoknya, waktu bacaan almulk di surau puteri, ada satu pengumuman bahawa diadakan satu kutipan derma untuk seorang senior untuk membantu beliau menghadapi kanser tulang tahap 2, senior itu adalah R. Agak riuh surau tika itu dengan perkhabaran itu.
Dengarnya keputusan SPM R cemerlang, tapi selepas didiagnosiskan kanser tulang, impian R untuk meneruskan cita-cita sebagai arkitek perlu ditangguhkan dahulu. Doktor menasihatkan dia untuk jalani rawatan kerana sel kansernya merebak agak cepat. Pada waktu itu, ada sorang lagi kawan aku yang kakaknya sekelas juga dengan R, dari dia lah aku tahu kisah ini.
Allah, hanya dia dan keluarganya yang Allah takdirkan mampu melalui semua ini. Waktu itu sahaja hanya doa yang mampu dititipkan. Nama R disebut2 dalam kalangan guru-guru sekolah kami, setiap kali sebelum majlis di surau, akan ada yang menyebutkan nama R untuk disedekah alfatihah supaya diberikan kesembuhan dengan izinNya.
Tahun 2011
Aku kembali ke sekolah sebagai pelajar Ting 6 Rendah. Kali ini, khabar tentang R aku perolehi dari Guru ting kami iaitu guru penasihat Kelab SPBT dan kawan aku yang kakaknya sekelas dengan R. Ya, Guru penasihat SPBT itu antara yang rapat dengan R dari awal dia menjadi ahli SPBT. Menurut cikgu H, R pelajar yang sangat dia sayang, orangnya tak banyak cakap, tuturnya lembut, akhlaknya menyejukkan hati. Itulah yang sering cikgu H ceritakan pada kami.
Beberapa bulan lepas itu, khabar tentang R yang disampaikan pada kami, kakinya perlu dipotong kerana kanser sudah merebak, dan dan sampai ke tahap 3. Selepas operation kaki R dipotong, cikgu H ada melawat R bersama dengan ahli SPBT yang mengenali beliau dan kawan2 sekelasnya.
Menurutnya, R tidak berdaya nak bercakap, hanya tersenyum dan membalas perbualan dengan menulis di kertas nota. Semua yang datang melawat R terdiam, tak mampu nak berkata apa melihat keadaan R yang jauh berbeza. Kata cikgu H, riak muka R yang pucat, tapi tak lekang dengan senyuman, tetap senyum menahan sakit. Dalam hati aku cuma mampu berbisik dari jauh, bertahanlah bersama doa untuk R.
Mac 2012
R telah pulang menemui penciptaNya.
Khabarnya R telahpun membuat persediaan untuk menyambung pengajiannya di universiti, dan sudah menyediakan tongkat untuk memudahkan dia bergerak dan dalam masa yang sama masih meneruskan rawatan kemoterapi namun menurut keluarganya selepas kakinya dipotong sel kanser tersebut pantas merebak ke anggota yang lain dan menjadinya kanser R ke tahap 4.
Semoga R ditempatkan bersama para solehin di sana. Al-fatihah.
– Izzah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit