Sepupu Bertopeng Sy4itan

Hi, nama aku Lilah bukan nama sebenar. Harini aku ingin berkongsi tentang pengalaman aku. Waktu ni aku baru berumur sekitar 6 tahun, aku bersekolah di tadika dan aku mempunyai 4 adik beradik.

Keluarga kami hanyalah sederhana, ibu aku bekerja sebagai seorang doktor dan ayah aku bekerja ofis, bila petang baru diorang balik.

Disebabkan ibu dan ayah aku tak dapat nak jaga adik adik aku jadi ibu dan ayah sering menghantar kami ke rumah makcik sedara aku.

Makcik sedara aku mempunyai 4 orang anak, dua orang perempuan dua lelaki.

Kakak yang sulung jarang ada dekat rumah sebab dia pelajar kolej, jadi tinggal dekat rumah hanya 3 orang iaitu kakak kedua dan lelaki 2 orang aku panggil mereka Ayu, Ahmad dan Aliff.

Ayu adalah anak yang kedua, manakala Ahmad pula anak ketiga dan Aliff anak bongsu.

Aku sering meluangkan masa dengan mereka, berbual-bual dengan mereka, Ayu dah berumur 18 tahun jadi dialah yang mengasuh aku dan adik adik aku,

Ahmad pula tingkatan satu dan Aliff masih sekolah rendah tahun 5, aku dah anggap mereka seperti abang abang dan kakak aku, kami begitu akrab.

Sampailah suatu hari aku dihantar ke rumah mereka seperti biasa, waktu tu aku sedang menonton tv, tiba tiba Ahmad panggil aku masuk dalam bilik.

Dia cakap, “jom main sorok- sorok nak? Kita menyorok sama-sama, kita sorok lama lama biar Ayu dan Aliff tak jumpa kita”

Aku pun iya kan lah sebab aku memang suka main sorok2 dengan sepupu- sepupu aku. Kami menyorok dalam almari, dalam tu panas dan sempit.

Tiba ii aku rasa macam ada tangan dalam seluar aku, aku pun rasa takut bila aku tengok rupa ii nya tangan tu adalah tangan Ahmad. Ya, Ahmad cuba untuk r@ba aku. Agak lama lah dia pegang tempat kemaluan aku.

Waktu tu aku kaku dan diam. Aku tak tahu nak buat apa yela aku kan kecik lagi. Dalam fikiran aku masatu “kenapa Ahmad buat macam ni?”

Tak lama kemudian aku dah mula rasa tak selesa, aku bangun aku cakap kat Ahmad “Lilah nak pergi tandas kejap”

Bila aku ke tandas aku rasa menggigil dan takut tapi aku biarkan je sebab aku rasa benda ni tak ada pape pon,

Ini bukan pertama kali dia cuba meraba aku, banyak kali jugaklah, tapi aku anggap tu hanya main – main, aku masih kanak kanak jadi aku tak tahu pun kenapa Ahmad buat macam tu.

Selepas aku ke tandas aku rasa takut nak jumpa Ahmad jadi aku sambung tengok tv.

Keesokannya, aku dah lupa pasal benda tu, aku jumpa Ahmad dan kami masih berkawan seolah- olah peristiwa itu tidak pernah berlaku.

Ibu dan ayah aku pun macam biasa selalu hantar aku ke rumah mak saudara aku.

Sampailah aku dah mencecah umur 12 tahun. Masatu jugaklah aku baru tahu pasal “gangguan seksu@l” slow – slow aku ingat balik pasal kejadian waktu aku kecil dulu. Aku terdiam dan air mata mengalir.

Baru aku faham kenapa Ahmad buat macamtu, aku dah faham rupa- rupanya aku diraba oleh sepupu kandung aku sendiri.

Orang yang aku anggap macam abang aku, orang yang aku fikir akan lindungi aku dan jaga aku sanggup buat benda terkutuk macamtu.

Aku menangis tak terhenti, aku meraung, hati aku berkecai kecai aku macam tak percaya benda ni jadi kat aku…kenapa aku bodoh sangat ?

Aku mengadu dekat Allah “beratnya ya Allah ujian ni, kenapa aku yang kena?”

Sejak dari hari itu aku jarang keluar bilik, aku dah tak selera makan, setiap malam aku menangis macam orang gila.

Aku terfikir nak bagitahu ibu dan ayah aku pasal ni tapi aku takut mereka akan fikir aku ni anak yang jahat sebab buat benda terkutuk. Jadi aku pendamkan je sorang sorang.

Makin lama aku pendam, lagi lah aku sakit hati, aku hanya fikir “kalaulah aku bagitahu parents aku awal- awal mesti aku takkan rasa sengsara macam ni”

Kalaulah aku lari masa dia buat benda tu kat aku mesti aku takkan ada childhood trauma.

Setiap kali saudara mara aku berkumpul kat rumah nenek mesti ada Ahmad. Hubungan aku dengan dia dah tak rapat macam dulu, kalau jumpa pon mesti dah tak bertegur sapa.

Aku masih tak boleh terima kenyataan apa yang dia buat dekat aku. Aku cuba untuk terima tapi aku gagal.

Keluarga dia tak tahu pun yang anak dia sebenarnya seorang yang jijik. Aku jijik tengok muka dia aku tak sanggup nak hadap muka dia setiap kali bertemu.

Aku tertanya apa dia rasa selepas dia buat macamtu dekat aku? Dia tak rasa bersalah ke? Dia dah lupa ke?….. Sampai sekarang aku tertanya tanya.

Aku dah cuba nak luahkan dekat kawan- kawan aku pasal kejadian ni tapi mereka buat- buat tak tahu je malah mereka fikir aku melawak.

Tapi aku tetap positif mungkin mereka tak pernah lalui benda macam ni jadi diorang tak tahu macam mana perasaan aku. Aku lupakan je. Aku tak tahu nak cerita dekat sapa.

Untuk para ii gadis diluar sana jaga diri sebaik mungkin jaga jarak dengan lelaki walaupun keluarga kita.

Sampai disinilah luahanku. Hanya disini aku boleh meluahkan yang telah dipendam. Aku masih 12 tahun, aku tak pandai berkata kata, maaf jika ada tersalah kata.

Yang benar,

– Lilah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *