Sepupuku Bukan Sepupumu

Assalamualaikum guys, saya ada luahan nak buat. Nama saya Minnie (seorang gadis, bukan nama sebenar). Saya serabut gila dengan sepupu saya, Moana (juga seorang gadis, bukan nama sebenar).

Moana dah duduk dengan saya start dari hari terakhir saya habis degree, dalam 2012 macam tu. Maknanya dah 11 tahun dia bersama dengan keluarga saya. 

Tempoh 11 tahun disini bukan lah bermaksud sepanjang the whole 11 years tu dia tinggal dengan kami, tidak. Dia cuma berada di bawah tanggungjawab kami dan pada tahun ke 11 macam tu, baru lah dia betul betul tinggal dengan kami di bawah bumbung yang sama.

Jadi di awalnya, agak susah untuk kami terima kehadiran Moana. Mama Papa terima Moana sebab dari segi nasab keturunan, Papa adalah waris terdekat Moana. Dalam erti kata lain, Moana ni adalah tanggungjawab keluarga kami. 

Of course kami awkward dengan kehadiran Moana. Bayangkan dia dah besar panjang, baru dia hadir dalam hidup kami. Ditambah lagi dengan karakter Moana, buat kami lebih tak selesa dan ianya berterusan sampai sekarang.

Tentang karakter Moana, ada beberapa perkara yang buat kami rasa annoyed. Pertama, sikap “kena ketuk baru jalan”.

Fyi, Moana ni dah berusia 32 TAHUN (2023). Sebaya dengan saya. Bayangkan hampir setiap kerja rumah, mengemas dan sebagainya, kena cakap baru dia buat. 

Kalau tak cakap, dia takkan buat, lipat baju sendiri pun, dia takkan buat unless selepas disuruh. Dia tiada sikap inisiatif itu. Memasak apatah lagi, tapi takpa sebab dia memang takda kepakaran di situ.

Kami pun tak pernah lagi membebankan dia dengan kerja-kerja berat. Rasanya paling berat pun cuci toilet, itu pun bukan selalu. Perkara lain pula seperti:

“Moana, makan”

“Moana, kemas tempat tidur”

“Moana, tolong siram pokok Mama”

dan tugasan-tugasan ringan lain yang berterusan sehingga ke hari ini.

Kadang-kadang saya terfikir, apa lah yang ada dalam kepala nya. Ni soalan serius. Apa yang ada dalam kepalanya yang membuatkan dia tidak ada rasa bertanggungjawab itu.

Tanggungjawab pada diri sendiri, kebersihan nya, kerja nya, makan pakai nya. Apa yang ada dalam kepada dia yang menyukarkan dia untuk bangun dan buat? Apa?

Kemudian Moana juga suka menyampuk bila orang sedang bersembang. Bila ada tetamu datang ke rumah, atau apabila kami bawa Moana ke rumah orang, dia akan sesuka hatinya menyampuk.

Dalam kes Moana ini, dia hanya duduk berhampiran dengan jemaah yang sedang bersembang dan tiba-tiba beri respon tanpa dipinta. Mama Papa kadang-kadang malu dengan dia.

Perkara ini, bukan kami tak pernah tegur Moana, pernah dan banyak kali. Tapi macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Apa yang buatkan saya nak meluahkan sangat dekat sini, adalah apabila kebelakangan ini, Moana kerap cuti sesuka hati. Moana bekerja dan tinggal bersama kami.

Oh fyi, Mama Papa dan kami sepupu Moana, tak pernah sekali pun minta duit Moana malah kami bersyukur dia ada simpanannya sendiri.

Back to the story, sekarang Moana kerap ambil cuti, kerja separuh hari atau balik sesuka hatinya. Ada sekali itu, dia ditahan di wad selama 4 hari, tapi doktor tak dapat detect dia sakit apa.

Saya pun tak tahu kenapa lah sampai 4 hari. Sebelum dia ditahan di wad, ada beberapa kali dia tak pergi kerja.

Saya cuba menegurnya melalui teks di WhatsApp. Nada teks saya lembut siap ada emoji dan tidak tegas juga dengan harapan mindanya akan terbuka dan tahu bahawa bercuti sesuka hati bukan lah perkara yang baik. Jadi saya beritahu nya,

Minnie: Moana, jangan malas malas tau. Kena rajin! Kalau layan penyakit M (malas) ni memang ke sudah la..

Moana: Kekadang susah juga nak hadap malas ni, itu lah..

Minnie: Jangan hadap, abaikan je, itu je jalan nya kikiki

Moana: Tu yang kena paksa diri juga tu..

Dan perbualan itu berlarutan sehingga akhirnya saya titipkan doa agar Moana tidak diserang penyakit M itu lagi. Harapan saya, Moana faham “oh kerja ini penting”, dan dapat ubah pemikirannya sekaligus menjadikan dia manusia yang rajin.

Tapi saya rasa sia-sia. 2 hari kemudian Mama teks saya, maklumkan Moana tak pergi kerja lagi. Mama meluah pada saya. Jadi saya pun segera teks Moana lagi, pujuk dia untuk pergi kerja semula. Dia beritahu saya begini,

Minnie: Moana, tak kerja lagi eh??

Moana: Ingat nak pergi hospital lah. Tak boleh nak jalan sangat (tapi pagi tu Mama beritahu dia okay je)

Minnie: Kenapa pula tu? tidur lewat ke semalam? (Moana ada migraine)

Moana: Tak tahu. Tadi masa rehat tengah angkat tanah, kepala sakit, tengkuk rasa kena tarik, kaki dah tak boleh nak gerak. (Moana kerja di nursery pokok)

Minnie: Rasanya penyakit M, dia datang balik ni..

Dan perbualan itu berterusan sehinggalah apabila saya gesa dia untuk kembali masuk bekerja memandangkan masa hanya berbaki lagi 3 jam, tapi hampa. The conversation was left hanging. Dia tak reply teks saya.

Mama beritahu, Moana tak keluar dari bilik hinggalah selepas Isyak. Itupun selepas Mama kejut Moana bangun.

Disebabkan Mama semakin stress dengan sikap Moana, kami semua termasuk Papa dan adik beradik saya turut terkesan sekali. Yelah, ibu-ibu kita kan penyeri rumahtangga, bila ibu dah hilang seri, penghuni rumah yang lain turut terkesan.

Wujud rasa nak bergaduh tapi bila fikir-fikir, KENAPA PERLU BERGADUH SEBAB MOANA? Perasaan ini sangat menyebalkan.

Sekarang saya buntu guys. Adakah Moana betul betul sakit atau dia ada anxiety? atau dia ada penyakit M dan sakit-sakit yang sebut itu sekadar alasan untuk dia tidak bekerja?

Sebelum ada pekerjaannya yang sekarang, dia banyak kali bertukar-tukar kerja sehingga lah dia tidak mempunyai tempat tinggal (Moana pernah menyewa bilik) dan itu starting point untuk kami bawa dia tinggal dengan kami di bawah bumbung yang sama.

Panjang lagi kisah Moana ni tapi cukuplah sekadar luahan ini. Sekarang saya nak tanya korang, apa patut saya buat? Apa patut kami buat?

Diagnose Moana supaya dapat buktikan dia tidak menghidap apa-apa penyakit serius atau buat apa sepatutnya?

Saya betul-betul buntu. Huarghhh.

Regards,

– Sepupumu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *