Sepupuku L3sbian

Hi aku A (bukan nama sebenar), aku nak cerita kat korang pasal tajuk yang korang dah baca itu. Ya sepupuku l3sbian.

Nak tahu macam mana aku tahu yang dia l3sbian. Meh aku cerita, aku gelarkan dia Y (bukan nama sebenar), aku dan Y memang rapat macam adik-beradik.

Family aku dan family Y pun tahu kitorang memang rapat dari kecik lagi. Aku ada 3 beradik, ada 2 abang dan aku anak bongsu. Y pun macam aku ada 3 beradik dia anak bongsu dan ada dua kakak. Bagi aku Y ini ada ciri-ciri seorang kakak.

Lagipun Y memang nak ada adik tapi tak ada, jadi akulah adik dia walaupun cuma adik sepupu. Time aku nak balik aku pergi bilik nak jumpa Y, tapi aku baru masuk bilik dia dah suruh aku keluar dengan nada yang macam marah. Aku pun terpaksa keluar.

Aku sedih rasa macam nak nangis tapi aku husnuzon mungkin Y jadi macam tu sebab dia sakit perempuan kot. Tapi sangkaan aku mel3set sama sekali, aku ada call Y, dia tak angkat. Aku text dia ada bluetick tapi dia tak reply.

Time ni aku rasa macam betul-betul nak jatuh air mata aku. Aku tak tahu apa salah aku kat Y sampai macam tu sekali dia layan aku. Aku buat keputusan untuk call dia lagi. Ahirnya, dia block no phone aku. Lagilah makin jatuh air mata aku.

Lama juga aku nangis tapi dalam biliklah. Tiba-tiba aku baru teringat yang abang-abang aku ada no phone kakak-kakak sepupu aku.

Aku pun dah dapat no phone kakak Y jadi aku tak tunggu aku terus call kakak Y. Kakak Y ada tanya aku kenapa tak call Y. Aku pun cakaplah kenapa then aku kata nak cakap dengan Y, then Y pun on the phone dengan aku.

Aku tanyalah kenapa dia block no aku. Dia selamba cakap dia terblock no aku, aku tahu dia tipu dengan nada selamba. Aku pun terpaksa desak dia bagitahu kenapa dia dah jadi lain.

Pada mulanya dia tipu aku. Tapi dah banyak kali aku desak dia bagitahu perkara sebenar kenapa dia jadi lain. Finally, dia bagitahu perkara sebenar.

Y cakap dia buat macam itu sebab itu saja cara untuk dia berubah. Aku tak faham apa maksud Y. Apa maksud dia itu saja cara untuk dia berubah.

Dia bagitahu aku yang dia sayangkan aku lebih daripada seorang adik. Dia l3sbian dan sebenarnya sepanjang dia dengan aku dia dah mula ada nafsu dengan aku gara-gara sebab tengok benda luc4h.

Dia pernah terfikir nak ajak aku buat benda tak senonoh untuk puaskan nafsu dia tapi, dia tak buat sebab dia takut aku benci dia. And rahsia dia akan terbongkar.

Aku macam tak percaya yang Y ada simpan naluri sonsang dalam diri dia dengan begitu kemas. Bagi aku dia seorang yang baik adik yang baik. Selepas dia bagitahu semua itu, aku terdiam, dia pun terdiam then dia cakap,

‘Kalau aku dah rasa benci, rasa diri dia hina dan nak jauhkan diri dari dia terpulanglah tapi janganlah bagitahu orang lain pasal benda ini’. Dia letak telefon. Aku still terdiam. Benci?aku tak rasa benci langsung kat Y.

Hina? Aku tak rasa diri dia hina langsung. Tapi beberapa hari kemudian, aku baru terfikir apa kata aku tolong dia. Aku pun call kakak Y then aku cakap dengan Y yang aku nak tolong dia untuk berubah.

Dia pun tanyalah kat aku, aku tak benci dia ke, aku jawab aku tak benci dan aku tak rasa diri dia hina langsung.

Then aku dengar dia macam nangis. Aku rasa mungkin dia terharu kot. Sampai sekarang dia jadi pembaca tegar IIUM Confession. Dia dapat jadi pembaca IIUM Confession itu pun sebab aku.

Y ada dapat tips daripada confessor-confessor IIUM Confession untuk berubah. Aku pun nampak perubahan dia makin lama makin baik.

Di sini aku cuma nak bagitahu kat korang yang janganlah sesekali benci dan hina golongan yang bukan straight ini.

Bagi aku diorang perlukan sokongan dan nasihat kita untuk berubah. Aku tahu aku sedar golongan tak straight mungkin anggap aku ini berpura-pura tak benci Y tapi sebenarnya benci dan hipokrit.

Terpulanglah pada golongan macam Y nak anggap aku macam itu.

Tapi nasihat aku untuk golongan straight macam aku kalau korang tahu orang terdekat ada yang gay or l3sbian, dah bercinta atau berzina.

Dekatilah diorang bantu diorang untuk berubah. Sampai disini saja pesanan aku buat golongan straight macam aku dan golongan tak straight macam Y.

Dah lenguh jari aku menaip.

#Golongan straight bantulah golongan tak straight

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://IIUM Confession. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *