Serah Hati Pada Allah

Salam.. sebelum ni, aku sedih ditolak oleh seorang lelaki. Terlalu sedih sehingga aku sanggup menggadaikan dan menjatuhkan air muka aku sendiri.

Aku merayu agar diriku diterima kembali, walhal terang-terang salah berpunca dari dia dan dia taknak mengaku.

Ego. Ye, dia sangat ego dan boleh dikatakan tidak matang. Aku baru mengenalinya dalam tempoh sebulan, tapi boleh nampak sifat dia. Asal ada tersilap kata, tersilap gurau terus aku diblok.

Tapi aku masa tu 50/50. Suka dengan tak sama banyak. Tapi sebab perwatakan ala2 baik alim yang dibawa membuatkan aku terus melayan dia. Mungkin jodoh kata aku.

Tapi macam yang dikata tadi, dia kononnya bergurau pada aku dengan berkata sesuatu yang double meaning.

Aku faham lalu bertindak menegur secara baik. Tapi sebaliknya dia melenting sambil berkata secara sinis seolah2 aku mahir bab2 lucah. Astaghfirullah.

Hubungan diputuskan dia. Aku bagai gila hari2 mesej meminta maaf, mesej untuk menarik perhatian dia untuk lembut hati pada aku. Sebab, masa tu aku dah mula sukakan dia.

Aku merayu meminta agar aku diterima. Dia dengan angkuh menolak sambil berkata sudah terlambat. Aku redha. Aku bawa haluan sendiri. Rasa sedih bercampur sakit hati seolah2 difitnah.

Fb aku diblock. Tapi sebab dah buta agaknya, aku stalk fb dia dengan akaun lain. Aku nampak dia bermesra dengan perempuan lain.

Dari apa yang aku faham, dia berhubung dengan perempuan tu dalam masa yang sama dia berhubung dengan aku.

Melihatkan cara beliau, aku musykil bagaimana seorang yang katanya begitu menjaga ikhtilat boleh bermesra di fb dengan perempuan yang bukan muhrim.

Dia pernah melontarkan rasa kecewa bila aku beritahu aku pernah mempunyai teman lelaki (bekas), dan pernah keluar bersama.

Aku jelaskan itu hal silam tak perlu diungkit, tapi dia tak boleh terima dan pernah dia jadikan itu sebagai modal utk counter back aku. Hurm.

Aku berserah pada Allah. Setiap hari selepas solat aku berdoa agar Allah sampaikan rasa rindu aku pada dia. Aku berharap dialah orangnya. Tapi aku tak tahu, kadang2 hati ni seolah2 tawar nak berdoa lagi.

Sekarang aku cuma minta Allah temukan aku dengan jodoh yang baik2.

Dia? Masih bergembira bersama perempuan lain. Sumpah aku tak pernah update kekecewaan aku di fb.

Bukan sebab dia tak boleh nak baca sebab tu aku tak update, tapi aku tak nak orang baca, especially family members. Lagipun perkenalan berlaku dalam tempoh singkat. Aku malu nak heboh.

Semenjak kebelakangan ni, aku sedar post dia seolah2 sedang kecewa. Dari apa yang aku baca, dia ditinggalkan.

Perasaan aku pada ketika ni tak dapat digambarkan, ada rasa gembira kerana aku rasa mungkin dia orangnya, rasa sedih dan geram kerana dia ada yang lain sementara aku sorang diri.

Tapi disebabkan aku banyak berserah pada Allah walaupun aku ingkar nak Allah satukan kami, tapi dalam hati seolah2 Allah hadirkan satu perasaan bersyukur.

Bersyukur kerana memilih untuk berdamping dengan Allah dan bukan Buat perkara tak berfaedah. Aku rasa bersyukur walaupun aku sedih tapi rasa itu tidak keterlaluan.

Malah, aku mampu bergembira bersama keluarga, bergelak ketawa, dan adakala aku terlupa dari memikirkan dia. Subhanallah Maha Suci Allah.

Post aku ni bukan nak beritahu aku gembira atas kesedihan dia. Bukan juga nak merendahkan lelaki baik. Lelaki baik tu wujud.

Cuma aku nak beritahu, kalau kita serahkan diri pada Allah, Allah akan jaga kita, dan dalam pada kita tak sedar, Allah rawat hati kita sedikit demi sedikit.

Kepada dia, ingatlah dikala kau marahkan perempuan yang kau sayang tu, sedarlah Allah masih ada untuk kau mengadu. Tak perlu provok di fb, sesungguhnya perbuatan itu paling tak matang. Act like a man.

– Muhassanah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *