Serangan Covid & Pelajari Sesuatu

Assalamualaikum hai semua pembaca. Nama aku Iman, berumur hujung 20an. Aku hari ni nak cerita sikit disebabkan aku antara orang yang suka menjaga orang sakit sebab banyak pedoman yang kita boleh ambil.

Disini aku nak share pengalaman aku ya. Terpulang pada indvidu sama ada nak percaya ataupun tidak.

Dalam family aku, ramai sangat yang dah pun kena covid ni sejak tahun pertama. Cuma apa yang aku nak kongsikan perbezaan serangan covid pertama tanpa vaksin dan perbezaan serangan yang kedua selepas dose booster.

Alhamdulillah kesemua family aku dah pun dibooster. Tiada sakit yang teruk selepas dose booster. Cuma sakit ketiak, rasa nak demam, sengal badan sikit2 sekitar 2 3 hari.

Aku teruskan penceritaan, covid yang pertama berlaku dalam kalangan family aku, yang pertama ni memang teruk.

Demam yang susah nak kebah, batuk yang teruk sampai rasa bengkak pada tekak dan sakit pada perut, selesema, hilang deria rasa dan bau. Ini real terjadi ya dalam family aku.

Masa tu, aku takut tengok family aku sorang2 kena, nak jalan 2 3 langkah nafas laju berombak dada tercungap2, banyak baring dan dalam family aku ada jugak yang dah meninggal sebab covid19.

Tapi takpa, Covid itu asbab saja, yang sebenarnya memang dah ketentuan Allah ahli keluarga kita termasuk diri kita semua akan mati pada hari itu cuma berbeza cara,tempat dan keadaan kita akan mati.

Aku teruskan ya. Masa serangan covid pertama, ada antara ahli keluargaku yang dihantar ke pusat rawatan sebab kadar oksigen dalam badan berkurang. Jadi perlu dipantau ya sebab kalau kadar oksigen berkurang kita jadi sukar bernafas.

Bak kata ahli keluarga ku, macam nak tercabut aku rasa iman nafas aku ni. Masa tu ingat nak mati saja kata keluarga aku. Aku Alhamdulillah cuma kontak rapat dan tak bergejala teruk cuma rasa nak selesema saja lepas makan ubat okey .

Mak aku tak putus2 solat hajat, doakan, baca yassin agar family aku sihat macam selalu. Semua sama2 buat. Doa dan redha mak kan. Syukur masih ada mak nak doakan aku n ahli keluarga yang lain.

Sentiasa buat baik pada orang tua ya semua. Ingat redha orang tua tu penting. Jangan abaikan mak kita, dia ikhlas urus dan jaga kita dari kecil.

Okey sambung semula, kemudian, mereka dikuarantinkan lebih kurang seminggu lebih sampai lah kadar oksigen ok,demam ok, deria bau dan rasa okey semula dll prosuder lah, ikut nasihat orang yang merawat dipusat tersebut.

Ikut juga keadaan kesihatan kita. Demam covid tak sama dengan demam biasa. Kebanyakan lebih dari 3 4 hari baru berkurang. Batuk yang sangat teruk tak boleh nak digambarkan. Sedih.

Selepas fasa pertama reda, Malaysia kembali ok, kemudian ada ambil vaksin dose 1,2 dan diikuti booster, tetapi kes naik semula baru2 ini kan, family aku diuji lagi dengan covid kali ke 2.

Tapi kali ni, berbeza dengan yang pertama, sebab demam berkurang selepas 1 hari, batuk selesema ada cuma tak seperti yang pertama sampai terkecing2.

Buat test kit masuk hari ke 4 line pada test kit kembali samar2 dan family yang kena demam dah tak de cuma selesema sikit.

Aku tahu vaksin bukan lah asbab kita sembuh tetapi aku dan keluarga cuma usaha dan tawakal sebab kami dah rasa betapa sakitnya covid ni.

Alhamdulillah yang kali ke dua ni terkawal. Sebab aku tengok ada yang kata dah ambil 2 dose pun masih ada risiko kena macam mana tuu .

Pada aku, dalam family aku, aku dah tengok selepas vaksin ni tak seteruk dulu walaupun masih ada risiko berulang.

Tapii kita jangan kata orang yang tak vaksin tu antivak atau apa2 lah. Pada aku tu tak elok, kita usaha dengan ambil vaksin tapi mereka usaha dengan cara mereka sendiri.

Sebab atas dunia ni. Bukan vaksin saja, selera makan kita pun lain2 kan. Jadi kita tak boleh nak paksa orang follow cara kita. Kita kena hormati orang.

Cuma kita jangan cakap besar, kita kata covid ni konspirasi lah,tipu lah, jangan sesekali. Sebab tanpa izin Allah, penyakit ini takkan sampai pada kita.

Yang jadi semua dengan izin Allah. Bak kata mak, Allah nak kita lagi dekat dengan Dia dan sebab tu kita diuji di beri sakit. Semua ada sebab.

Sebab kita belum merasa peritnya sakit covid sampai rasa nak tercabut dada. Kita belum tahap dituduh pembawa virus. Pedih rasa hati ni kalau orang tuduh kita tau. Jadi jaga diri ya semua.

Semoga kalian sentiasa dilindungi dari wabak covid19 . Memang siapa yang pernah alami akan diingati hingga akhir hayat. Yang belum mengalami jaga diri, jaga kesihatan supaya kita terhindar dari virus.

Amalkan doa2 yang mustajab, jaga solat, baca Al Quran, lagi bagus kita mula amalkan menghafal ayat Al Quran bermula dari yang ringkas ya. Jaga batas aurat lelaki dan perempuan, jaga pandangan kita dari maksiat.

Tegur ahli keluarga kita dari buka aurat dan buat perkara2 keburukan. Kita kena berubah dari sekarang. Suami isteri jangan bergaduh, harmoni lah, perbanyakkan jemaah bersama, banyak maafkan pasangan dan redha serta ikhlas apa yang kita dah beri,

Kalau ada yang kurang dari segi nafkah, kita sebagai isteri redha dan ikhlaskan, mungkin asbab kita bersyukur suami kita selamat pergi dan balik kerja. Kalau suami culas, kita tegur lah cukup memadai 3 kali. Allah Maha Melihat dan Maha Adil ka .

Itu kita kena yakin. Sebab hari ini mungkin kita sihat esok belum tentu, belum tentu pasangan kita hidup esok.

Jangan tangguh buat kebaikan, In Shaa Allah ada rezeki Allah pilih kita mati dalam keadaan khusnul khotimah macam arwah opah,wan dan arwah abah. Aku impikann.

Al Fatihah untuk semua ahli keluarga kita. Salam dari Iman.

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *