Serangan Jantung Di Usia Muda

Kisah suami aku yang terkena serangan jantung di usia 34 tahun. Tarikh lahir dia pada 8 Jun tetapi pada 7 Jun dia dimasuk hospital di HKL dan berpindah ke IJN disebabkan serangan jantung.

Kita flash back kisah dia ni sedikit. Suami aku ni mula isap rokok diusia yang muda lagi kalau tak silap sama ada darjah 6 atau form 1. Ayah dia seorang perokok tapi 2 orang adik dia tak ikut jejak langkah ayah dia, cuma suami aku seorang saja yang menjadi perokok.

Suami aku bersekolah agama dan duduk hostel, dia pernah digantung sekolah sebab jadi supplier rokok untuk kawan-kawan. Memang dasyat la laki aku ni.

Sehingga kini di masih merokok tapi sekarang kurang skit sebab dia isap vape. Rokok ada juga tapi jarang2. Bagusnya laki aku ni dia tak isap rokok dekat dalam atau di kawasan rumah. Kebiasaannya jauh dari rumah.

Aku memang pantang orang isap rokok sebab ayah aku sendiri tak isap rokok jadi asap rokok memang boleh buat aku jadi singa nak marah orang. Suami aku ni takut kalau aku jadi singa jadi dia iktla ckp aku ni.

Malam kejadian aku ada buat makan-makan sempena birthday aku 2.6 dan suami aku 8.6 jadi kita gabunglah jimat sikit duit kek. Suami aku kerja dekat Shah Alam dan dia sewa bilik dekat sana. Aku tinggal dengan mak aku dekat Keramat. Patutnya malam jumaat 6.6 dia balik tapi dia tak balik.

Ak baru ingat nak suruh dia tolong ak buat kerja rumah sebab aku nak masak. Esoknya dia tak mesej langsung, aku memang geram la, at least ringankan tangan mesej aku ape jadi. Pukul 4 petang baru mesej aku cakap moto rosak nanti dah setel dia balik.

Aku reply tanya dah berapa lama repair tak reply pulak. Memang hati aku panas la. Dahla aku semangat buat carrot cake 1st time pulak tu. Dalam hati aku memang sumpah seranah la dekat laki aku, sehingga aku terdetik m4ti lagi bagus takdelah aku rasa susah hati macam ni.

Pukul 730 pm baru muncul dekat rumah, aku memang masam la sebab patut amik gambar sama-sama tapi orang lain dah habis makan, mood aku memang takdela nak amik gambar ke ape.

Suami aku perangai dia bila aku marah memang suka geletek aku, dari nk jadi singa terus jadi kucing. hihihi… Suami aku minta maaf tak reply sebab bateri hp takda and dia nak cepat2 balik lepas repair moto.

Lepas tu kami berdua solat maghrib dan isya sekali. Nasib baik kiteorang solat awal dah mandi semua terus turun bawah makan. Lepas makan suami aku main cak-cak dengan anak aku, happy lain macam anak aku sebab tak jumpa ayah dia hampir seminggu.

Aku tengok suami aku bibir dia biru hitam, aku bisik dalam hati mentang2 la duduk sorang dekat shah alam mesti selalu rokok tak pun vape memanjang. Suami aku nampak macam tak selesa dia terus naik atas, selang beberapa minit dia call aku suruh naik atas sebab dia rasa sesak nafas.

Aku cepat2 naik atas tengok dia tersadai atas katil pakai kain pelikat saja, dia rasa panas tapi badan rasa sejuk. Nafas pun tercungap2 dah kenapa suami aku ni. Aku urut letak minyak panas dekat dada dan belakang dia. Tapi dia rasa lega sikit lepas tu rasa tak selesa balik. Tapak tangan dia sejuk dan pucat.

Aku teringat time ayah aku sakit sebelum dia meninggal, tapak tangan dia sama mcm suami aku. Aku ajak suami aku pergi hospital dia tak mahu, dia cakap pagi tadi and tengah hari pun rasa macam ni tapi sekarang rasa lagi susah nak nafas mungkin nanti ok ke.

Aku bagi masa 5 minit kalau tak reda pergi hospital dalam masa aku mesek mak suami aku dan bagitau condition anak dia. Mak suruh terus pergi hospital. Aku terus siap2 pergi bawa dia ke HKL.

Lepas register, pihak hkl suruh dia masuk zon hijau, aku pergi park kereta dulu, bila sampai aku call husband ak, dia cakap zon merah pastu dia letak.

Aku bergegas pergi zon merah temgok dia dah tersadai atas katil dengan wayar dekat badan, machine ade dalam 2. Mata suami aku macam pejam, Doctor suruh tunggu dlu nanti dia panggil. Aku sempat baca yasin sambil menangis tak berhenti.

Arwah ayah aku meninggal secara tiba-tiba dekat zon merah HKL, situasi yang sama cuma aku seorang dekat hospital. Dalam kereta kenapa aku tak minta maaf dengan suami aku, time aku bawa arwah ayah pun aku tak sempat nak minta maaf.. Kenapa aku tak terfikir awal tadiiii.

Tiba2 nama aku dipanggil untuk pergi zon merah, aku rasa longlai dah badan aku, aku rasa aku berjalan terasa berat sangat. Ya Allah janganlah berita buruk, jangan aku tak bersedia lagi.

“Puan Alhamdulillah suami puan dah lepas critical zone tetapi kita kena bawa dia ke IJN sebab dia ada masalah jantung, kita kena gerak sekarang nanti puan follow ambulance dari belakang”

“Saya bawa kereta sendiri nanti sya datang kemudian takut lambat nanti”

Aku bagi IC husband aku dekat doctor dalam ambulance utk pergi IJN sebab aku lambat sampai nanti, rasa nak terkencing pulak waktu tu, nasib baik ada tandas yang buka dekat mart hospital. Aku kalau gemuruh takut ke memang nak terkencing.

Time dekat IJN lepas register dorang bagi penerangn polisi IJN ni, disebabkan suami aku dari HKL transfer ker IJN bill dikira gov yang bayar, tapi lepas ni untuk follow up dikira kos macam private hospital.

Ada kelegaan sedikit sebab aku tahu masuk IJN ni memang mahal bill dia. Syukur Alhamdulillah…

Time tu dah pukul 230 pagi, aku memang mengantuk sangat2 sebab penat masak dari pagi, then doctor panggil aku untuk explain.

“Puan, sekarang suami puan stabil, tadi kita dah dpt consent dari suami puan untuk diberikan ubat cair darah paling tinggi, sebab sekarang darah dia pekat,

Jadi sebab itu dia mendapat serangan jantung, jadi sekarang kita tengah tunggu untuk melihat kesan ubat terhadap suami puan, ada risiko berlaku pendarahan dalam otak atau di usus”

“Berapa lama saya kena tunggu sebab saya datang seorang dan saya agak mengantuk, kalau saya balik sekarang esok saya datang balik boleh kan. Sebab dia akan masuk wad juga”

“Puan kena tunggu dalam 1-2jam sebab kita tak tahu apa akan berlaku, sekarang ni kita bercakap tentang serangan jantung yang boleh terjadi lagi, Heart attack puan bahaya”

Ntah kenapa aku ttiba jadi panik bila dengan heart attack berbanding serangan jantung. Mata aku jadi segar dan aku continue baca yasin lagi, aku tak tahu kenapa aku tak terfikir serangan jantung adalah heart attack, kalau aku berfikir pasti aku tak tanye soalan bila aku bole balik.

Ya Allah suami aku ada heart attack muda lagi dia ni. Aku nanti jadi janda dalam usia muda!!

Pukul 3.30 am suami aku masuk CCU IJN, unit untuk yang kritikal, pertama kali aku masuk wad IJN untuk critikal, bunyi machine untuk support manusia terus hidup.

Aku rasa macam masuk lab uji kaji manusia bila tengok banyak monitor. Terus aku rasa esok aku nak makan kukus grill panggang untuk aku jaga jantung aku ni.

Esoknya 1 family aku tahu tentang suami aku,

Mak aku pesan dekat menantu, pakcik-pakcik aku jangan isap rokok ke vape ke itu semua punca sakit jantung.

Menantu: “Eh saya cuma isap vape tapi takda nikotin memang selamat”

Pakcik A: “Aku ni rokok ja, vape tak isap langsung, selalu exercise jaga makan, Insyaallah jantung ok”

Pakcik B: “Aku pun rokok ja, vape tak isap langsung, mung tengok menantu mu vape tu bahaya pastu makan tak jaga, lagi gemuk”

Aku pergi IJN park kereta sebelah rumah guard. Aku bagi lah salam dekat pak guard kang nampak tak sopan pulak.

Aku: Assalamualaikum pakcik

Guard: Waalaikumsalam, kenapa?

Aku: Ooo saja tegur2 pakcik.

Guard: Ni jaga siapa?

Aku: Suami saya dia masuk IJN sebab sakit jantung, muda lagi dia tu baru 34 tahun.

Pakcik guard ni sebenarnya tengah isap rokok, bila ak cakap macam tu terus tangan yang pegang rokok letak bawah.

Guard: Pakcik isap rokok ni alhamdulillah sehat takda sakit2, pakcik makan jamu, exercise dan jaga pemakanan.

Aku: Ooo yela pakcik, atlet yang tak isap rokok pun sakit jantung kan. Takpela saya bagi tau suami saya untuk makan jamu banyak2.

Biasalah kalau tak terjadi dekat diri sendri memang kita rasa kita yang baik,walaupun pakcik guard ni kerja dekat hospital dan tengok ambulance keluar masuk pesakit macam2, nazak, m4ti yang sepatutnya boleh jadi keinsafan tak nak merokok. Emm…

Suami aku kena buat angioplasty, tapi alhamdulillah takda yang tersumbat. Dia on ubat cair darah worsprin kot nme die. B4 buat angio tu dia cakap memang kena stop rokok, tapi lepas result angio jantung takda sumbat dia cakap rokok vape tak salah.

Suami aku kata jangan berlebihan, ada je atlet sukan jaga makan, exercise tak isap rokok vape pun boleh kena heart attack. Aku terkedu seketika dengar dia cakap. Rasa eeeh sia2 aku nangis..

Esoknya dia buat echo test, ada darah beku, suami aku dengan muka sugul cakap memang kena berhenti rokok, vape. Ini sebab utama darah jadi beku, selain dari pemakanan. Dia rasa susah nak berhenti sebab dari kecil dah isap rokok.

Dia bagi contoh aku, macam mana perasaan kalau tak dapat makan ayam goreng peha dengan coklat, macam tula susahnya nak berpisah dengan rokok.

Dia ni kan memang nak kena tapi seb baik tengah sakit. Takkan aku cakap ak cuba untuk tak makan ayam goreng peha dengan coklat. Itu makanan kolestrol punca sakit jantung tu kata suami aku dekat aku.

Sekarang ni suami aku dekat hospital lagi, makin baik dan harap dapat discharge cepat.

Kesimpulan dari kisah suami aku ni.

1) Allah bagi peluang kedua dekat suami aku untuk hidup, kalaulah aku tak bertegas untuk pergi hospital, memang aku jadi janda usia muda.

2) Allah bagi peluang untuk aku menjadi isteri yang baik tak fikir bukan2 dan doa bukan2, Alhamdulillah terima kasih Allah.

3) Aku dengan husband aku, kalau gaduh mesti cakap pasal m4ti, kalau aku pergi dlu nanti pandai2 la suami aku nak hidup cari spender dia, stokin dia baru lah dia nak hargai kita bila kita takda.

Suami aku pun sama, kalau abang m4ti tepi jalan nanti baru ayang tahu betapa abang ni penting. Sekarang dah tak cakap pasal m4ti, cakap benda baik2 untuk kenangan baik2.

3) Janganlah bagi nasihat dekat orang perokok ni macam2 alasan yang diberi, Suami aku dulu pun macam tu jugak. Kalau dah ajal, tak boleh nak buat ape, tak isap rokok boleh m4ti.

Tapi lepas kena heart attack tak berani kuar ayat macam tu lagi. Rasa bertaubat sungguh suami aku ni. Alhamdulillah. Bila dah terkena baru rasa nak menyesal.

4) Sayangi jantung anda dan ingat orang tersayang, m4ti itu pasti terjadi. Aku sebelum tidur aku minta maaf dengan suami aku, cakap i lebiu selalu, ak rasa macam jaranglah aku cakap i lebiu dekat dia. Alah suami aku pun sama. Sekarang macam bercinta pulak hihihi..

5) Nampak gaya misi kurus laki bini bakal menjadi kenyataan sebab suami aku boleh makan grill, kukus panggang..

Terima Kasih tak terhingga kepada Doctor, Nurse, Petugas2 EMERGENCY HKL, IJN, CCU WAD 218.

Semoga Allah membalas jasa kalian.

Terima kasih

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *