Assalammualaikum semua pembaca setia IIUM Confession. Nama aku Mawara, mesti la bukan nama sebenar. Berumur 27 tahun dan baru saja melangsungkan perkahwinan tahun lepas.
Apa yang aku nak kongsikan bukanlah konflik yang berat, cuma aku nak juga tahu pendapat orang luar.
Aku bekerja jawatan biasa saja dalam 1 company kecil. Tapi kecil2 jawatan aku, aku boleh buat semua kerja. (MULTITASKING). Even bawak forklift pun aku reti.
Sesiapa yang biasa kerja company swasta dan kecil, mesti tau macam mana suasana kerja di company macam ni.
Kadang2 kurang systematic dan sesetengah jawatan tu tak ada sebetul-betul orang yang handle. Sebab itu kitorang terpaksa jadi multitasking. Kalau yang tak boleh tahan, memang cepat la berhenti.
Untungnya, Boss di company aku bagus dan bertimbang rasa. Tak pernah marah depan pekerja lain, kalau ada salah, dia akan panggil masuk office dan cerita apa yang perlu dibetulkan.
Walaupun boss aku baik, aku sentiasa letak satu” barrier “antara boss dan pekerja. Maksud aku, sebaik mana boss pun, tak boleh ambil kesempatan atas kebaikkan dia.
Aku still panggil dia Boss, walaupun kawan2 yang lain cuma panggil nama saja. Dan faktor boss aku yang baik jugalah aku mampu bertahan hampir 5 tahun bekerja. Alhamdulillah.
Aku sempat merasa jadi penganggur lepas belajar dulu dalam 3-4 bulan saja.
Kerja aku merangkumi semua, cuma “production ” saja la aku tak buat. HR aku buat, store pun boleh, customer service, store dan kalau terdesak, bawa forklift (sebab aku suka hehe) kalau orang tak ada.
Kerja aku ok saja, biasa la kadang-kadang bila terlampau overload, menangis la pengubat nya.
Suami aku driver lori saja. Sehari kerja, sehari cuti. Jadi dia tak selalu ada kat rumah. Faktor tu juga aku dan suami tangguhkan nak cari rumah sewa.
Suami aku anak tunggal. Ayahnya, selepas bercerai, dah tak pernah ambil tahu tentang suami aku. Ibu mertua aku lah yang jaga suami aku seroang diri.
Sampai 10 tahun lepas, ibu mertua berkahwin lagi. Disebabkan bapa tiri suami aku kerja di selatan, Cuma satu atau 2 kali dia balik kerumah.
Jadi, selepas kami kahwin, Ibu mertua aku mengharap kami tinggal dengannya. Masalah nya, rumah ibu mertua aku pula tak ada bilik untuk kami. Salah 1 bilik dalam rumah tu, ada barang-barang ayah mertua aku.
Aku harap sangat ibu mertua aku bagi kebenaran kami tidur dalam bilik tu, tapi ibu mertua aku tak pernah bunyi apa pun.
Jadi, terdamparlah kamu suami isteri tidur di ruang tamu. Aku pernah bersuara pada suami, tapi suami tahu ibunya tak benarkan. Jika tidak, awal berkahwin lagi mesti dia dah beri bilik itu untuk kami suami isteri.
Sudah la tidur kat ruang tamu, bilik ibu mertua pula tak pernah tutup pintu. Langsung tiada privacy untuk kami suami isteri. Itu yang buat aku rasa kurang selesa. Memang tak ada orang lain, tapi tak selesa sebenarnya.
Disebabkan inilah buat aku tak seronok tiap kali balik rumah mertua. Macam aku cerita, suami aku kerja sehari kerja, sehari cuti. Hari suami kerja, aku akan tidur di rumah mak ayah aku.
Lupa nak cakap, rumah kami berdua dalam daerah yang sama juga. Jodoh dekat (hihi), hari suami ku cuti, kami akan berselang seli tidur di rumah mertua atau rumah aku. Penat sebenarnya ulang alik macam ni.
Baru-baru ni dengar pertanyaan yang “klise” untuk pasangan berkahwin. Ibu mertua ada bertanya suami, samada aku sudah ada “isi” atau belum.
Entahla, di rumah dia privacy pun tak ada. Balik ke rumah aku seminggu cuma beberapa kali saja. Tak dinafikan, ramai yang mudah pregnant. Ada yang bunting pelamin lagi.
Tapi, mungkin rezeki untuk kami belum sampai lagi. Tapi aku sentiasa yakin dengan rezeki Allah akan tiba pada waktu yang sesuai.
Baru-baru ni ibu mertua ada suarakan pendapat pada aku agar kami tinggal di rumah peninggalan nenek nya.
Aku kurang setuju kerana rumah tu seperti direbut oleh bapak saudaranya. Ibu mertua jelaskan rumah tu bukannya milik bapa saudaranya. Jadi sesiapa ada hak untuk tinggal di sana.
Aku cerita pada suami aku, Nasib baik suami ku pun tak setuju kerana tak nak ada perselisihan faham dengan bapa saudaranya nanti.
Aku dan suami tak berminat nak berebut harta ni. Biarlah kami usaha sendiri.
Mesti ada yang tanya kenapa kami tak cari rumah sewa sendiri. Awal-awal kahwin, memang sudah ada 2, 3 rumah yang kami cari dah nak ambil pun. Tapi, faktor tempat kerja yang jauh, rumah ibu mertua agak jauh lah, kami tangguh dahulu.
Dan pernah 1 kali, ibu mertua pun tolong carikan. Dia minta kami berhenti cari kerana sudah jumpa rumah yang sesuai dan berdekatan dengannya.
Jadi, aku dan suami pun berhenti mencari. Katanya, bulan 4 atau 5, rumah tersebut akan kosong. Aku sangka ibu mertua sudah “booking” rumah itu.
Apabila ditanya, boleh pula dia kata dia belum cakap apa2 lagi pada tuan rumah kerana dia nak kami tinggal di rumah arwah nenek suami ku.
Aku tak anggap ibu mertua ku mengongkong, cuma kadang-kadang aku tak bebas nak suarakan pendapat.
Aku nak hidup macam suami isteri yang lain. Aku nak tinggal dengan suami aku di rumah sendiri. Aku nak rasa pengalaman jadi isteri sebetulnya. Masak untuk suami, siapkan pakaian suami untuk kerja.
Apa pendapat kalian? Aku serba salah juga kalau ibu mertua akan terasa hati jika aku ikut kehendak hati aku sebab dia pun hanya tinggal seorang.
Tapi, aku dah bertolak ansur, untuk cari rumah yang berdekatan saja. Suami minta aku bersabar sebab dia sedang berusaha cari rumah. Aku bukanlah terdesak sangat pun.
Komen jangan kejam sangat yee sebab aku berhati tisu.
Assalamualaikum…
– Mawara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit