Assalamualaikum.. Namaku Farihah, berumur 27 tahun.. ibu kepada 2 orang anak. Tujuan daku menulis di IIUM Confession ni untuk aku meluahkan segala yang aku pendam selama ni, berharap juga jika ada yang boleh memberi cadangan atau nasihat.
Sebelum tu aku nak minta maaf dulu jika seandainya aku punya ayat luahan ni berterabur, aku bukanlah orang yang pandai meluah perasaan semenjak daripada kecil lagi,
Tapi kali ini aku nekad untuk berkongsi di IIUM Confession supaya ada yang boleh membantu aku memberi cadangan dan menyuntik semangat untuk diriku.
Sebenarnya aku rasa terpanggil untuk menulis ini setelah membaca luahan dari seorang suami yang curang dan tidak mengizinkan isteri bekerja..
Itulah apa yang aku pendam, suamiku tidak mengizinkan aku bekerja dengan alasan tidak percaya untuk menghantar anak kepada pengasuh..
Aku mempunyai Ijazah sarjana muda dan aku adalah graduan daripada ipta terkemuka di Malaysia, hanya Tuhan yang tahu segala kesukaran yang aku hadapi untuk aku menamatkan pelajaran,
Oh ya untuk pengetahuan pembaca aku menikah sewaktu tahun akhir belajar dan aku mengandung tidak lama selepas menikah (bunting pelamin),
Faham-faham sahaja lah kan ujian mengandung semasa belajar + tahun akhir lagi + PJJ dengan suami.. tapi semua ujian itu aku hadapi dengan nekad, nekad untuk menamatkan pelajar,
Aku sudah berjanji dengan diriku walau seperit apa pun ujian yang aku lalui aku tetap akan menamatkan pelajaran aku, aku tak mahu ibubapaku sedih dan kecewa kalau aku berhenti di pertengahan jalan,
Aku nak bahagiakan kedua ibubapaku.. seringkali jugak suamiku memintaku untuk menangguh pelajaran waktu itu, tapi setiap kali aku mendengar perkataan “tangguh belajar” aku akan menangis untuk aku kumpul kekuatan baharu.
Akhirnya tamatlah sesi pembelajaran aku dengan jayanya dan bahagia, dapat anak dan dapat Ijazah.. Syukur Alhamdulillah..
Ok, berbalik pada tajuk dilema aku itu, aku berada dalam dilema bila suamiku tidak mengizinkan aku bekerja, aku tidak pernah bekerja semenjak habis belajar, dulu-dulu selalu juga aku pujuk dia untuk mengizinkan aku bekerja..
Aku juga punya cita-cita, aku masih punya ibu bapa untuk aku bahagiakan, aku sangat teringin menghulurkan hadiah @ wang belanja untuk ibu bapaku setiap bulan..
Apatah lagi semenjak sekolah lagi aku bukannya sejenis yang pasif boleh duduk diam di rumah saja, hanya fokus pada anak dan kerja rumah, aku seorang yang sangat aktif waktu di sekolah..
Pelbagai jawatan yang pernah aku pegang, menjadi ketua dan pengarah program itu perkara biasa bagiku, sehinggalah di peringkat universiti aku masih lagi aktif dalam organisasi dan program-program.
Waktu cuti-cuti sekolah dan cuti sem pula aku tak akan duduk saja di rumah, aku akan bekerja sepanjang cuti, dan duit itu juga aku gunakan untuk belanja di tempat belajar..
Senang cerita aku bukan jenis yang boleh duduk diam, dan aku juga jenis yang suka berkawan.. kawan aku ramai dan semuanya baik-baik, rindu kawan-kawan aku..
Tapi sekarang emosi aku sangat tidak menentu, kadang aku okey buat aktiviti supaya aku tak bosan, kadang aku merasa serabut dan asyik nak marah..
Aku nampak puncanya di situ, aku kena keluar bekerja dan bersosial, tapi masalah terbesar adalah suamiku tidak mengizinkan, puas aku memujuk untuk mengizinkan aku bekerja..
Dan sekarang aku telah berhenti meminta izin dan memujuk setelah aku dijerkah dengan teruk, sedih betul jika diingatkan kembali..
Kesudahannya aku makan hati sorang- sorang, hal ini tidak aku ceritakan pada sesiapa pun termasuk adik beradik aku, ibu bapaku apatah lagi..
Tidak aku ceritakan, kerna aku khuatir keluargaku akan menyalahkan suamiku dan timbul rasa tidak suka keluargaku pada suami..
Keluargaku berlatar belakang pendidikan dan bekerjaya, hanya aku seorang saja yang tidak bekerja.. Aku nak jaga juga airmuka dan hati suami.. Dalam masa yang sama hatiku merasa sakit, aku boleh bersabar.. Tapi aku tidak boleh ikhlas..
Yang paling menyakitkan juga bila pakcik makcik di kampung asyik bertanyakan tentang kerja, siap ada yang memerli belajar tinggi- tinggi tapi tak kerja.. Sekarang aku ada buat bermacam-macam bisnes online, tapi aku rasa tidak kena betul dengan jiwa aku..
Aku bukan berjiwa peniaga, tapi aku berjiwa pemberi.. Asyik beri percuma dekat anak beranak dan kawan-kawan yang membeli..
Aku sayang dan hormat suami.. Tapi aku juga mahu capai cita-citaku.. Apalah ertinya sebuah kehidupan jika tanpa cita-cita dan impian.. Aku nak bahagiakan ibubapaku..
Sekian daripada aku Farihah, terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis.
– Farihah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit