Serba Salah

Assalamualaikum semua. Sebelum apa² aku nak kenalkan diri & keadaan aku. Aku baru berkahwin tahun lepas & dikurniakan seorang anak.

Sebelum berkahwin, aku dah berkawan dengan suami bertahun & kenal agak lama.

Dan sebelum kahwin jugak aku dah nampak redflag iaitu cuai solat & judi online,

Tapi tetap teruskan perkahwinan sebab percaya dia akan berubah plus aku fikir akan control red flag dia tu, control online banking & pegang kad dia.

Solat tu taktau la nak control macamana, dia sendiri jela kena jaga dan dia janji dia cuba usaha.

Sebelum kahwin dia dah pernah buat loan berbelas ribu & habis sekelip mata sebab judi online ni. Aku dapat tahu dia main ni pun dalam 2 minggu sebelum nikah so maksudnya semua benda dah siap booking & aturkan.

Seminggu jugak aku fikir nak teruskan ke tak last2 terima & berharap semua boleh berubah lepas ni.

Ada je dengar nasihat & motivation berkait hal ni dalam ceramah/kata² orang tua, biar malu & susah sebelum kawin ni even majlis terbatal & rugi pun asalkan tak merana selepas kahwin sebab kita kahwin dengan pasangan nak tggal dengan dia seumur hidup.

Aku kerja kilang & ada komitmen kereta, suami aku pula kerja gov tapi gaji dia yang patutnya RM2300 dah tinggal RM1600 sebab tolak loan yang dia buat sebelum kahwin tu. Duduk kl pulak tu.

Nasib lahai lepas kahwin dapat tinggal kuarters so boleh skip pasal bayaran rumah. Memang aku ada support sikit2 bab makan sebab faham dia tak cukup. Nak buat macamana kan.

Lepas kahwin 2,3 bulan semua lancar, elok je perbelanjaan rumah semua so aku anggap dia dah betul berubah & bagitahu balik kad & online banking dia.

Tapi masuk bulan ke 4, aku dapat tahu dia main balik judi online tu & duit tak cukup alasan kena beli barang yang melibatkan kerja.

Orang pompuan ni sekilas je boleh agak dah somi dia tipu ke tak. Tapi aku biar dulu, malam masa tido aku check fon & sah dia main balik.

Time ni pulak dapat tahu aku mengandung. Dalam kepala dah fikir kos macam2 untuk baby dengan suami mula judi balik.

Suami aku takda masalah dari segi perangai, takda panas baran, takda masalah perempuan, masalah malas ke apa, dia bagus kat sini la yang buatkan aku serba salah.

Rajin buat kerja rumah, tak pernah tinggi suara, bila dia salah & aku tegur dia akan minta maaf & bila aku salah pun dia maafkan tanpa marah atau bebel.

Solat pun dah tak jaga akhir2 ni, asyik main benda tu je wpun tak nampak depan mata aku. Ada je ajak jemaah tapi dia suruh solat dulu & sudahnya kelaut la solatnya.

Bila duit belanja dapur tak cukup, dia akan pinjam dengan kawan or adik beradik dia. Aku tak suka dari sebelum kawin lagi pinjam2 ni dah bagitau kat dia. So dia pinjam pun sorok2 dari aku. Tapi aku still tahu.

Bayangkan la gaji 1600 nak tampung macamana dengan nak bayar hutang, dengan makan kami dengan belanja baby lagi.

Plus aku dah berhenti kerja start pregnant 5 bulan haritu sebab risaukan kandungan jadi kereta aku dia yang bayarkan.

Duit emergency memang takda, kalau aku kerja dulu aku boleh topup barang2 dapur. Sekarang 100% dia semua. Memang susah peti ais tu nak ada stok lauk.

Sekarang baru dia rasa full tanggungjawab atas bahu tu berat tapi tula still main benda keji tu.

Tak tahu la hari kedepan kami bertiga macamana, kesian kat anak, banyak barang dia yang takda lagi, barang aku jangan kata la tapi aku tak kisah sangat.

Tu belum lagi kot anak demam ke apa ke, duit langsung takda. Betul2 makanan je yang ada kat rumah.

Aku pulak susah nak bekerja sebab baby baru 2 bulan & risau nak hantar pengasuh. Aku ada buat bisnes online tapi tak seberapa income aku.

Sekarang aku buntu taktahu nak buat apa. Orang lelaki ni faham jela depa takkan makan pun nasihat or ugutan dah, paling² pun aku bebel dia senyap je tapi masih jugak main lagi.

Aku tak pernah naik suara pasal ni, nak bebel pun macam tak guna sebab dia takkan berhenti pun main sebab aku control/bebel.

Kalau dia nak main jugak, dia boleh main 1001 cara walaupun aku control dia. Aku hanya mampu doa agar dia berubah.

Kalau ada kawan or kenalan korang yang macamni & berjaya atasi masalah ni, share la kat ruangan komen, aku taktahu nak luah kat siapa & ambik pendapat siapa.

Nak pergi kaunseling atau pejabat agama tak mungkin la dengan nak usung si kecik ni.

Ni aib suami, aku takkan nak canang even kat mak ayah/bff skalipun. Aku sayang dia, aku sayang perkahwinan aku, cuma aku tertekan dengan masalah kewangan ni & perangai dia yang tak ubah.

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *