Assalamualaikum admin, tolong approved post saya. Saya buntu nak minta pendapat orang ramai… tolong sangat approved.
Saya umur 33. Husband 42. Saya berkahwin 6 tahun, tak ada anak. Sebab husband cakap belum lagi masa sesuai.
Husband saya sudah ada anak 4 orang dari perkahwinan terdahulu. Anak-anak semua ok.
Kami berkahwin secara poligami. Tetapi lepas 8 bulan, isteri pertama undur diri kerana tak mahu bermadu.
Saya dan husband berniaga. Husband saya ok, makan pakai semua cukup.
Tapi dalam perkahwinan ini, saya kena tolong dia meniaga, buat loan, buat geran, buat sales, jaga pekerja, buat marketing… sayalah mandur, sayalah punching bag dia.
Gaji RM1500 sebulan.
Rumah sewa, minyak kereta semua suami bayar guna duit syarikat. Kereta dan rumah semua nama dia.
Saya sunyi dalam perkahwinan.
Saya tak dibenarkan ada anak lagi.
Saya tak dibenarkan berkawan-kawan. Kata suami, kawan-kawan banyak hasut benda tak elok.
Saya kena jaga dia dan perniagaan sahaja.
Suami pula suka cakap banyak-banyak. Dia mengaku diri dia Alpha Male. Semua keputusan dia control. Saya dinafikan hak bersuara.
Malam-malam dia suka keluar lepak. Kalau saya nak ikut, dia bagi saja.
Dia suka sembang-sembang dengan kawan-kawan sampai ke tengah malam. Saya tunggu dalam kereta.
Suami tak prihatin. Saya sakit demam ke, tak makan ke, saya kena uruskan diri sendiri.
Dia cuma tahu saya excellent buat sales dan jaga pekerja, lepas tu kena jaga diri dia.
Dia dah kantoi curang 2 kali. Dengan perempuan, langgan perempuan, tapi saya masih maafkan sebab saya sayang.
Saya keluar rumah 44 hari. Hari-hari dia telefon suruh balik semula.
Tapi hari ni puan-puan,
Saya rasa burn out sangat-sangat.
Saya datang period, saya nampak dia baru simpan balik gel pelincir kami yang dia ambil dari laci meja bilik tidur kami.
Saya tanya baru balik daripada mana. Asal saya tanya, saya kena tengking.
Sudah ada 6 report polis saya buat pasal saya kena pukul dengan dia.
Oleh itu, saya tak nak gaduh lagi. Saya ambil barang terus keluar… sebab kalau saya gaduh lagi, ending dia saya akan kena pukul.
Saya buntu apa harus saya buat.
Saya dah lama rasa nak bercerai… tapi saya rasa serba salah sebab perkahwinan yang dulu dah terbubar sebab kami berkahwin.
Andai kata saya tinggalkan dia lagi,
Adakah orang akan cakap saya perempuan jahat selepas bini pertama tinggalkan dia, saya pun tinggalkan dia juga?
Saya kesian kalau dia kena duduk sorang-sorang bila tua nanti.
Apa perlu saya buat?
Adakah orang akan salahkan saya kalau saya minta cerai?
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Nape la ko amek laki org dulu.
Sebagai seorang wanita, saya rasa satu tanggungjwb untuk beri pendpt brdsrkan situasi pn yg sy dulu pernah mengalami..dan skrg alhmdlh..bahagia..aman dan damai melalui hari2 selagi bernafas di muka bumi Allah. Maaf sekiranya pndpt tidak seperti yg pn mahukan, itu tndanya pn blm bersedia melalui rintangan awal yg sy pernah lalui. Namun percayalah Allah tidak pernah meninggalkn kita bersendirian cuma kita selalu mengabaikanNya bila kita sedang gembira. Bekas suami sy juga begitu. Walau kita dh buat trbaik mcmna, menghambakan diri macamna pn tetap tak berasa puas dgn apa yg telah kita berikan atau berkhidmat..malah perasaan cinta tak prnah ditunjukkan, penghargaan tiada berterima kasih tidak..malah dipukul tanpa ihsan. Ingt lelaki bgini tidak layak disayangi..jika kita tak dpt kasih syg dan perlindungan dr suami, dr mana lg kita nk berpaut?..dulu sy pn fikir kesian ank..apa org kata..takut hidup sendiri..itu smua fikiran tentang apa yg blm berlaku. Percyalah bila kita melaluinya kita akn fikir tak sesusah mana pn..Saya mulakan azam meninggalknnya setelah berkali2 dicurangi..berkali2 dipukul..sy ada 9 report polis..sy mulakan strategi dgn setiap mlm bgun 1/3 mlm minta peetolonganNya, kemudian sy beli rumah, walau x mampu sy tukar kereta lebih kcil..dan tukar gaya kpd lbih swderhana..tiada lg kereta continental, baju sutera handbag branded..smua duit diguna utk expenses seharian. Kmudian sy hire lawyer failkn cerai dlm diam dan mula kemas brg ckit2 pindah…sy katakan kalau nk ikut, silakan..kalau x nk kita akn berulang alik ke rumah baru dn rumah dia..mcm puan..jgn brharap lg duit drnya . Puan mula bljr berdikari..cukup masa lwyer serahkn fail..pn kna bersedia kluar dr rumah dan dptkn peelindungan arahan penjarakan sekiranya dia ingkar akan direman. Minta lawyer buatkn. Surat ni blh dpt dr majistrit. Blok semua media sosialnya dn katakan hanya blh berurusan dgn lawyer. Jgn takut negara kuta ada undg2..sy dulu spt ugutan bunuh dan kereta sy nk dibakar..sy hanya brgntung pd Allah mohon prlindungan..kalau dipujuk jgn lemahkan hati..kuatkn semangat..lelaki kaki pukul akan jinak memujuk dgn janji manis..tp sejarah akn berulang2 sehingga kita terbunuh…baru puas hati lelaki narcistic ni..sekuranya dia tak dtg mhkamah, hakim akn jatuhkan talak..pn jgn takut..dan jgn fikir org akan fikir dan kata. Kita yg melalui derita..yg penting jgn cerita dgn sesiapa kecuali fmly. Kalau kita tak bercerita tiada sesiap pn tau ..Sepnjg sy melalui fasa derita sy tak bercerita atau meluah kpd sesiap..even sy pernah bertanya diSINI pendapat. Tindakan on betul. Sambung…segala nomb tel dn media sosial suami dan saudara nya pn blok siap2 spy mental pn tidak diganggu. Puan jgn malu pd diri sendiri. Bercerai bkn kerana diri kita..kita dh berhempas pulas menyelamatkn rumhtgga tp jika kpd suami yg tidak menghargai tiada guna..dr ladang pahala jadi ladang dosa. Sy golongan profesional..tp tetap tidak terlepas dr dugaan suami gila. Cepat bertindak puan..jika tidak lbih ramai lg isteri mati di tangan suami yg tak tau bersyukur dan melepaskn kemarahan dgn memukul. Jika harini dia memukul tanpa henti..akhirnyamati baru dia puas. Puan blh hubungi sy jika nk tanya pendapt lbih detail..atau bantuan emosi..sy blh bantu..sy bertanggungjwb sbg wanita..beri semangat setelah apa yg sy lalui sy dpt yinggalkn..kini hidup sy lebih tenang..masa untuk beribadat pn lbih banyak dn lebih tenang..masa terluang diisi dgn mendaki gunung, tanam pokok bunga, mnjahiy, bercuti ke luar negara. Semoga puan kuat melalui fasa meninggalkn dia..sy swntiasa doakn puan dpt hidup bahagia setelah meninggalkn suami yg tidak sayangi puan. Ingt..isteri untuk disayangi bukn mnjadi punching bag..kalau dia pukul isteri mknanya dia bukan hanya tidak syg. Malah memandang hina isteri. Cept bertindak..
Wslm..
Dah sampai tahap pukul, buli mental, kongkong, curang, melanggan yg haram pun awak stay lg? Dipergunakan to the max. Tolong la sedar. Umur 33, gaji rm1500. Sebelum terlambat, angkat kaki. Tu je sy nk ckp.
Awal2 cerita macam OK lagi; bantu2 dia uruskan bisnes sebab memang biasalah suami isteri bisnes sama. Bab taknak bagi anak dulu dan berkawan tu mungkin lama sikit dia bagilah kot.. Tapi kalau dah sampai curang langgan perempuan, memang dah melampau lah. Pukul lagi tu. Memang patut angkat kaki.
Kesian kalau dia kena duk sorang2 tua nanti? Jangan sis, kesiankan diri sendiri dulu. Dia sekurang2 nya dah ada 4 anak. Dorang boleh jaga bapak dorang nanti. Sis jangan kisah lah orang nak kata apa kat sis. Yang mengata tu bukan dorang yang akan jaga sis nanti.
Problem sekarang dia boleh ke lepaskan sis kalau minta cerai? Yalah dia dah sedap ada sorang boleh urus bisnes dia, buat loan jaga pekerja sumer.. Makan masa juga kalau dia taknak lepaskan, sebab dia akan cakap dia dah bagi dah nafkah2 (duit). Sambil2 tu cuba rekod senyap2 kalau ada gaduh2 atau dia pukul ke, screenshot kalau dia wasap dengan ppuan lain.. Bukti2 tu insyaallah akan cepatkan permohonan cerai..
Nak tunggu ada penyakit kelamin, HIV dulu kot baru nak bercerai. Dah berapa tahun kahwin baru nak fikir mulut orang. Dulu masa nak kahwin jadi nombor 2 takde fikir mulut orang pulak. Alang2 orang dah cop you jahat, how different your life would be?
Hidup dgn org yg narsisistik mcm ni, mmg akn membebankn hidup puan sendiri.. semakin hari akn jd lebih teruk, percaya la.. skrg puan cari jln utk berpisah, failkan perceraian, tunjukkan report2 polis yg dibuat dan kesan2 pukulan, jika ada.. mohon Allah SWT permudahkan segalanya hingga slesai bercerai, lps tu dduk jauh2 darinya, agar x diganggu.. Jangan takut utk hadapi hari tua, just krn awk tiada anak.. org yg ada ank pon, belom tentu ank2 mreka nk jaga mreka ketika tua nt.. abis2 pon, ‘rumah jagaan org2 tua’ ada.., klaw bnyak dt, bole la dduk rumah org tua yg slesa, atau pon ‘pondok’ utk org2 tua; dpt jugak pahala beribadah bersama kwn2 di sana.., klaw mninggal pon, ada orang nk uruskan.., insha Allah, mohon doa bnyak2 n tawakal kpd Allah SWT..