Pengenalan. Kata ganti diri ‘AKU’ akan digunakan. Aku berusia bakal menjangkau 25 tahun, lepasan ijazah setahun yang lepas dari Ipta di utara dan masih mencari kerja, tinggal bersama keluarga di selatan tanah air.
Sebelum bercerita, terima kasih admin sekiranya cerita ini dipublishkan. Confession ini untuk Aku dapatkan pandangan dari orang yang pernah seusia aku. Mana tau, aku dapat idea dan jalan keluar dari semua ni.
Permulaannya selepas konvo dan bergelar graduan semestinya aku seperti kebanyakan yang lain, berfikir untuk senang cari dan dapat kerja.
Nak dijadikan cerita, setelah aku convo, aku dapat interview dari salah satu syarikat insurans yang terkemuka gitu. Jawatan yang ditawarkan BDE. Business Development Executive.. wow! Dengar je executive, terus la terima tanpa aku selidik tentang ketua kumpulan aku. Jeng jeng jeng, tau kenapa ayat ku begitu? Sebab selepas beberapa bulan, baru aku sedar yang aku ni diperkotak katikkan . Al maklumlah, baru lepas convo, semangat berkobar, at the end. Kena game dengan ketua tu . Betul la kata orang, bab duit jangan main main, adik beradik pon boleh bergaduh apatah lagi yang takdekk ikatan. Yedak??? Okay la. Dah begitu, aku pon resign.
Bermula la hidup ku yang ‘jobless’. Pegi mana mana kenduri, confirm soalan yang sama sampaikan aku dah boleh hafal jawapannya. Takde sanak saudara, kawan yang akan tanya. Mcm ni la selalu jawapannya. ‘Takdek lagi buat masa ni, doa doakan la’ ‘belum rezeki lagi, doa doakan la’. Dan bermula la saat, kawan yang ni suruh jadi stokis produk. Kawan yang ini suruh jadi ejen insurans. Sdare yang ini suruh sambung study and sooooo onnnn. Termasuk suruh aku kahwin. Ya! Aku bersyukur sangat Allah tempatkan aku dikalangan orang orang yang suka mengajak aku ke arah yang lebih baik.
Tapi nya, untuk jadi stokis produk/ dropship.. aku akan pastikan aku pakai atau makan produk tu sebelum aku jual. Yang menjadi masalahnya, bila aku pakai dan makan produk tu. Tak effect apa2 pon. Macam mana aku nak jual?! Aku tak yakin dgn produk tu. Bab ejen insurans, aku jadi takut dan kena ambik masa sebab aku fobia tentang perkara y jadi kat aku. Untuk sambung belajar.. aku taknak dah tanggung hutang Ptptn. Bab Kahwin , serius la suruh aku kahwin? Calon pon entah mana, duit simpan takde, senang2 suruh aku kahwin. Dengan jobless plus takda pasangan, aku rasa macam perfect combo. Sedap makan kalau popcorn. Huhu.
Ramai orang sekeliling aku pandang aku macam aku ‘Si pemalas’, lenggang perut senang hati duduk kat rumah sebab parents aku still kerja . Bukan aku tak hantar resume, beratus ku hantar, berpuluh interview pergi tapi tak jugak dapat. Sampaikan yang qualification spm pon aku pergi, aku mintak gaji paling minima rm1000. Tapi kebanyakkan nya nak pengalaman/ aku over qualified sbb dia nak spm, aku ada ijazah.
Oh ye, aku pernah dapat kerja di satu kedai serbaneka yang ada jual arak. Tapi aku reject, sebab aku pernah baca pasal urusan jual beli arak tu. Aku juga ada rancang untuk cod makanan, tapi rumah aku tak sesuai untuk memasak atas sebab renovate dan ada anak abang aku yang masih kecik. Jadi nya, masa aku terhad untuk delivery.
Sebenarnya panjang lagi, but jom make to short. Macam mana korang hadapi perkara ni, aku rasa tertekan, tengok kawan2 ada yang dah gaji beribu, kadang kadang aku segan dengan kawan2 aku. Kalau ajak gather, aku akan reject dengan alasan family matters.
Aku serba salah dengan diri sendiri dan family aku. Kalau readers yang baca ni, apa yang korang akan buat? Aku rasa lost pada usia yang begini. Tamat. Terima kasih kerana sudi membaca.
– Si peminta pandangan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit