Serba Salah Antara Dua Pilihan

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana memilih cerita aku.

Aku bekerja di syarikat swasta dan adalah part time sebagai seorang vokalis di event. Disebabkan minat aku pada musik aku cari rezeki dengan menyanyi. Aku memang minat menyanyi sejak kecil.

Ceritanya bermula aku kenal dengan seorang kawan aku nama Kay yang dibawah satu band yang sama. Iaitu aku menyanyi dan dia main alat musik.

Pada awalnya aku ada simpan perasaan kat dia sebab dia kawan rapat aku untuk berkongsi masalah. Tapi lama-lama aku jadi selesa dengan dia. Tapi cara layanan dia kat aku agak kasar.

Kay ni seorang oku penglihatan. Sebab dia bolayan aku pun layan dia sebagai kawan kerja saja.

Tapi satu hari aku ditemukan dengan seorang lelaki yang sangat baik, nama nya Zack. Awalnya kawan-kawan aku yang kenen-kenen aku dengan Zack tapi lama2 aku dah ada hati dan perasaan juga kat Zack.

Then sampai tahap dia betul-betul serius dengan hubungan and akhirnya perkenalan kami berakhir bertunang dan merancang untuk kahwin dengan Zack dalam masa terdekat.

Zack seorang lelaki yang sangat baik dan penyabar. Aku pun selesa dengan dia.

Satu hari aku ditemukan semula dengan Kay sebab kami ada event yang memerlukan kerja bersama2. Hanya aku berdua dengan dia.

Kali ke tiga aku kerja sama dengan dia aku rasa seronok sebab dapat pulangan yang masyuk, at the same time aku dapat merasakan perasaan aku datang balik.

Aku cuba tepis tapi aku gagal. Sampai satu hari kawan aku bagitahu Kay yang aku dah lama ada hati kat dia. Lepas Kay dapat tahu Kay terus excited and layanan dia kat aku dah berubah.

Tapi aku tersepit sebab aku dah bertunang dengan Zack tapi Kay tak tahu. Aku pernah cerita dekat Kay tapi dia tak ingat.

Kisah ni berlarutan sampai kantoi dengan Zack. Bila Zack tahu Zack pun kecewa dengan aku. Dia suruh aku lepaskan Kay, sebab tinggal berapa bulan untuk aku nikah. Persiapan semua dah dibuat.

Di sebabkan hal ni aku putus tunang dengan Zack. Tapi Zack masih sayang kan aku dan layan aku dengan sangat baik.

Selepas Kay tahu aku putus tunang, dia terus melamar aku dan meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan aku.

Kay cari jalan untuk jumpa parents aku untuk menyatakan hasrat untuk nikah dengan aku dan terus contact mak aku di social media.

Tapi parents aku berkenan dengan Zack dan menentang aku habis-habisan. Disebabkan hal ni juga aku bergaduh dan bermasalah dengan keluarga aku berbulan aku tak bertegur.

Sebab pada awalnya aku nekad untuk berkahwin dengan Kay. Aku juga dibuang kawan baik aku sendiri disebabkan issue ini.

Kawan baik aku yang kenenkan aku dengan Zack sangat kecewa selagi aku tak kahwin. Kebanyakan kawan2 aku juga tak menyokong hubungan aku dengan Kay dan suruh berbalik pada Zack.

Pada masa yang sama Zack masih setia menunggu aku. Aku dah cuba lepaskan Kay dan cakap hanya mampu untuk berkawan tidak lebih dari seorang kawan tapi Kay kecewa dan aku pun pujuk dia.

Dia memilih untuk tak contact dan tidak bekerja dengan aku langsung jika aku teruskan pernikahan dengan Zack.

Hati aku kuat pada Kay, mungkin disebabkan minat kami sama. Mungkin kalau aku menikah aku mungkin tak dapat menyanyi lagi.

Tapi kalau aku lepaskan Zack aku takkan dapat lelaki sebaik Zack dan ada ilmu agama. Kawan2 keluarga semua restu hubungan aku dengan Zack.

Aku cuba untuk berbalik pada Zack disebabkan kami sepatutnya bernikah kalau tak ada kedatangan Kay dalam hidup aku.

Sekarang aku betul-betul buntu sangat sekarang ni apa yamg patut aku buat. Aku dah buat solat istikharah tapi belum jumpa jalan.

Aku minta korang doakan aku dapat jodoh yang terbaik sebelum apa keputusan yang aku buat dan tidak menyesal di kemudian hari.

– Lina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *