Assalamualaikum. Pertama sekali, risau jika ada yang mengenali aku melalui confession ini, nama tipu-tipu aku Cahaya. Maaf andai ada bahagian penulisan aku yang tak dapat difahami. Lama tak menulis.
Umur aku lewat 20-an. Sudah berkahwin. Mempunyai seorang anak. Professional housewife. Kenapa professional? Entahlah. Sengaja aku gelarkan diri aku begitu. Supaya tak rasa useless. Tak rasa negatif dengan diri sendiri.
Aku mudah terkesan dengan isu-isu berkaitan surirumah. Tak pasti sama ada aku yang terlalu negatif, atau mereka yang tiada rasa untuk menghormati perasaan orang lain.
Surirumah ni seolah olah yang paling buruk di mata masyarakat. Kalau ada surirumah yang kata penatnya di rumah buat kerja mesti akan ada wanita yang bekerjaya balas ‘kami pon balik kerja buat kerja rumah lagi berganda penat!’
Haih. Sedih bercampur geram rasanya. Jadi sepanjang waktu bekerja kamu, adakah kami surirumah ni sedang tidur di rumah?
Pernah juga aku berbalas whatsapp dengan seorang kenalan. Awalnya berbual biasa sahaja tiba-tiba keluar ayat, ‘alah bukan ada buat apa pon kat rumah kan, sempat je nak promote’
Kenapa surirumah ni selalu di cop tak buat apa-apa? Mengurus anak dan rumah sudah cukup meletihkan.
Kalau tak meletihkan, tak terjadi la seluar baju yang aku pakai berbau busuk belum masuk waktu tengahari pon. Proses memasak dan menguruskan anak memang basah-basah jadinya terpercik air sinki dan air bilik air.
Oh ya, aku ada buat kerja lain selain kerja hakiki seorang surirumah. Pekerjaan aku dikira mudah padaku sebab tidak memerlukan banyak tenaga untuk membungkus atau mengepos namun tidak pada otakku. Kadang rasa berdenyut untuk cari idea.
Cukuplah hanya tahu aku penerima komisyen. Pendapatan aku tidaklah ribu riban. Alhamdulillah, ada lah walau tak banyak.
Dan ya, aku memilih kerja ni supaya aku dapat maximizekan masa bersama anak dan diri sendiri agar mental dan emosiku lebih terjaga.
Episod duka yang lain pula. Aku rasa tak berguna buat suamiku. Hidup aku sepenuhnya bergantung kepada suami sejak anak aku lahir ke dunia. Waktu aku hamil, aku masih boleh pergi check up sendiri, pergi beli barang dapur sendiri.
Suami pernah juga beberapa kali temankan aku ke klinik tapi dek kerana tanggungjawab mencari nafkah tak dapat lah selalu dia temankan. Sekarang, langsung. Langsung aku tak pernah keluar sendiri dengan anak aku. Entah, aku tak ada keberanian.
Anak aku tak nak duduk carseat. Dah pelbagai cara kami suami isteri cuba tapi tak berjaya. Aku mudah panik kalau anak menangis.
Waktu bekerja suami lama, 8 pagi ke 8 malam. Cuti satu hari sahaja. Kalau tiba-tiba barang rumah ada yang habis balik kerja itulah suami singgah ke kedai.
Aku serba salah nak minta tolong suami buat kerja rumah lepas pulang dari tempat kerja. Makan, membersihkan diri dan solat jam 9.30 malam baru suami aku dapat baring.
Tapi aku memang perlukan pertolongan juga sedikit sekali sekala. Tak tahu patut atau tidak tapi begitulah. Bila suami dapat tolong, aku pula yang rasa tak gunanya diri ni.
Memasuki isu lain pula. Aku yatim piatu. Ada adik adik yang masih bersekolah. Walaupon aku ada pendapatan sendiri, namun ianya sekadar cukup untuk aku bantu suami apa yang patut dan diri sendiri.
Gaji suami aku tidaklah besar mana, gaji pokok 3k untuk ekonomi sekarang cukuplah untuk bayar segala komitmen rumah, kereta, bil-bil dan perkara asas seperti makanan. Untuk permainan dan barangan aktiviti anak memang aku yang beli.
Kemampuan aku untuk memberi kepada adik-adik cuma memesan makanan. Nak bagi duit, aku cuma ada sedikit. Jadi malu nak bagi.
Sudahnya aku pesan makanan daripada orang sekitar kawasan yang menjual atau foodpanda sahaja dengan nilai tak sampai seratus.
Kadang aku berfikir, mungkin adik adik tak perlukan makanan tapi duit. Tapi sebab duit yang aku ada tak seberapa makanya tak juga aku tanya. Sebab adik-adik aku yatim piatu, tiada lah yang bawa mereka berjalan.
Cuti sekolah ni aku berangan kalau aku banyak duit boleh la bawa mereka jalan mesti mereka seronok. Tak bergunanya aku sebagai kakak.
Anak aku pula sekarang tengah dalam fasa tak nak makan. Aku tak tahu lama mana lagi fasa ini. Dah cuba masak pelbagai menu, pelbagai sususan makanan agar nampak comel dan pelbagai tips namun gagal.
Ada satu masa aku terlampau stress sehingga menjerit kuat dan tumbuk sofa berulang kali depan anak. Puncanya bila aku suap, anak aku tepis mangkuk makanan dan habis bertaburan.
Pernah juga aku menangis kuat waktu membiarkan anak aku makan sendiri tapi makanan tersebut tak masuk ke mulut malah di wiperkan makanan guna tangan comelnya.
Belum lagi kisah drama queen anak aku bila aku hilang dari pandangan dia. Aku berdiri sahaja pon dia dah ehek ehek nak menangis. Memang melekat habis.
Dua tiga hari ni, lagi lah aku kerap menjerit macam orang gila depan anak. Aku duduk jauh dari anak supaya tak ternaik tangan. Ya, tahap stress aku sampai rasa nak pukul anak. Hati suci anak aku, di marah pon masih datang nak peluk. Mak apa entah aku ni.
Akibat terlalu lama di dalam rumah, aku sangat takut nak berhadapan dengan orang ramai. Walhal dulu aku berani.
Hidup sendiri di negeri lain yang 600km dari negeri asal aku. Pergi balik kerja sendiri, menonton wayang sendiri, makan sendiri ya memang semua sendiri.
Sekarang, setiap kali nak pesan makanan di kaunter, nak turun beli ikan di pasar semua suami aku yang buat. Kadang aku duduk dalam kereta sahaja suami aku yang turun.
Ya, ini jugalah yang termasuk rasa diri tak berguna buat suami. Dah cuba, tapi aku jadi rasa sejuk sampai nak pitam dan mata berpinar.
Low self esteem aku juga mungkin berpunca kerana aku seorang surirumah. Tapi tak pula aku nak pergi bekerja semula sebab dah selesa begini terutamanya bila perkembangan anak terjadi depan mata sendiri.
Tak sanggup rasanya nak berpisah. Maaf, tak berniat langsung untuk menyinggung perasaan ibu-ibu yang menghantar anak ke pengasuh.
Cuma kata-kata dan pandangan buruk terhadap surirumah membuatkan aku hilang semangat untuk meneruskan hari-hari sebagai seorang surirumah.
Perangai marah-marah aku semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Nampak seperti aku menyalahkan orang lain kan? Entah. Aku rasa valid je faktor yang mempengaruhi keadaan aku ni.
Entahlah. Semoga ada cahaya untuk aku rasa seronok meniti hari. Satu sahaja sebenarnya, aku tak nak sakitkan sesiapa yang aku sayang.
Terutamanya anak aku. Aku nak anak aku membesar dengan suasana yang sihat. I love you anakku, puteri yang berseri bersinar
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit