Assalamualaikum wbt! Terima kasih lah admin kalau siarkan artikel ni. Tujuan aku menulis ni untuk membantu artikel, (https://iiumc.com/kenapa-anak-
Disebabkan tahun kebelakangan ni ramai betul aku tengok manusia nak berbraces sampai sanggup pergi fake dentist untuk pakai, so i end up to write. Aku bekas pengguna braces, debond bulan 3 haritu, dan sehigga hari ini, walaupun aku bekas pengguna kawat gigi, dia tak tinggalkan kau sehingga kau belum mati .
Macam seram haha tapi itulah kenyataan. Ramai tak tahu pasca selepas pakai braces. Aku bukan doktor gigi tapi ni lebih kepada pengalaman aku. Aku pakai sebab gigi aku bersimpang siur X mula berdarah X makanan terse
Sebabkan keadaan aku yang boleh dikatakan severe, kakak aku cubalah tanya anak sedara suami dia, locum dekat klinik gigi dan bang aku tak boleh pakai sebab umur aku dah 19,terlebih limit nak buat dekat kerajaan. Maka, disebabkan aku menangis dan tak boleh tidur, ayah aku gagahkan hantar pergi klinik gigi swasta, terima kasih ayah.
Kena interview dengan doktor, kenapa nak pakai etc, bagi penerangan mengenai gigi aku dan alhamdulillah lulus sebab doktor tengok gusi aku putih dah semua kena infection. Aku masuk waiting list almost two months lah. Jadi dalam pada tu aku makan lah ubat tahan sakit setiap hari kalau nak tidur.
Fast forward, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, lepas pasang tu, pembantu doktor ada terangkan apa yang aku boleh makan, tak boleh makan, penjagaan dan benda paling penting aku tak ambil perhatian. Pasca braces. Kau kena pakai retainer seumur hidup. 6bulan pertama 24jam dan selepas itu hanya sebelum tidur. Bergantung pada dentist kau kata apa lah pada kes kau. Tapi kebiasaannya begitu.
Dan aku baru sedar hakikat ini lepas debond, hahahahaha. Keseronokan pakai braces adalah ;
1- gigi kau cantik lepas tu.
2- kalau kau menghadapi kes makanan terselit maka itu boleh diselesaikan.
3- senyum kau warna-warni hmm seronoklah tukar getah sebab boleh pilih warna favourite.
4- dan lain-lain bergantung kes.
Dan hal yang tidak diketahui orang ramai adalah; pasca kawat gigi. Retainer. I’ve been struggling to keep them on my teeth. Manusia ni kan khoto’ wa nisyan, maka ada masa aku lupa nak pakai dan bang gigi aku shifting. Tanda berlaku shifting adalah sakit yang amat apabila kau cuba memakai retainer kembali. Ya Allah menangis lagi aku. Ingatkan habis dah menangis lepas pakai rupanya tak. Adik-adik yang nak pakai tu, kau fikir lah semula dik.
Komitmen sepanjang hayat ni dik. Bukan hanya indahnya senyuman getah warna warni namun penjagaan selepas tu. Macam proses hijrah lah dik. Keseronokan kau senyum gigi warna warni tu tak dinafikan, tapi selepas tu. Kau berhadapan dengan situasi berbeza.
1- kena buka retainer sebelum makan. Kau tak boleh makan dengan retainer dik. Terselit. Retainer ada banyak jenis tapi aku pakai invisible retainer, aku tak pernah lagi makan dengan retainer, cuma kau bayangkan kalau kau makan memang confirm lah terselit. Geli ya Allah.
2- that gross moment bila kau nak makan, depan kau ada orang dan kau kena bukak hahahahahahhaha. Aku selalu elak kalau nak makan kat kedai. Berlendir oi.
3- kalau tak pakai; boleh berlaku shifting iaitu gigi balik pada asal. Relapsed. Ini membazir pakai bertahun-tahun lepastu tak jaga. Aku cakap ni sebab dah terjadi pada aku.
4- kena jaga elok-elok sebab fragile. Hm banyak je kes aku tengok dia terpatahkan, anjing makan etc. Mahal dik retainer tu.
5- teman seumur hidup. Kalau nak gigi kau kekal cantik, dengarlah nasihat doktor tu.
6- the list keep going.
Hmm macamtu lah. Lepas debond baru aku tahu hakikat pakai. Untuk yang nak pakai tu, semoga berjaya dan bertabahlah. Banyak-banyak buat research before and after braces.
Selamat tinggal gigi besi dan selamat datang retainer, haha.
– BenT
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit