Sertai Usrah Tapi Jiwa Kacau

Assalamualaikum semua, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah saya. Terusik sedikit hati saya bila membaca confession “Join usrah, tapi jadi gila” (https://iiumc.com/join-usrah-tapi-jadi-gila/).

Teringat pengalaman saya sewaktu belajar huhu, kerana saya juga antara hamba Nya yang tidak pandai membahagi masa dan effort untuk belajar dan dakwah. Maafkan saya jika isu yang saya mahu kongsikan skrg menyinggung sesetengah pihak.

Saya bekas jurusan Engineering di negara Y , start join usrah jemaah X sewaktu saya 1st year. Saya happy time tu, ye lah ada kakak-kakak yang caring dan positive untuk bimbing kami di negara yang asing ini.

Excited tunggu hari usrah sebab boleh jumpa kakak-kakak dan kawan-kawan, boleh sembang dan meluahkan perasaan, berkongsi ilmu dan makan bersama-sama.

As the years goes, saya diberitahu yang saya layak untuk menjadi murabbi (kakak usrah). Pada mulanya saya menolak kerana bimbang tidak mampu dalam membahagi masa antara belajar dan aktiviti dakwah.

Tapi kakak usrah saya cakap, ‘kalau bukan kita siapa lagi? Awak patut bersyukur kerana awak dipilih Dia untuk berjalan di jalan ini. Kalau awak tak nak, bila-bila masa Allah boleh replace awak and at that moment, awak yang rugi’.

Mendengarkan ayat-ayat tersebut saya terus menerima jawatan ini. Menjadi murabbi tidaklah sama dengan menjadi mutarabbi (ahli usrah). Murabbi harus get ready for the topic, mendalami ayat Quran tersebut, baca semua tentang tajuk berkenaan. Ahli usrah saya sangat suka bertanya, dan saya rasa bertanggungjawab jika saya tersilap memberi ilmu dan hukum.

Daripada 1 usrah, saya menjadi murabbi untuk 2 usrah. Usrah yang dah senior dan usrah untuk mutarabbi yang baru masuk. Double the effort untuk prepare tajuk kerana tajuk untuk usrah 1 dan usrah 2 berbeza. Saya still okay kerana saya suka berkongsi pendapat dgn ahli usrah saya.

Oh lupa, saya juga ada dalam usrah di mana saya adalah ahli, dan usrah ini di jalankan secara online kerana murabbi saya berada di Malaysia. Biasanya usrah online ini dijalankan pada waktu malam, kerana kesibukan masing2 pada siang hari. Dalam pukul 12 habislah usrah online itu. Saya mula jadi penat dan tertekan.

Saya juga diberikan amanah untuk menjadi setiausaha dalam organisasi X untuk branch negara Y. Biasanya mesyuarat (syura) akan dijalankan sekali or jika perlu dua kali sebulan. Syura ini juga dijalankan secara online dan pada waktu malam.

Setiap kali syura saya akan mencatat setiap bait ayat yang diutarakan, dan ofcourse perlu focus 100% sepanjang syura. Saya tahu, ahli syura lain tidak perlu untuk focus 100% , kerana ada catatan minit mesyuarat. Jika saya terlambat sedikit untuk menulis, ahli syura terus menghentam dan menyuruh saya untuk keep up. Saya jadi penat dan tertekan setiap kali syura.

Dalam organisasi X juga ada annual meeting face to face, dan ahli syura yang tidak menetap di capital city perlu ke sana untuk hadir. Saya belajar di tempat yang agak jauh dgn capital city dan perlukan masa dan duit untuk pergi. First time saya pergi. But second time saya tidak mampu dan dihentam tidak komited dan tidak qawiy (kuat). Saya jadi tertekan.

Akhirnya saya mula menjauhkan diri daripada jemaah dan tidak hadir dalam syura kerana depression. Apabila ditegur oleh kakak usrah, saya cakap saya depress dengan aktiviti dakwah seperti ini. Saya cakap saya suka usrah yang seperti dahulu.

Kakak usrah saya terus melontarkan ayat cliche seperti awak patut syukur awak berada di jalan ini, ramai lagi yang mahu tempat awk, Allah boleh replace awak bila-bila masa ect.

Saya menyesal meluahkan perasaan kepada mereka. Saya jadi pendiam dan tidak menghiraukan perkara sekeliling. Handphone dimatikan kerana bimbang adanya mesej daripada jemaah.

Last-last saya buat keputusan untuk meletakkan jawatan saya. Usrah saya still terjalan, cuma 1 usrah sahaja. Saya mula happy balik dengan hidup saya. Dan saya masih dalam healing process.

The thing is, kita ini hanya manusia biasa. Lain orang lain kemampuan. Janganlah kita menghentam dan menghukum orang yang tidak mampu seperti kita. Saya tidak menyalahkan organisasi X, yang salah hanyalah manusia. Banyakkan mendengar dan menghargai.

Akhir kata, maafkan saya jika luahan saya menyakiti hati sesiapa. Ini cumalah pengalaman saya dan saya tidak mahu pukul rata semua jemaah. Ada jemaah yang menghargai instead of menghentam. Perlu pandai mencari dan membahagi masa.

Terima kasih sekali lagi admin, dan terima kasih pembaca yang sudi membaca.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *