Aku ni tinggal setahun je lagi nak habis Degree. Nak ikutkan hati, aku dah malas dah pindah randah.. biar duduk je dekat kolej universiti tu senang, dekat pun dekat.
Disebabkan ikut kata kata kawan-kawan aku ni, nak bebas sikitlah duduk luar, apalah aku ikutkan jela. Lagipun batch aku memang dah ramai pindah ke rumah sewa. Tinggal aku dan beberapa orang je lagi. Aku dapat stay kolej sebab aku MPP dekat universiti.
Aku memang buat keputusan lambat nak pindah tu, tapi tu la dorang duk pujuk pujuk aku dan akhirnya… Herm aku terpaksa akur lah dengan permintaan dorang tu. Tak best juga takde dorang ni nak teman kesana kesini nanti. Aku pun kadang-kadang pakai motor dorang nak pergi class ataupun activity university
Salah seorang dari kawan aku ni lah yang urus pasal rumah sewa tu, dapat harga yang aku rasa okeylah, sebab kami nak duduk berempat nanti kan. Rumah tu ada 3 bilik. 2 bilik air, ruang tamu, ruang sidai baju + dapur + koridor. Kelengkapan semua dah disediakan. Katil mesin basuh peti sejuk, dapur masak. So okey sangat lah kan.
Dorang dah masuk rumah tu awal (hampir 2 bulan) dari aku. Aku ada lah masalah peribadi dekat kampung sikit plus nak urus urusan keluar kolej juga. Busy dengan MPP lagi.. so aku lambat la masuk rumah sewa tu. Rumah Apartment banyak facilities juga. Ada taman, gym, kolam renang. Dia punya safety pun mantap ada guard lagi.
Rumah yang dorang dah masuk tu memang dah ada penghuni sebelum ni. Tapi dorang sendiri pun tak tahu siapa yang tinggal pada mulanya. Tapi bila dorang dah tahu dorang diamkan je.. Herm tak pasal pasal
Aku ni naif masa tu fikir mungkin student lain la juga tinggal serumah dengan aku. Sambung master atau PHD ke. Sebab tuan rumah pun India yang uruskan. Tak de akai lagi masa tu nak tanya lebih lebih. Dan dia benarkan kami semua ni masuk sewa dekat situ. So fikir memang tak de masalah lah.
Bilik master tu sentiasa berkunci. Sampailah suatu hari masa tu aku ada hal MPP dekat universiti. Aku kene keluar awal pagi, masa aku breakfast aku dengarlah suara dekat luar bising-bising. Ingatkan jiran. Selalu je dengar sebelum ni orang bercakap bising garau macam tu tapi aku malas nak ambik tahu… Fikir jiran jiran juga berborak ke apa. Positive Jelaaaa.
Kali ni aku dapat bersemuka dengan dorang. Dorang bertiga. Aku gelarkan dorang kak Syaz, Tasya dengan Erni. Tak cam apa-apa pun lagi masa tu pakaian wanita macam biasa.
Dorang masuk rumah senyum tegur aku “hai breakfast ke”. Aku senyum jela.. cakap “jemput makan”. Hormatlah sebab serumah Macam biasa senyum jugalah dah dorang senyum dekat aku. Tak delah nak fikir negative lagi masa tu.
Aku fikir Yela duduk bandar besar macam ni.. macam-macam peel bentuk rupa paras manusia lah aku akan jumpa kan. So aku gerak pergi university.
Balik tu aku ceritalah dekat kawan-kawan aku yang aku dah jumpa orang sewa bilik master tu… Tapi otak aku blur lagi nak judge bukan bukan. Cuma aku cakap “lawa lawa dorang ni macam model”. Fuhhhhhh, hahahhaha..
Masa tu tak terfikir langsung tau dorang tak seperti apa yang aku fikirkan. Lama-lama dah duduk serumah ni makin kerap jumpa makin aku curious something. Dorang ni cuma ada isnin hingga jumaat je tau.
Sabtu ahad kami jarang jumpa isnin pagi baru balik, tu pun cepat cepat bersiap nak pergi kerja semula.. aku fikir dorang kerja OT atau balik kampung jela sabtu & ahad tu. Bila dah berjumpa banyak borak juga dorang ni.
Bila aku tengah buat assignment malam malam aku nampak dorang nak keluar. Aku selalu lepak kat ruang tamu tu.. dekat situ sejuk angin luar sebab ada koridor. Kawan aku yang lain memang dalam Dunia masing-masing lah. Sambil sambil tengok TV aku study juga.
Dorang 3 orang ni baik gila, kadang-kadang dorang balik bawa makanan juga kat kami semua. Dorang tahu kami student. & Dorang pun ada cerita pengalaman dorang juga sebagai student dulu dulu. Saja open topik nak berborak.
Yang best aku nak puji dorang ni rajin kemas rumah. Bersih je sebab kami waktu siang memang tak de dekat rumah busy dgn class. Balik pun petang kadang-kadang sampai ke malam, kadang keluar makan dulu baru balik rumah. Tapi balik tengok rumah dah bersih. Memang happylah. So aku dah tahu itu memang kerja dorang la. Hehehe
Ada suatu hari tu cuti umum lama, aku malas nak balik kampung sebab busy dengan event melibatkan MPP jadi aku tinggal jela dekat rumah tu. Yang lain semua dah balik kampung. so dorang pun cuti kerja masa tu. Dorang tengok aku kesian kot duduk sorang dekat rumah.
Dorang ada lah ajak aku ronda- ronda KL. Tapi aku tolak sebab dah 2 hari busy dengan event tu. Aku nak rehat jela aku cakap dekat rumah. Dorang pun okey. Balik awal pulak tu kata nak teman aku. Risau aku duduk sorang-sorang dekat rumah. Malam tu jugalah aku syak something dari dorang ni Bila dah kenal rapat.
Aku ni layankan jela, jenis aku memang semua orang aku boleh masuk jugak. Borak-borak dengan dorang siap orderkan makanan untuk aku lagi malam tu. Benda free sapu jela.
Dari wajah dorang memang korang akan tertipu punya. Flawless gila. Tapi suara tak boleh nak tipu kan. Halkum tersembur keluar bila bercakap. Aku dah mula syak lain macam je dorang ni. Tapi aku diam kan.
Dengan pakaian aku macam tu, Yela aku tak tahu.. jadi aku anggap benda tu biasa. Maruah aku. Entahlah aku rasa macam semuanya dah tergadai. Pakaian dalam rumah. Borak-borak macam tak de apa apa. Borak pasal products apa aku pakai, kulit aku ni memang dari lahir dah putih melepak…
Dorang suka kulit aku. Kene sentuh pulak masa tu. Dorang cakap kulit aku lembut. Banyak lah kami bercerita malam tu.
Tapi aku cuba control perasaan curiga tu, tak boleh la tunjuk sangat kan. Nanti kantoi. Aku simpan dulu, tak nak terus terjah nanti apa-apa jadi, aku pulak sorang sorang yang kene. Aku layan kan ajer.
Untuk kepastian lagi aku mintak pad kat dorang. Menguatkan lagi aku punya instinct. Sorang pun tak de masatu. Takkan takde spare kan. Tak logik dekat rumah je kot. Lepastu ada seorang dari dorang volunteer nak belikan kat kedai runcit bawah.
Alang-alangkan dah time period tu, Aku cerita lah aku ni kalau senggugut teruk gila, sampai muntah, tak boleh nak jalan. Sebab tu aku tak nak keluar hari ni.
Dorang pun ye ye kan je seolah-olah dorang pun kene senggugut. Haha. Eleh Macam faham. Dalam hati aku laa cakap macam tu. Saja nak interact dorang bagi selesa. Tak delah dorang syak dan boleh fikir apa yang aku fikir ni.
Tapi aku tak rasa yg dorang ni tak pandai, mungkin salah pilih jalan… Inner child Trauma, jiwa dorang. Entahlah aku tak mengkaji details pasal ni. So aku tunggu kawan-kawan aku semua balik rumah dulu baru aku nak ceritakan syak wasangka aku ni dekat kawan-kawan semua. Aku ajak dorang keluar bincang benda ni.
Selama aku tinggal dalam rumah ni memang pernah nampak benda benda yang luar kotak pemikiran aku, tapi aku malas nak mempersoalkan sampailah aku buka cerita ni kawan-kawan aku pun baru berani nak cakap hal yang sama.
Cuma dorang dah tak duit nak cari rumah sewa lain masa tu. So dorang terpaksa pendamkan dan buat keputusan untuk tak bagitahu aku… Dorang serba Salah katanya.
Dorang memang dah lama tahu, jadi Aku memang mengamuklah sebab aku sorang je yang tak tahu lagi pasal ni. Tak ke gila korang rela duduk dengan pondan. Pasal tak de duit korang rela duduk dengan pondan… Memang marahlah aku sebab aku terjebak sekali sama.
Patutlah kawan-kawan aku ni balik class duduk terperap je dalam bilik, masak tak pernah tapi tak pela sebab alasan busy kan. Tak de masa nak masak. Normal rumah cantik macam tu siap ada TV semua tak nak lepak kat luar.
Kalau kat koridor tu boleh nampak bandaraya. Cantik gila. Dorang ni asyik terperap je dalam bilik. Study dalam bilik. Aku jela yang berani itupun sebab aku tak tahu apa apa.
Yela alasan introvert juga, dorang ni suka buat hal sendiri. Tapi dekat universiti okey je. Yang sorang dari kami relax je ada boyfriend. Aku dah lama sangat curious pasal ni. Tapi aku tak de alasan kukuh dan bukti nak jelaskan semua ni.
Last last aku mintak tolong dekat prof aku dengan masalah aku ni. Aku pun habis duit juga, buku + assignment banyak nak pakai lagi. Dan aku terpaksa duduk situ sementara aku nak dapat bilik sewa baru… Dengan kawan-kawan ni aku dah makin renggang hubungan dengan dorang. Entahlah aku rasa macam teraniaya juga.
Tak lama pada tu aku dapat bilik sewa, aku tinggal je kawan-kawan aku dekat rumah tu. Jumpa dekat universiti pun aku buat tak tahu dah.
Yang pondan 3 orang tu pujuk juga aku suruh stay.. tak ke gila ke nak aku stay situ… Korang pun bernafsu. Kang buat aku yang bukan-bukan mati aku nanti. (Kadang-kadang kene fikir buruk juga) Sebab dah dapat jawapan.
Tak lama pada tu aku ajak kawan-kawan aku pindah juga, supaya dorang lebih selamat. nak terus berkawan ke tak ikut korang laaa. Barulah dorang berterus terang semua sekali.
Yang dorang memang terpaksa duduk situ disebabkan duit. Deposit rumah lain mahal. Tu pun tuan rumah sampai sekarang pun tak pulangkan deposit kami tu.
Hampir 5 bulan aku duduk situ on time yea aku bayar, kawan-kawan aku ni ada lah slek sikit sebab tu ada masalah nak dapat deposit tu balik. Jadi aku pun kene sekali la.
Hermmm sebenarnya pondan pondan tu handsome juga.. weyhhh semoga dorang semu kembali ke jalan yang benar.
Cerita dari Nana,
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit