Sesal Separuh Nyawa II

Terima kasih kerana siarkan confession aku:

Part I, (https://iiumc.com/sesal-separuh-nyawa/).

Part 2 ni agak panjang dan diminta readers baca dengan tenang, aku agak emosi ketika menulis so aku harapkan readers boleh laraskan sendiri gaya korang membaca agar tak menjadi medan perang di kemudian hari. Sebelum meninggalkan komen, mohon baca sehingga selesai dan komenlah dengan hati yang sangat terbuka bukan terbawa2 amarah.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 dalam membaca komen2 dari readers, selain dari dapat tengok gelagat masing2 menghukum & melabel, ade jugak komen2 yang agak menggelikan hati sehinggakan buat aku ketawa. Apa2 pon aku ucap terima kasih dengan setiap yang korang komen. Seperti yang aku tulis sebelum ni, aku memohon doa dari orang-orang hebat bantu aku . Tapi kuasa bawang kat bumi Meleis ni betul2 maha dasyat. Doa yang kita minta, yang dia beri skrip pulak kat hidup aku.

Ingin aku tegaskan disini, aku tidak curang. Aku melawan perasaan ni semenjak aku sedar aku mula teringatkan Zaff . Dan aku tak pernah sekalipon sia-sia kan Didi. Dia sendiri tak tahu & tak kan pernah tahu apa yang berlegar dalam otak aku. Sebab aku mmg tampak sempurna kat mata dia. Aku taat dgn dia, aku jalankan tanggungjawab aku as isteri normal. Aku sayang and jaga anak-anak aku macam mana2 ibu buat. InshaaAllah, aku amat2 faham dengan hukum agama kita . Aku solat & aku jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tapi ni la aku cuba sampaikan, ni ujian aku. Begini cara aku diuji.

Aku mengadu dengan Allah tapi menulis di sini sebagai satu medan untuk aku tahu apa respon orang bila dengar kisah yang aku alami. Ada yang memerli, suruh aku confess di Krt, sedangkan aku tak alami masalah dengan suami aku. Kau yang ada masalah laki bini silakan ke krt . Mengecam kononnya aku antara yang terjebak dengan drama pukul 7 . Allahurabbi, aku tv pon jarang tengok macamana aku nak terjebak drama2.

Yang menuduh aku marah Didi sebab mil aku, kan aku dah inform, semuanya baik-baik sahaja lepas kiteorang gaduh. Aku just highlightkan sedikit life aku dengan Didi selepas kahwin. Ade lebih dark lagi perihal keluarga sebelah Didi tapi aku rasa tak perlu ceritakan.

Aku sedar & waras, aku blocked Zaff selepas dia text aku 2 tahun lepas . Aku blocked fb wife dia sebab aku pujuk diri aku semua ni Allah yang atur. Aku as hamba kena redha. Korang faham ke tak aku tak kacau rumah tangga Zaff & aku blocked Zaff sebab aku taknak buka peluang kat kiteorang sampai jadikan dosa kemudian hari.

Kalau yang faham tu akan faham, yang tak faham, yang labelkan aku biawak, suruh jaga rumahtangga elok2, siap sendiri buat andaian aku akan minta cerai untuk kahwin dengan Zaff, aku maafkan kelancangan korang menaip komen . Korangkan rakus, macam tikus nampak makanan, main terus terkam ja. Sedangkan, dalam confession aku, aku hanya memohon doakan UNTUK AKU TERUS TABAH & REDHA.

Aku tak lupa bersyukur seperti yang diajar, dan aku cuba untuk belajar menerima cara aturan takdir aku. Teringat pada seseorang yang tak kan mungkin boleh jadi milik aku lagi dan perasaan ni datang bukan aku minta2 sis. Aku orangnya yang bergelut dengan ujian ni & aku confess kerana aku cuba nak dapatkan kekuatan. Tapi banyak yg salah faham, merasakan aku tak matang, lillhitaala apa korang baca dengan apa aku cuba sampaikan adalah dua perkara berbeza.

7 tahun, bukan waktu yang singkat . Ada yang cakap tu cinta monyet . Aku pon rasa ni hanya mainan perasaan, syaitan hasut etc. Aku lepaskan Zaff dengan andaian kalau aku yang tinggalkan dia maybe lagi mudah aku lupakan dari aku yang kena tinggal. Aku kenal Zaff dari zaman sekolah, dari form 2 dia jadi someone yang special sampaila last time aku decide tinggalkan dia. Almost 8 tahun sebelum aku kenal pulak Didi & pilih Didi sebagai suami. Maybe ada perkara yang aku ralat, keadaan yang memaksa pada waktu tu.

ambah lagi dengan bantahan mama. Fyi, aku dapat tahu mil aku tak suka aku pon selepas aku dah kahwin & alasan cliché kalau isu mil ni – menantu perempuan kan perampas anak dia, tak dapat terima anak laki dia da kahwin. Cuma cara dia expresskan dia tak suka aku tu agak keterlaluan. Didi pon mengaku cuma yela aku faham tu mama dia kan, apa ajelah dia boleh buat selain dari suruh aku sabar. Even pernah jadi isu berkait maruah aku sendiri pon, terpaksa aku pendam sbb fikirkan impaknya kalau aku amik tindakan undang-undang terhadap salah sorang ahli keluarga Didi.

Didi just said tq, bila aku cerita kat kakak aku, kakak aku sendiri cakap Didi dayus sebab terlalu nak jaga hal family dia. Apa sahaja lah yang manusia lain anggap, aku membaca dengan hati terbuka, aku terima kecaman dengan aku alihkan sebagai kata2 tamparan untuk lebih kuat lawan perasaan aku selepas ini. Aku jugak percaya teguran dari manusia jugak adalah salah satu cara Allah menegur. Alhamdulillah. Untuk yang sudi doakan aku, aku doakan semoga Allah balas semula kebaikkan korang dengan makbulkan doa2 korang yang masih lagi tergantung.

Jangan marah aku related kan kisah aku dengan lagu seperti tajuk confession aku. Ini jalan kisah aku, apa yang aku sesalkan mungkin tak kan selamanya tapi cukup untuk ajar aku erti sabar dengan ujian Allah. Alhamdulillah, even lagu tu ade yang kaitkan dengan mangsa keganasan suami or etc tapi untuk aku puitis lagu tu boleh diterjemahkan ikut sedap sapa2 pon. Aku juga doakan untuk mana2 wanita tambah2 lagi isteri, dijauhkan dari dugaan ujian perasaan seperti aku. Maybe yang judging nampak macam small issue, atau mengada-ngada, cuma pesan aku didunia ni ade kifarah . Ade je kes macam aku, tapi takkan la dia nak cerita kat orangkan.

So accept jela, tak semua orang nak confess macam aku hal2 sulit macam ni. Para2 lelaki yang menghentam, jangan mudah2 melempias bahasa pada aku. Belum tentu isteri korang sudah cukup transparent dengan korang. Aku sendiri, kawan2 yang tengok, mostly jealous life aku dengan Didi. Sebab aku dgn Didi still macam lovely couple yang macam baru kahwin. Tapi ironinya, aku dengan Allah sahaja tahu. Sekali lagi aku tegaskan, Didi tak salah dan aku tak pernah salahkan Didi atas apa2 isu & guna as point backup ujian aku hadapi ni.

Aku cuba ikhtiar secara rohani, tapi mungkin sebabkan aku bersendirian, kaedah ni agak memakan masa . Sebab tula aku sentiasa berdoa, jika lambat sekalipon aku tahu Allah ada dengan aku. Ade sorang puan yang komen minta aku tukar doa aku, terima kasih sis, doa untuk suami dgn keluarga aku mmg sudah jadi rutin, semoga sis istiqamah mendoakan yang sama untuk keluarga sis.

Mungkin ade part aku sedikit koyak dengan komen2, bahasa2 kaum aku sendiri yang terlalu sinis. Memberi komen yang membina mungkin terasa merugikan, bukan meminta sokongan melakukan perkara yang bertentangan normal tapi aku betul2 buntu dengan ujian ni. Aku tak pernah terfikir minta cerai, then lari ajak Zaff kahwin. Aku masih seorang perempuan yang memikirkan perasaan perempuan lain.

Aku tahu sukar mana pon Zaff lupakan aku tapi dengan kebaikan wife dia lama-lama dia akan happy dengan wife dia. Aku nakkan menda sama dengan Didi. Itu maksud aku. Aku nak lupakan Zaff sepenuhnya atau kalau ingat sekalipon hanya dengan ingat nama macam aku dengar orang sebut2 nama kawan aku. That’s all . Yang korang komen cakap aku immature, nakkan laki orang pulak ni da kenapa? Allahuakbar betul2 bawangnians la korang ni.

Sistur, aku hanya confess, aku masih gagal lupakan lelaki yang 1st aku kenal, aku pernah sayang . Aku takde jodoh, dari awal kenal ade halangan then aku kahwin so aku nak move on. Suddenly aku teringat semula, aku tengah melawan perasaan yang satu ni la. Aku gitau jugak suami aku sangat lovely, baik so aku rasa bersalah sebab dengan perasaan yang tergantung teringatkan someone yang dah pon bukan ditakdirkan untuk aku, so aku paksa diri aku move on. So lain2 aku tak ade cara melainkan aku keep doa, after solat once teringat aku doa. Tetiba klau teringat aku doa. Itu aku cuba sampaikan. Aku tak pernah ade plan minta cerai, dah kenapa aku nak minta cerai kalau aku sedaya upaya nak melawan semua ni untuk suami aku.

Plus aku takde pon contact Zaff, aku bukan sejenis langgar orang punya. Tolong, aku tak follow krt sebab aku pernah terbaca bertapa low mentality nya cara komen kat page tu & reasons why aku confess di iium sebab aku selalu follow gaya komen di setiap posting. Aku perasan ade jugak spesies mcik bawang terlepas di sini tapi tak sangka untuk posting aku, semua reunion ke apa kat sini?

Allah uji manusia dengan macam2 cara, aku hilang apa2 pon aku murung berminggu, berbulan atau kalau aku da lupa sekalipun tiba-tiba teringat, aku jadi terkilan. Ini diri aku, so 7tahun dengan perasaan ni maybe orang cakap cukup lama. Tapi aku sendiri tak dapat jawab bila & macamna cara Allah nak atur bagi aku betul2 lupakan semua & move on. Seperkara lagi, aku adalah normal, kawan2 aku atau sesiapa sahaja kenal dengan aku tak pernah dapat detect pon how struggle i am dengan masalah ni.

Aku dari awal pegang satu quote ni ” fake it till you made it”. So ni la yang aku tanggung . Nonsense cerai-cerai semua, aku bertahan untuk orang yang sayang aku . Aku da lama hidup dengan dahulu kan orang lain, tak pernah lagi aku buat uturn. Samala situasi ni, even sesal separuh nyawa pon aku tetap hadap . So bagi yang judge aku dengan bahasa-bahasa kesat, aku mohon Allah lindungkan setiap ahli keluarga ko dari ujian seperti aku ini.

Aku mensyukuri setiap apa yang Allah da aturkan untuk aku, terkilan ni adalah perasaan yang mmg akan ada bagi seorang manusia normal. Kenapa? Ade ke yang membayangkan aku teringatkan perkara lepas sampaikan aku messy, lupa tuhan, abaikan suami dgn anak-anak . Aku berkhayal hidup dalam dunia sendiri, macam tu ke yang korang bayangkan sampaikan minta aku sedar diri.

Aku normal, aku hidup cara manusia normal lain, macam kakak ko, adik ko kawan-kawan ko yang ko jumpa hari-hari. Takde sikit pon beza lifestyle aku melainkan ade waktu tertentu ada jentikan perasaan teringat kan Zaff, so ni la time aku cuba sampaikan, sangat perit untuk aku lalui . Aku pernah berada dalam situasi depress tapi aku tak melayan, aku lebih suka mengadu dengan Allah sebab aku sedaya upaya maintain kan diri aku dalam keadaan rasional. No wonder, secret always be a secret dalam masyarakat kita harini.

Mangsa-mangsa yang alami depressi akan terus kuatkan diri, sembunyikan sahaja rasa yang makin hari makan merosakan diri sebab nak share some kind of dirty little secret dengan orang lain umpama set time bomb hidup sendiri. Pandang sekeliling korang, korang nampak semuanya adalah normal kan, even kalau aku pon sebelah korang, korang akan cakap aku adalah normal sebab ni adalah rahsia diri aku sendiri.

Berapa ramai kawan2 yang ada masalah dengan pasangan mengadu dengan aku, aku selalu dijadikan rujukan sebab kawan-kawan pandang aku pandai uruskan Didi, Didi sampai sekarang masih layan aku seperti orang yang masih bercinta . Ada yang merungut suami tak sempurna, suami abaikan tanggungjawab, campur tangan orang luar . Aku even tak follow page krt, aku sendiri dah serupa Krt sebab selalu sangat dengar cerita rumah tangga orang lain.

Berapa ramai yang confess dengan aku, menyesal itu ini tapi alhamdulillah so far aku tenang bagi pendapat, kawan aku pon selamat baik dgn pasangan masing-masing even awal tu macam dia nak panjat pejabat esok hari minta failkan cerai. Tapi tula, pandai advice orang, bila ada masalah kat diri sendiri, tak dapat jugak nak cari jalan penyelesaian. Da banyak versi aku pernah jumpa isteri burukkan suami, hanya sebab hal2 remeh, suami dia tak tahu pon sis.

Apa sahaja yang dia tak adu kat aku even aku yang hanya membaca ni pon mengucap panjang, tapi once diorang dah baik, jangan ko usik cakap suami dia loser, kau balik kena serang nanti. Tapi andai aku ada masalah dengan Didi, aku just diamkan . Aku cakap sendiri dengan Didi, even Didi tak dapat settlekan aku rasa lega sebab da meluah . Sekurangnya kekurangan rumah tangga aku takde sapa pon yang tahu . Itu yang kawan-kawan nampak sampaikan ada yang text aku buat confession tanpa aku soal panjang masalah dia.

Aku confess disini as anonymous so aku boleh tengok macamana cara masyarakat tangani sesuatu situasi . Ternyata dunia luar sangat2 kejam, sebab tu banyak je kes2 dianiaya suami, dianiaya orang luar, dibuli atau kes2 dicabul kekal menjadi rahsia . Aku bagi contoh, mil aniaya menantu, kena diri sendiri meroyan mintak orang sokong, ajak ramai-ramai kecam mil ko, tapi kena kat orang lain, ko suruh sabar redha . Sinis perli hal kecik pon tak dapat handle, tapi isu ni la paling hangat kalau viral di mana2 ceruk socmed sekarang ni . Orang kita terlalu mencuba nampak hebat bila menaip komen daripada nak sama-sama cari penyelesaian atau memberi cadangan ke arah kebaikkan . Paling ketara adalah wanita sendiri, kaum yang merungut bermacam-macam hal tapi yang mendatangkan masalah sesama sendiri adalah wanita sendiri .

Melabel aku dengan macam-macam, anggap aku budak wechat, kaki drama, tak matang and so on tapi pernah tak terbayang aku berada dikalangan ahli keluarga korang sendiri.

As anak korang, adik korang, kakak atau sapa2 sahaja yang korang sayang & ambil peduli. Tapi sebabkan tak kenal, korang tinggal komen seumpama melempias nafsu serakah pulak aku tengok. Aku sendiri rasa malangnya aku kalau dapat emak yang macam sesetengah maciks bawang tinggalkan komen. Nak berkongsi apa2 silap haribulan mak sendiri yang kecam.

Aku bersangka baik dengan mama sehingga ke harini, aku anggap halangan mama tu memberi aku seribu rahmat, dia sayangkan aku so dia nak Didi jadi pelindung aku. Betapa dia sayangkan Didi, takde yang lebih membahagiakan aku bila tengok mama happy setiap kali Didi dgn aku singgah rumah dia. Abah aku sendiri, dia pulak yang selalu minta maaf kat aku dengan perangai mil aku, dia pesan untuk aku selalu doakan mil aku berubah sikap.

Dia tahu aku banyak pendam rasa dengan mil aku tapi dia pujuk supaya doa banyak2 agar one day Didi pon boleh tegur mama dia. Kadangkala aku cemburu bila Didi puji2 mama dgn abah aku layan dia terlalu baik, aku cakap kalaula aku dapat rasa yang sama. Dia dengan ayat cliché, sabar ye sayang nanti2 mama dia pon akan layan macam mama aku layan dia.

So dapat sesuatu ? ke masih lagi sedap mengecam ? melabel aku sebagai manusia tak reti bersyukur . Siap tolong buat skrip hidup aku lagi kononnya esok2 Didi beralih hati baru padan muka aku. Kenapa dia nak kena beralih hati sedangkan aku bukan jenis isteri yang abaikan dia semata ade perasaan yang tergantung ni.

AKU MELAWAN PERASAAN ni dengan kuat untuk suami aku. Makcik bawang je cakap aku cuba nak minta cerai, pastu rampas laki orang. Aku pon takde impikan nak hidup dengan Zaff, aku just hadapi masalah terkenangkan dia & perkara ni mengganggu emosi aku. Sehingga kan aku rasa aku tipu diri aku, suami aku. Korang yela hidup serupa cerita fantasi, tak ade masalah langsung kan. Nasihat aku, baca confession sesiapa pon selepas ni, sama-sama muhasabah.

Ini adalah masalah psikologi. Memaksa memulih ingatan terhadap sesuatu yang memberi impak dalam hidup kita bukan macam ko hilang barang minggu lepas harini ko da move on. Dan bukan jugak bermaksud hari2 ko terkenang tapi sekali datang perasaan tu, ko maybe akan hadapi satu saat sukar untuk melangkah ke fasa lebih baik. Tanya diri sendiri, apa yang buat ko terkilan sampai ke harini, dan letakkan situasi sama dengan yang aku alami.

Maaf dengan jawapan panjang part ii ni . Dengan confession asal, aku rasakan alhamdulillah aku boleh hadapi dengan lebih tenang lagi selepas ni. Aku lagi murung baca komen kaum2 macik bawang dari teringat macamana nak buang perasaan yang kadang-kadang menerjah tu. Thanks to themaciks, hopefully kalau ada anak perempuan, pesan baik2 jangan ko nak terkenang menda lepas.

Kurangkan membawang, tolong orang sekeliling kita hadapi saat sukar dengan mendoakan kebaikkan. Korang tahukan perkara yang tiada jalan penyelesaian ni lah paling merumitkan untuk kita hadapi . Doa kan senjata umat, bukannya aku buat tabung minta derma duit ringgit, aku just minta tumpang doa-doa korang untuk aku diberi kemudahan melupakan sesuatu yang masih tergantung.

Aku tetap yakin masa boleh mengubati semuanya . Aku doakan semua bahagia dengan aturan Allah swt, sentiasa bersangka baik macam yang selalu Didi ajar aku . Tinggal komen jika anda rasional, bukan apa, takut malaikat catatkan sebagai perilaku buruk meminta perkara tak baik ke atas orang lain. Aku bukanla isteri yang tak kenang budi, tergilakan lelaki lain, seperti yang korang anggap.

Aku hanyalah seorang isteri yang sayang suami aku tanpa syarat tapi memohon Allah ampunkan aku atas dosa mengingati seseorang yang bukan ditakdirkan untuk aku. Perasaan yang datang ni semulajadi tanpa aku undang, hanya Allah jugak maha mengetahui . Terima kasih untuk mereka yang sudi doakan aku, semoga Allah segera makbulkan untuk aku.

Yang baik dari Allah, yang buruk dari aku.

Sesungguhnya Aku berlindung dengan rahmat & kasih sayang Allah.

Thanks,

– Ellie

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *