Aku lelaki pertengahan 20-an. Aku biasa2 saja, cuma agak pendiam dan pemalu. Suka bercakap tapi hanya dengan kawan2 rapat atau terdekat. Rupa Aku. Alhamdullillah, se hensem ciptaan Nya. Tak terlalu putih dan tak terlalu gelap. Sekadar orang biasa2 cukup makan dan minum serta pakai.
Disini Aku nak berkongsi cerita Aku dan sedikit tips. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri.
Beberapa tahun yang lepas, ada seorang perempuan. Dia kawan Aku. Kami satu team. Cuma berlainan umur. Aku jatuh hati pandang pertama dengan dia. Aku sendiri tidak tahu apa yg membuatkan aku begitu terpesona dengan perempuan ini yang Aku namakan sebagai “Sang Bunga “.
Biarlah tempat pertemuan,cara perkenalan Aku rahsiakan. Tp yg boleh Aku cerita Kan. Dia seperti “Islamic”, pemalu dan Banyak bercakap. Telatah nya sering mencuit hati Aku. Tp sekadar aku “buat tak tahu depan dia”. Lain di hati tindak balas sebenar Aku.
Lama kelamaan, ada desas desus dalam kalangan kawan2 kiteorang, Mengatakan bahawa sang bunga sukakan Aku. Aku perasan perkara itu, tapi Aku biarkan seperti tidak tahu. Ya. Aku juga Ada perasaan kepada sang bunga. Kepada Tuhan lama Aku berdoa, moga jika berjodoh tuhan gerak kan hati dia untuk Aku.
Selepas beberapa tahun, sang bunga confess aku. Cukup tuhan saja tahu betapa gembira hati Aku. Cukup aku saja yg tahu, betapa indah nya perasaan Aku ketika itu. Ketika itu sang bunga menyatakan hasrat dihatinya nak jadikan Aku sebagai kekasih Yang halai.
Aku berdiam lama. Aku ketika itu berbelah bagi. Aku ada keluarga yg perlu aku tanggung. (Aku anak sulung ). Pekerjaan aku juga Masih Belum stabil. Aku sayang Kan sang bunga melebihi sayang nya Aku pada diri sendiri. Nama nya ku titipkan dalam doa selalu.
Aku risau jika berkahwin, tak mampu Dari segi nafkah duit. Takut tak mampu pikul tanggungjawab sebagai suami. Takut tak mampu terima sisi kelemahan sang bunga. Takut sang bunga tak mampu terima kekurangan dan kelemahan Aku.
Lalu, aku balas confess dia dengan kata2 “Kalau ada jodoh, adalah “, Dan Aku nyatakan pendirian Aku. Aku Belum bersedia dan ada komitmen lain. Tetapi, sesalnya bukan kepalang. Aku langsung tak nyatakan perasaan Aku pada sang bunga. Kata2 itu cuma tersekat di kerongkong Aku. Tak terluah. Pedih nya. Aku tahu dia kecewa.
Kemudian dia cuma membalas “ya, baiklah”. Di akhir ayat sang bunga. Dia cakap “saya yakin instinct saya betul tentang awak juga sayang Kan saya”. Aku hanya mampu membaca dan membiarkan kata2 sang bunga tidak dibalas. Kalau mampu Aku undur masa, aku Akan cakap perasaan sebenar Aku Dan Minta izin mak dia untuk berkawan Dan bawa rombongan meminang sang bunga.
Aku fikir selepas peristiwa sang bunga confess Aku, Aku berusaha keras kerja membanting tulang untuk menghalalkan dia. Tp cukuplah sekadar Aku Dan kawan2 rapat aku yg tahu. Ya. Aku bahagia bila tau isi hati dia yg sebenar terhadap Aku. Teramat bahagia.
Namun bahagia Aku tak lama, aku dapat tahu khabarnya si kumbang datang melamar sang bunga Aku. Sang bunga telah dilamar oleh kumbang yg lain. Dan Aku cukup tahu kesusahan hidup si kumbang itu. Aku juga tahu sang bunga Masih sayang Kan Aku, Masih tunggu Aku. Tp Salah aku kerana biarkan dia tanpa kata2 noktah. Tanpa sebarang kata jaminan yg aku bakal melamar dia untuk menjadi Suri hati hidup Aku.
Aku biarkan sang bunga tanpa sebarang kata terlalu lama. Tak ku nyatakan perasaan sebenar Aku, Dan tak langsung Aku pamerkan rasa sayang Aku. Ya. Aku malu Dan EGO.
Sang bunga telah selamat menjadi suri hati si kumbang tahun Lepas. Aku ?.sekadar melihat Majlis kecil kecilan diorang di newsfeed aku.Kini Aku lihat kehidupan diorang bertambah bahagia Maybe rezeki selepas kahwin. Aku redha walaupun berat. Aku sentiasa doakan perkahwinan sang bunga Dan si kumbang sampai ke syurga Dan berkekalan sampai hujung nyawa.
Disini Ada sedikit nasihat Aku sebagai lelaki yg menyesal kerana tak bersungguh dan Takut dengan masa depan:
1) If a women @ MEN confess you. If you doesn’t love them. REPLY : Just said it. But, If you love them. Tell them. (Don’t play2).
Jangan bagi jawapan macam Aku “Kalau Ada jodoh, adalah “. Jodoh kena Ada usaha Dari kedua – dua belah pihak. Wakilkan MAK Kita datang hantar cincin meminang sebagai tanda serius walau Masih Belum stabil. Selepas itu sama2 merancang untuk perkara2 seterusnya.
2) COUPLE ? No, we not kid anymore. We plan our future sambil menjaga batas2 pergaulan.
3) IF too shy to admit, too akward to reply confessions si DIA. Gunakan orang tengah sebagai wakil untuk menjawab si DIA confess awak ya.
4) Selalu istikarah, doa moga2 segala urusan untuk menghalaikan si dia dipermudahkan.
5) Don’t regret like me.
Kepada sang bunga, andainya saya berterus terang dari masa awak confess saya dulu, mungkin sayalah disebelah awak ketika ini. Andai nya saya, tak gantung jawapan saya Dan terus reply serta nyatakan perasaan saya. Mungkin awak Suri hati saya sekarang. Awak cinta pertama saya.
Tetapi jodoh rahsia TUHAN.
– Lelaki perindu.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit