Assalammualaikum semua. Hehe Liya here, sebelum ni pernah confess part 1, https://iiumc.com/sesalan-
Alhamdulillah, awal tahun ni saya sudah mendirikan rumah tangga dan berkahwin dengan jiran sekampung. Masih tinggal dengan mak.
Sebelum berkahwin sudah berbincang dengan suami, untuk tetap tinggal dengan mak. Mulanya, suami tak setuju dengan cadangan tu tapi lepas saya pujuk dia okay dan setuju.
Saya faham dia pun nak ada rumah sendiri dan privacy tapi sebab kesian mak saya tinggal sorang terpaksalah duduk dengan mak.
Sebelum ni ramai yang komen tips untuk bonding dengan mak, saya cuba buat dengan mak dan banyak spend masa dengan mak sebelum berkahwin. Tapi ada masa saya bergaduh jugak dengan mak.
Selepas ayah meninggal, mak saya lebih sensitif dan kadang2 dia marah kalau saya tinggal kan dia sekejap untuk settle kan kalau ada apa2 isu. Contohnya, bulan 12 haritu saya sibuk keluar nak settle kan baju sanding, mencari barang kahwin.
Lewat sikit balik, mula lah tak jawab call saya. Lewat tu maksudnya paling lama dari pagi sampai pukul 6 sahaja. Padahal mak tahu saya sendiri nak selesaikan hal kahwin tapi tetap jugak nak marah.
Sudah setahun lebih, ayah saya meninggal. Mak kadang2 ada nangis mungkin teringat arwah. Maybe belum move on selepas apa yang berlaku.
Tapi yelaa bukan senang saya sebagai anak nak mak move on , mulakan hidup baru. Rutin saya sebelum kahwin hingga sudah berkahwin, setiap minggu mak akan mintak saya hantar kan ke kubur arwah ayah, 2 km dari rumah saya.
Selepas berkahwin, 5 hari waktu bekerja suami saya akan duduk di rumah mak saya dan hujung minggu suami akan balik rumah mak suami.
Suami saya anak sulung dan dia pun ada tugas untuk menjaga maknya yang sudah tua, ayah mentua jugak sudah meninggal dunia.
Sebelum berkahwin juga, saya dan janji dengan suami untuk tidur di rumah mak mentua satu malam.
Untuk berlaku adil, sebabkan masih baru jadi menantu dan masih belajar menyesuaikan diri dengan keluarga mentua, sabtu malam ahad, saya tidur di rumah mentua.
Selalunya tengahari keesokkan hari nya saya balik semula ke rumah mak saya.
Ouh yea, masa saya balik ke rumah mentua, mak selalunya ada abang saya datang teman tapi satu hari ni disebabkan abang saya sibuk, mak tidur sorang.
Sikap mak ni, kadang2 bila kita tanya boleh ke nak tidur sorang, dia cakap boleh. Bila saya nak hantarkan ke rumah menantu2 nya untuk satu malam. Mak berkeras untuk tidur dirumahnya.
Bila mak tidur sorang, mak macam protes bila saya cuma pergi satu malam ke belah suami.
Menjadi isunya, ada sekali tu saya balik rumah mak pukul 9 pagi , lewatlah untuk hantar mak ke kubur. Saya sampai rumah mak bising2 , cakap “sukalah tidur dengan laki” dengan nada yang marah.
Lepastu mak bising lagi cakap lewat semua nak hantar mak ke kubur. Saya cuma diam je dan cakap masih awal dan boleh ke kubur. Lepastu mula lah mak marah2 dan menangis.
Kadang2, saya suka duduk dengan mentua, mak mentua pun kehilangan suaminya pada tahun yang sama ayah saya meninggal tapi mak mentua lebih cekal dan memahami anak menantu.
Tak pernah suami cerita mak mentua merajuk dengan suami saya atau adik beradik suami yang lain.
Saya taknak buat mak sedih tapi dalam masa yang sama serba salah dengan suami sebab dia sanggup nak duduk dengan mentua. Bila saya nak luangkan masa dengan suami atau keluarga belah suami, mula lah mak macam nak marah2.
Masa awal berkahwin, saya cuma pergi honeymoon untuk 1 malam je sebab teringat mak yang tinggal sorang. Tapi lepas saya balik honeymoon mak marah2 saya jugak.
Kadang2 cemburu dengan abang2 saya yang lain, mak tak pernah marah dorang. Even dorang ada yang jarang tengok mak kat rumah, disebabkan masing2 ada keluarga masing2.
Saya teringin nak spend time holiday dengan suami dan harap sangat mak faham yang sekarang saya sudah ada suami dan ada tanggungjawab yang lain.
Confession ni tak bermaksud saya nak buang mak saya , lupakan tanggungjawab dengan mak cuma kadang2 nak ada life macam orang lain.
Apapun, Alhamdulillah suami saya faham yang saya perlu jaga mak saya dan dia sanggup berulang kerja lebih 100km setiap hari semata2 nak saya duduk dengan mak saya.
Nak tanya pendapat semua, saya tak baik ke? sebab nak spend masa dengan suami dan keluarga suami? Kedua, korang mak saya ni dia tak boleh move on ke?
Apa perlu saya buat? salah ke kalau saya cakap mak pandang ke depan? Ketiga, perlu ke saya explain dekat mak, saya sudah ada suami dan tanggungjawab lain, minta mak saya cuba faham keadaan saya? it’s consider rude?
Korang, mak saya nak pergi umrah bulan depan. Selepas dia balik dari umrah, saya harap keadaan dia lebih baik dari sebelumya. Segi emosi dan mental.
Thank you for readers and comments. Hehe share for tips and komen saya akan baca satu persatu. Sorry kalau cerita tak menarik sangat.
– Liya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit