Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau cerita ini disiarkan.
Nama aku Flamingo (bukan nama sebenar). Aku berumur 29 tahun. Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun.
Alhamdulillah suami juga seorang yang baik. Semenjak aku mempunyai anak, aku terus menjadi suri rumah sepenuh masa.
Malangnya, aku menghadapi masalah dengan diri aku sendiri. Aku selalu rasa bosan melayan anak. Bila rasa nak keluar ke mana mana pun aku rasa malas sebab susah nak kena bawak anak.
Untuk pengetahuan semua, aku PJJ dengan suami. Seminggu sekali sahaja aku dan anak berjumpa suami.
Selalu aku rasa menyesal sebab kahwin. Dulu, aku rasa kahwin dan ada anak tu seronok. Rupanya, bila aku hadapi situasi itu sekarang, aku rasa menyesal kahwin. Mungkin sebab aku tak suka jaga anak.
Sesiapa yang menjadi suri rumah, mesti faham kenapa. Banyak yang dikorbankan selepas kahwin dan menjadi suri rumah. Aku rindu nak bekerja semula.
Bila nak kena jaga anak, terlalu banyak benda aku tak boleh buat. Orang cakap tu semua punca daripada ‘burn out’ je. Tapi, pada aku memang sebab aku tak suka budak budak.
Daripada zaman bujang dulu aku tak suka layan budak. Tapi tak sangka pulak sampai tahap tak suka layan anak. Bukan aku tak bersyukur dapat anak.
Aku tahu ramai lagi yang menunggu rezeki zuriat ni. Aku cuma nak meluahkan je.
Hari hari tertekan sebab tak tahu nak luahkan kat siapa. Kalau cerita dengan suami, aku tahu reaksi suami nanti. Aku tak nak dia fikir yang bukan bukan.
Aku pun sebenarnya bersyukur je ada anak yang sihat, comel, dan disayangi ramai orang. Tapi, aku bosan.
Biasa la budak kan. Terlalu banyak kita nak kena layan kerenah dia. Lagipun, anak tu amanah. Memang nak kena jaga sungguh sungguh. Itu yang membuatkan aku selalu rasa terbeban.
Aku tak dapat layan dan jaga dia sungguh sungguh. Aku harap suatu hari nanti aku boleh buang perasaan ni jauh jauh.
Korang tolong la doakan aku ye. Moga doa korang ada yang Allah kabulkan. Terima kasih.
– Flamingo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dah tu kenapa nak kahwin? Tujuan penting dlm perkahwinan adalah melahirkan keturunan.
From the impression given, you’re just being selfish. You already know urself and yet you did the opposite. I hope you can realise that what you have is valuable.
Cuba cari erti tanggungjawab tu yg sebenar. Usahakan utk tinggal bersama dgn pasangan, so you tak rasa terbeban uruskan anak sendirian. Talk to your husband abt your concerns. If he’s nice and responsible, then he the most perfect person to help you dealt with this dilemma.
Final words, jangan sia2 kan hidup anak you sbb zuriat adalah tanggungjawab dan hadiah.
Huuu sama dengan saya. Apa nak buat ya?
Saya selalu rasa penat dan susah. Saya juga nak rehat. Nak buat apa saya nak buat. Kenapa la saya tak fikir awal semua ni. Tapi saya bukan benci sampai nak buang and I faham apa u rasa.
I rasa macam penat tapi penat apa? Tak suka tapi bukan benci dekat anak. I find things to blame but nothing. Memang i lah yang salah and teruk.
I know bila besar mesti anak2 tak suka I and pergi jauh dari I- think of this made me sad, tapi tah laaa.
Dear woman, kahwin la umur 45 kot. Rasa dulu hidup puas puas puas 😭😭😭😭😭
Maybe puan rasa bosan sebab ulang rutin yg sama yg bukan minat puan yakni jaga anak kecil. Ye saya faham jaga budak yg mcm2 karenah mmg sukar. Dan sometimes maybe kita rasa mcm loser sebab tugas kita just jaga budak tp tak dapat income.
Saranan saya, puan betulkan niat, jaga anai ni amanah dan akan ditanya di akhirat kelak. Anak ni boleh jd aset atau liability. Didiklah dia supaya jd soleh yg akan selalu doakan kita lps kita meninggal dan jaga n teman kita masa tua. Bukan mcm mat salleh, cukup 18 tahun terus abaikan parents.
Dan, saya saran puan bincang dgn husband utk kembali berkerja since anak puan pun dah 3 tahun so tak kecik sgt utk hantar ke pengasuh. Puan kena tegas utk kerja semula supaya tak ulang rutin yg sama jaga anak sepanjang hari dan cepat bosan.. bila kita ada duit lebih, boleh bawa anak jalan2