Riba?? riba merupakan bayaran lebihan yang dibayar dari jumlah asal yang dipinjam. Ya aku sedar hukumnya dosa besar.
Dahsyatnya riba itu, sampai disebuntukan bahwa dosa riba itu setara dengan berzina ibu kandung sendiri. Tapi sekadar itu je fahaman aku atas pembelajaran dari zaman sekolah.
Tak tau kenapa, sejak setahun yang lepas ada beberapa posting tentang riba dari kawan2 di sosmed menghantui hidup aku dan aku takut sebab aku telah pun terjebak dengan riba.
Untuk makluman aku telah pun membuat loan kereta dan rumah.
Aku ceritakan dulu loan kereta, Loan kereta dengan pembiayaan konventional di buat dengan agreement 9 tahun.
Aku cari jalan selesaikan hutang ni dalam jangka masa 3 bulan dari sekarang dengan usia kereta 6 tahun, In Shaa Allah. Aku harap dengan usaha aku ni aku cepat2 bebas dari hutang dan yang paling penting keluar dari riba.
Mungkin aku rasa lega sikit bukan bererti ‘selamat’ lepas aku selesaikan loan kereta tu nanti.
Ok masuk bab loan rumah. Aku baru je ambil loan rumah dalam setahun dengan pinjaman bank conventional selama 35tahun. Aku beli rumah ni dengan niat sebagai asset dan disewakan bukan untuk didiami.
dan aku kesal kerana menambah lagi satu beban riba, betapa jahilnya aku.
Ok dekat sini aku mula buntu apa harus aku lakukan dan tak jumpa jalan keluar. Dalam perjanjian dengan bank aku hanya boleh jual rumah setelah 10tahun.
dan jika aku batalkan perjanjian ni sebelum tempoh 10 tahun aku akan dikenakan penalty dalam 10-15k, Angka yang banyak bagi aku tambahan pula aku da berhabis banyak dengan bayaran 10% wang pendahuluan hasil simpanan sendiri.
Aku benar2 nak keluar dari riba ni. Jalan yang aku nampak berhenti bayar bulanan dan biarkan rumah dilelong.
Aku tau risiko yang aku bakal hadapi mungkin di blacklist atau muflis tapi aku masih buntu. Ada cara yang aku dapat dari kawan yang cadangkan aku untuk refinance dan tukar ke pembiayaan Islamic.
Tapi apa yang aku paham, apa2 pinjaman yang dibayar lebih dari harga asal itulah dipanggil riba walaupun ada akad jual beli.
Mungkin ada yang akan nyatakan lebihan itulah bayaran caj perkhidmatan untuk bayar gaji pekerja, bil2 dan sebagainya. Ataupun ada juga pendapat kalau tak ambil loan macam mana nak ada kereta/ rumah, sampai bila nak kumpul duit.
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w ishtiharkan siapa2 yang memberi/ mengamalkan/
Aku jahil dan ingin bebas dari sesatnya riba ni. Bantu aku. Sekian…
– Lepidoptera (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit