Aku menulis ni, jauh sekali nak kutuk bangsa aku sebab ibu bapa aku juga melayu dan aku hormati mereka, aku cuma nak perbetulkan yang aku rasa sudah dinormalisasi.
Tak dinafikan bangsa lain juga ada yang macam ni tapi ini aku nak bangsa aku ni berubah kepada kebaikan. Bangsa lain biarlah bangsa dia yang nasihat. Aku ni pun cuma rakyat marhaen.
Pertama attitude di tempat kerja… tolonglah, kita ni bukan main susah nak dapat kerja. Jelas atau tidak, di syarikat swasta ada diskriminasi terhadap orang melayu, cuma majikan tak kan mengaku perkara ini.
Bila dah dapat kerja buatlah betul. Aku perasan sesetengah orang melayu ni attitude dia MasyaAllah, datang lambat, dah datang kerja buat kerja lambat2, lepastu berkira buat kerja lepastu bila kena marah kata majikan jahat, lepastu mula la buat drama dekat facebook burukkan majikan.
Aku tak kata semua majikan tu baik, tapi kalau dapat yg baik, buatlah kerja sehabis baik. Kebanyakan majikan kat malaysia ni penah jadi pekerja jugak, diorang pun tau pekerja yang betul2 nak kerja tu mcm mana.
Kedua service. Aku perasan ada sesetengah ni tanggungjawab langsung tak ada, terutama dalam bidang customer service, kena tegur dengan pelanggan sikit terus merungut.. padahal memang itulah dunia kerja. Customer memang tak selalu betul, macam tu jugak dengan service.. service pun ada kelemahan.
Lebih-lebih lagi service di Malaysia. Kalau customer tu complain, kdg2 bukan customer tu asik rasa dia betul tapi ada kekurangan pada servis kita. Kalau tak boleh nak selesaikan masalah service sekurang-kurangnya minta maaf pada customer bukan buat muka atau perli2 customer tu.
Taulah company tu bukan kau punya tapi kau dibayar untuk buat kerja tu, cuba letakkan diri kau sebagai bos, dengan cara kau buat kerja sekarang agak2 kau suka tak.
Kadang2 tu biasalah orang tua tak tau sangat, sabarlah ajar dia, sebab memang tu tanggungjawab. Memang kau pun manusia, tapi kalau dah hari2 kau buat kerja macam tu, manusia ke tu.
Ketiga melayu nak tolong melayu. Percayalah, aku ni kalau beli barang kalau boleh nak beli dari orang melayu. Tapi kadang2 harga barang dia Ya Allah Tuhan saja tau.
Sedangkan company luar yang kena bayar tax export semua tu pun boleh bagi harga berpatutan, tapi barang local pulak yang macam nak menganiaya pelanggan.
Lepastu bila tak beli kata melayu tak nak tolong melayu. Jangan cuma mintak ditolong tapi anda pun kena tolong orang jugak.
Aku faham ada sesetengah produk tu memang memerlukan harga yang tinggi sebab kualiti bagus. Tapi ini kualiti biasa tapi harga tinggi sebab owner dia terkenal. Tu saja. Cuba jual kat luar negara agak2 ada tak orang beli hanya sebab nama famous kat Malaysia. Tak kan.
Keempat, ketagihan internet. Aku nak cakap pasal budaya kecam mengecam dan bergaduh di internet ni.
Malaysia adalah negara kedua tertinggi cyberbully dia asia dan keenam di dunia dan menurut kajian tu cyberbully adalah petunjuk besar bahawa masyarakat tu sudah ketagihan internet dan menunjukkan tanda2 depression.
Tau tak disaat kita sibuk komen dekat post artis2 tu orang bangsa lain tengah sibuk kerja. Bukan bangsa lain saja, bangsa kau yang rajin pun kerja macam nak gila sebab kurang pekerja, ramai tak nak kerja tu. Tu sebab jarang tengok diorang komen bergaduh dengan kita, diorang ignore saja.
Mungkin ada tapi dalam bahasa mereka tapi cuba bandingkan dengan kita. Mereka sibuk berbincang betapa teruknya kita dengan orang negara luar,
Dan kita pula tak perasan kanan kiri sibuk menulis di ruangan komen dengan fake account menghujah di ruangan komen artis dan pada akhirnya hanya dapat sakit hati dan bangga serta buang masa.
Bayangkan masa yang kita guna tu untuk buat kerja sekecil yang mungkin percayalah, perkara yang kecil tu lah boleh menjadi impak yang besar kepada hidup dan mati kita.
Contoh kau mula dari sapu rumah, rumah kau jadi bersih, secara psychonya mood kau akan jadi baik, kau akan dapat macam2 idea lain untuk kau penuhkan jadual kau dari sibuk fikir hal orang yang tak pernah kenal kau pun.
Kelima, terlalu sentimental. Kita dah terlalu banyak menulis soal cinta. Tak kisah la lelaki ke perempuan, dari kecil hingga dewasa risau sangat pasal kahwin.
Ya kahwin tu penting, tak salah nak belajar soal cinta tapi kalau itu saja yang kita fikirkan, tak kemana cinta tu. Kadang-kadang benda kalau kita terlalu kejar pun dia akan lari.
Kalau kita tulis soal cinta tu contoh terbitkan buku dan dapat income tak apa, adalah tolong ekonomi negara juga, ini tak, langsung tak memberi apa2 sumbangan.
Pernah aku dengar orang luar punya talk, carilah 3 hobi jadikanlah hobi tu sebagai cara kita nak lalui hari2 kita, one to keep u fit (apa2 exercise yang anda suka) one to keep u creative (membaca dan berfikir) and one to make money (kerja) kalau kita sebagai orang islam tambah one more think about our Akhirat.
Aku percaya kalau hari2 kita diisi dengan 4 perkara ni kita takkan rasa sunyi dan cinta akan datang dengan sendiri. Jangan berangan terlalu panjang, itu adalah penyakit.
Akhir sekali, terlalu mengejar pujian dan terlalu risau apa orang kata. Buat kerja sikit nakkan pujian, berjaya sikit nakkan pujian, kalau dikritik marah dan give up. Ini sebenarnya adalah pemikiran tak matang (childish).
Kau cuba puji orang putih, diorang bukan bangga, diorang rasa awkward sebab diorang rasa macam kita buat diorang ni macam budak-budak nak mintak puji.
Menurut kajian, orang yang terlalu kejar pujian ni sebenarnya kurang kejayaan dan masa kecil ibu bapanya terlalu banyak mengkritik dan kurang diberi pujian ketika kecil. Jadi ibu bapa sekecil mana kejayaan anak, pujilah anak anda.
Padahal orang dulu2 kita dah pesan dah tak makan dek puji tak lemah dek keji. Kadang2 puji tu sebenarnya cara orang nak lemahkan kita. Buat kerja tak betul pun dikatanya bagus, nampak tak tahap mana akal kita.
Setakat ni, itu sajalah. Aku bukanlah nak stereotype atau merendahkan kaum aku, mak bapak kita dah rajin besarkan kita. Aku percaya ramai yang dah pun buktikan betapa ramai orang melayu yang berjaya di luar dan di dalam negeri tapi biasanya yang betul2 berjaya.
Aku percaya orang melayu ni ada bagusnya cuma nantilah aku tulis. Aku pun ada hal. Aku menulis ni dengan harapan aku dapat mengubah sedikit masa depan kita, untuk diri kita semua.
– Mikael (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit