Sesuatu Yang Tidak Betul

Assalamualaikum, aku Fian 25 tahun. Aku bekerja di salah satu syarikat biasa. Bukan syarikat yang terkenal, cuma syarikat kecil biasa. Aku bekerja sbg admin. Salah satu scope kerja aku adalah mengira gaji pekerja. Kerja aku hanya mengira kemudian director dan bos yg akan approve.

Satu perkara yang aku perasan, gaji yg digagihkan agak biased dan tak betul sama sekali. Dari segi o.t mereka akan suruh pekerja kira sendiri o.t dan kalau mereka tak kira atau tulis maka gaji o.t tak akan dikira. Thumbprint ada, tapi tetap mereka buat tak nampak. Baru2 ni ada pekerja yg tak diberitahu tentang perkara tersebut, habis o.t beliau lgsg tak dikira. Bayangkan pekerja tersebut kerja sebulan tanpa cuti, o.t sampai 3 ke 4 pagi lgsg tak dikira.

Selain tu, kalau mereka tersilap kira, contoh mereka o.t 5 jam tapi mereka tersilap sikit tulis 3 jam mereka akan ambil yang 3 jam, tapi kalau mereka tulis o.t 4 jam tapi di thumbprint 6 jam, mereka akan ambil yg 4 jam, senang cerita mereka akan ambil yg sedikit, begitu juga kalau claim dan lain2.

Selain tu, baru2 ni aku dpt tau yg ada peraturan baru tapi aku tak pasti apa peraturan tu, tapi yg aku tau peraturan tu yg menyebabkan seorang pekerja ditolak gaji hingga separuh. Dia tak tau pun ada peraturan tu, sepatutnya ketua mereka perlu bgtau tapi dia tak diberitau, so dia tak follow sbb tak tau. Pekerja ni aku kenal, sgt rajin dan tak pernah buat masalah.

Padahal bos tau yg dia kerja sbb bos nmpak dia kerja. Walaupun bos tau yg dia ni x salah tapi bos tetap nak potong gaji dia. Masa dia terangkan kat si pekerja ni aku boleh nampak yg muka bos aku sbnrnya dh rasa bersalah. Tapi dia tetap dgn pendirian tamaknya. Beberapa hri lepas kejadian pekerja ni berhenti kerja dan balik kmpg.

Sbnrnya aku sendiri ditipu berkenaan gaji which is mereka tak tolak epf dan socso yg mcm mereka janjikan walaupun dlm temph probation. Mula2 aku diamkan sbb aku fikir mungkin sbb aku belum confirm tapi ni dah masuk 7 bulan aku kerja, masih tak tolak. Terus terang hampir semua kerja ofis aku handle sendiri.

Director tukang suruh je, cek kerja pun dia x nak, bila ada kesalahan terus dia salahkan aku. Aku x kisah bila semua kesalahan dibagi kat aku, tapi aku sakit hati, bila gaji basic yg hanya RM1k pun mereka tolak. Aku cuti sehari sbb sakit tolak sampai 100. Surat MC aku mereka tak pandang. Aku tak pernah cuti.

Tapi point disini bukan diri aku, tapi aku cukup kesiankan dgn pekerja blue colour tu. Aku ni sekurang2nya office hour. Tapi mereka kerja mcm nk mati. Aku rasa berdosa bila tarikh nak kira gaji mereka. Aku tau mereka sgt2 rajin. Aku kalau boleh nak sgt tolong diorang. Mereka sgt rajin dan baik tapi diperlakukan mcm tu.

Aku takut nak ckp perkara yg sebenar sbb aku takut berlaku kekecohan. Aku bukan org senang dan mak ayah aku pun sakit kat rumah. Adik beradik aku mendesak aku hanya ambil kerja office hour sbb aku anak bongsu dan perlu duduk rumah jaga mak ayah.

Aku tau ramai yg akan suruh aku berhenti kerja bila aku cerita mcm ni so thats why aku hanya diamkan sbb terlalu susah aku nak cari kerja sbb aku tak dibenarkan kerja jauh oleh adik beradik aku. Aku tersepit, rasa bersalah dan berdosa sgt. Sbnrnya byk lagi yg aku tau, tapi aku tak boleh nak cerita.

Btw, aku minta maaf kalau cerita aku susah difahami, sbb aku sendiri ssh nak terangkan plus aku kena cover sikit cerita aku ni atas dasar tak nak berlaku masalah. Kalau aku tak cover aku yakin masalah lain boleh berlaku. Terima kasih

– Fian

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *