Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Chombi.
Baru-baru ni saya ada terbaca posting di facebook mengenai peratusan penceraian melibatkan perkahwinan berusia 5 tahun kebawah adalah sangat tinggi. Kebanyakannya berpunca dari kewangan.
Kata orang, 5 tahun pertama biasanya memang diuji dengan masalah kewangan. Saya yang baru beberapa tahun menempuh alam rumahtangga juga diuji masalah ini dan masih cuba untuk memperbaiki.
Sebelum menjadi surirumah, dulu saya dan pasangan mempunyai kerjaya dengan gaji yang agak baik.
Setahun selepas berkahwin, saya dapat rezeki mengandung dan saya letak jawatan kerana persekitaran kerja saya tidak sesuai untuk orang hamil.
Seperti pepatah, when one door closes, another opens. Lebih kurang lah..
Tidak lama lepas tu, kewangan kami suami isteri mula diuji bila suami saya dijadikan kambing hitam di tempat kerjanya.
Dia dipaksa menanggung kerugian yang banyak dan gajinya setiap bulan juga dipotong sehingga yang tinggal pun hanya beberapa ratus.
Saya pula, yang semakin hari semakin sarat hanya mampu membantu sedikit sebanyak dengan simpanan yang semakin nipis, dan menjual sedikit emas yang saya ada.
Tempoh kehamilan saya memang mendapat tekanan dan sekitar trimester ketiga saya catu makanan sebab risaukan duit habis.
Sedih juga bila dikenang balik, lagi-lagi waktu mengidam. Hahaha. Maklumlah orang mengandung ni nafsu makannya kadang membuak.
Kalau mampu, kita beli atau masak sendiri, kalau tidak, nangis la sendiri tepi katil.
Pernah juga, waktu saya warded untuk bersalin, suami pula di scam orang sebab masa tu untuk tambah duit, kami jual sikit barang-barang kami.
Saya faham suami tengah banyak fikir sehingga termakan permainan scammer. Jadi ada lah beberapa ratus yang melayang.
Siapa yang kerja sebagai scammer tu, pulanglah ke jalan yang benar. Sesungguhnya kamu banyak menerima doa buruk oleh orang yang kamu aniaya.
Disebabkan komitmen yang tidak tertanggung, kami downgrade hidup kami sedikit demi sedikit.
Suami ambil keputusan resign dan buat fulltime e-hailing sebab tempat kerja yang sangatlah toksik, selain masa yang lebih fleksible untuk jaga saya dan anak.
Dalam waktu semua masalah ni berlaku, banyak kali saya memendam keinginan diri, pendam rasa, marah, dan naik angin dengan suami. Sebab apa?
Terlalu memikirkan masalah kewangan dan terlalu membandingkan waktu “stabil” dahulu dengan sekarang. Kadang seolah-olah saya tiada empati terhadap suami yang sebenarnya berusaha.
Masa tengah overthinking tu lah, rasa lebih baik hidup sendiri, lebih baik minta cerai, depressed dan pernah sehingga suicidal thoughts (waktu pantang).
Betapa halusnya jarum syaitan cuba mengambil peluang dalam setiap perkara.
Syukur juga saya masih boleh menahan mulut dari luahkan perkataan cerai. Nau’zubillah.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Hingga sekarang, kami masih lagi berusaha memperbaiki kewangan dan diri kami untuk lebih matang dalam rumahtangga. Usaha suami mencari kerja baru juga tidak pernah putus.
Cuma rezeki tu belum ada. Saya pula, masih dua hati untuk bekerja dalam masa terdekat sebab agak paranoid untuk meninggalkan anak.
Tambah pula, saya ada trauma dera dan cabul masa kecil dulu. Jadi lebih baik saya berkorban kerjaya sekejap.
Baru-baru ni saya mula berjinak berniaga kecil-kecilan dari rumah. Hahaha. Doakan saya semua.
Walaupun kadang terkejar-kejar dengan komitmen, alhamdulillah rezeki itu ada.
Walaupun kadang saya termengeluh kerana kehidupan saya tidaklah seperti dulu yang “berduit sendiri” dan lebih senang, tapi saya yakin semua ada hikmahnya.
Dari sini saya lebih menghargai rezeki lain seperti suami yang baik, penyabar dan sentiasa mengingatkan saya untuk bersyukur.
Allah SWT juga mengurniakan kami rezeki ahli keluarga yang sentiasa membantu kami ketika kami susah.
Semoga syurga buat mereka semua. Haa. Panjang pula menaip.
Jadi buat pasangan yang baru beberapa tahun berkahwin seperti saya, dan diuji masalah kewangan, sama-sama kita banyakkan bersyukur.
Sentiasa kita mengingatkan diri bahawa rezeki tu datang dalam pelbagai rupa.
InsyaAllah dalam kesyukuran akan jumpa kecukupan. InsyaAllah kita akan berjaya adapt dalam alam rumahtangga.
Tapi jangan kita lupa dengan usaha dan doa. Terima kasih kepada yang sudi membaca cerita saya sehingga habis.
Selepas menjadi surirumah, bersosial pun jadi kekok. Jadi penulisan ini adalah salah satu medium saya untuk bercerita.
Kalau ada kata-kata motivasi/nasihat murni boleh la komen. Yang negetif pun boleh tapi biarlah berhemah.
The world nowadays is already too filled with negativity. InsyaAllah saya terima nasihat semua dengan hati terbuka.
Saya yakin, ramai pasangan muda yang diuji seperti saya ataupun mungkin cara lain juga mencari kekuatan dan kata-kata semangat.
Sekian dari saya,
Chombi
L U A (Luv u All)
– Chombi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga dipermudahkan urusan
Cuba buat online business/jadi agent/affiliate..mana tau ada rezeki kat situ..semoga dipermudahkan urusan awak sekeluarga..
Diri sendiri mengandung sehingga manja berhenti kerja salahkan suami lepas tu nak menyesal megidam la… haishh!,,