Hai readers IIUM Confession semua. Semoga korang sihat selalu hendaknya ya.
Kenalkan nama aku Aril. Pernah meluah disini dengan tajuk luahan yang agak “menggelikan” bak kata sesetengah readers.
Part I ( https://iiumc.com/mengidam-
Part II ( https://iiumc.com/mengidam-
Part III ( https://iiumc.com/mengidam-
Part IV ( https://iiumc.com/mengidam-
Part V ( https://iiumc.com/mengidam-bau-ex-v/ )
So harini aku letak tajuk yang biasa-biasa jelah. Tak nak dah letak tajuk mengidam bau ex tu.
Luahan setahun lalu memang meletop habis. Aku tak sangka sampai kan media hiburan lain pun repost luahan tersebut.
Someone yang tahu dan kenal pasal aku dah suggest aku buat socmed dah. Boleh buat paid review katanya hahaha. Memang idok ler nak reveal identity ke public. Segan oii.
To be honest, luahan tu sekadar luahan yang aku nak meluah selain dari kakak dan ibu aku. Tiada niat nak aib kan sesiapa dan nak gain populariti, simpati dan sebagainya.
Okay tutup buku lama, kita buka buku baru.
Luahan kalini just quick recap untuk kejadian setahun lepas dan apa yang telah berlaku pada aku dalam masa setahun. Banyak perubahan, pola hidup dan kejayaan yang berlaku sebenarnya.
Kejayaan yang pertama ialah aku dah tamatkan zaman duda aku. Yeayyyyy.
1st October haritu aku dah selamat kahwin buat kali kedua. Kenal enam bulan lalu kat tempat kerja baru dan decide untuk kahwin selepas kenal hati budi, budaya, family dan sebagainya.
Korang minta aku bagitahu kan kalau dah kahwin. Ha, harini dah bagitahu dah. Sorry tak dapat jemput korang hiks.
Kejayaan kedua, selepas aku tamat Master aku bulan 2 lalu, aku berhijrah ke Europe untuk mula hidup baru.
Resign as Senior First Officer di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa dan berhijrah dan kerja sebagai Consultant juga di sebuah syarikat Aviation di Europe. Masih lagi actively flying but as hobby. Bukan lagi kerjaya.
Kakak dan ibu aku pun ikut berhijrah disini selepas ibu betul-betul retired bulan 3 dan selepas kakak aku lahirkan anak buah aku juga bulan 3 yang lalu. So, bermulalah hidup kami satu family di negeri asing.
Okay tu jelah aku nak update hahaha.
So kepada korang yang tengah lalui saat-saat sukar, just remember semua akan baik-baik aja kalau kita deal situasi sukar itu dengan cara yang betul.
Dalam setahun, banyak unexpected things yang berlaku. So, its depend on us how we want to “tackle” that unexpected things.
Thanks guys for the support and your kind words dekat 5 siri confession aku sebelum ni.
Semoga korang sihat selalu ya.
– Aril (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit