Setia Menunggumu

Bismillahirrahmanirrahim. Untuk para pembaca di sini, terlebih dahulu saya nak cakap kalau nak kecam saya, silakan. Sebab di sini saya hanya datang untuk menulis apa yang tersirat di hati saya yang beberapa tahun telahpun saya pendam sendirian.

Mesti ada yang cakap, kenapa pendam? Sebab saya rasa pendam itu lebih baik daripada meluah kepada sesiapa. Tiada siapa yang faham perasaan kita kerana mereka tak merasa apa yang kita rasa.

Dengan izin Allah, saya menulis apa yang terbuku di dalam sudut hati yang sangat dalam ini tanpa sesiapa pun tahu.

Saya gelarkan diri saya adalah “Aku” dan si dia adalah “H”. Aku Bunga, bukan nama yang sebenar. Aku rasa korang pernah dengar kan “perigi cari timba”. Itu adalah aku.

Selama aku kenal dengan si dia, tipulah kalau aku cakap tiada yang indah, ada itu ada. Tetapi bila di saat titik hujung aku tahu yang aku suka dia, satu per satu ujian perasaan datang.

Aku didatangi dengan kecoh pasal isu si dia sudah bertunang. Waktu tu seminggu dia tidak datang kerja. Aku dengar mulut orang yang cakap dia bertunang pada hari tersebut.

Waktu orang bercakap itu aku ada, dan mereka pandang aku. Aku tiada reaction sebab dalam hati sudah menangis, nak kata berkecai tu memang ada weyh.

Aku dengan si dia satu tempat kerja. Kami kerja di kedai bakery di Kota Bharu, Kelantan. Kami berdua anak kelahiran Kelantan. Nak dikatakan aku dengan dia yang terpaling muda, yang lain macam umur dalam 40–50 gitu.

Suatu pagi, ketika aku mahu pergi kerja, aku ternampak kereta dia di jalan. Dan aku masuk kerja, aku maklumlah dekat akak-akak yang dekat situ.

Waktu tu aku tak boleh nak sorok perasaan rindu terhadap dia. Memang sangat rindu, seminggu dia tiada di depan mata. Bila dah nampak memang akan excited laa, tapi lain pula jadinya.

Keesokan harinya dia datang kerja dan membawa berita yang dia telahpun bertunang. Ya Allah! Hati aku. Dan makcik-makcik kat situ bagitahu dia yang aku jumpa kereta dia, dan dia bagitahu yang kakaknya yang telah bawa.

Hari itu dia layan aku lain sangat, macam tak macam biasa selalu menyakat aku. Dan hari itu juga dia membawa berita yang paling mengecewakan aku. Dia datang kerja dan maklumkan pada kami yang dia nak resign pada bulan November 2024.

Korang boleh faham tak apa yang aku fikir waktu tu? Aku fikir yang dia akan kahwin. Memang! Dia bagitahu semua orang yang tanggal itu dia akan mendirikan rumah tangga.

Ya Allah! Waktu tu aku tak tentu arah sebab muka aku orang boleh nampak kalau aku terasa atau kecewa. Muka aku ada subtitles. Aku hanya diam dan tak beri apa-apa reaction.

Dia pandang aku! Waktu itu aku tak mampu nak menoleh dekat dia sebab terlalu kecewa dengan diri sendiri sebab tak boleh kawal perasaan bila sedih yang terlampau.

Dalam hati aku, “Ya Allah cepatkan masa aku nak balik rumah.” Waktu break dalam pukul 2, aku solat dan menangis atas sejadah, mengadu kepada Yang Maha Esa.

Ya Allah, dia buat hati aku seolah-olah hancur dan tak mampu nak mencantumnya. Aku minta dengan Allah kuatkan aku untuk beberapa minit sahaja lagi. Aku memang tak kuat nak berhadapan dengan dia.

Tanggal beberapa hari lagi nak masuk November, tanggal dia nak resign. Satu berita yang buat hati aku terpaling berkecai adalah berita tentang pertunangan dia tu adalah palsu.

Dan sebenarnya bukan dia, tapi kakak dia. Dia memalsukan berita itu semata-mata nak tengok reaction aku, mungkin nak suruh aku jujur tentang perasaan aku kot.

Excuse me! Aku perempuan, takkan aku nak mulakan dahulu. Kau lelaki, patutnya gentleman la, kaulah yang kena mula dahulu. Bila aku dapat tahu, dia cuba untuk mengambil tempatnya balik tapi tiada peluang.

Pada tanggal 1/11/2024, hari terakhir aku bekerja, dalam diam aku hantar notice dekat majikan aku yang aku mahu resign. Dia tak tahu pun.

Dia orang pertama yang terkejut bila berita itu tersebar. Dia ada tanya aku, “Why?” Aku diam, dan tidak memberikan apa-apa jawapan. Aku hanya pandang dia dengan senyuman yang kosong dan tak seperti dahulu lagi.

Malam 1/11 itu, WhatsApp-nya muncul di skrin telefon aku, “Aku ingatkan aku dulu yang undur diri tapi rupanya mung. Kenapa? Mung terasa dengan aku ke? Sorry buat mu terasa sebab aku nak tengok perasaan mu dekat aku.”

Dan aku hanya baca tanpa reply. Aku block nombornya sehingga sekarang.

Sebelum aku pergi, aku ada tinggalkan dan hadiahkan sebuah kotak yang berisi kertas. Kertas itu ibarat luahan hati aku. Aku lebih selesa meluah di dalam kertas tanpa meluah dari segi mulut.

Sebuah kotak kecil berwarna biru telahpun kawan aku serahkan kepadanya, tanda kalinya yang terakhir aku dan moment selama aku setahun bersamanya.

Selepas dia menerima kotak itu, kawan aku bagitahu yang dia cuba contact aku, tapi tak dapat sebab aku block dia di semua media sosial. Kerana aku telahpun nekad tidak akan mencarinya dan aku lebih menunggunya jika suatu hari nanti kami disatukan oleh Allah.

Mencintainya dan menunggunya tanpa bertemu adalah satu perkara yang paling indah. Dalam setiap solat aku, aku selalu memintanya dekat Tuhan agar dia menjadi takdir terakhir aku. Tak pernah skip.

Aku boleh tipu semua orang bahawa aku tak terkesan, tapi aku tak boleh tipu hati aku kerana perasaan sayang itu masih ada.

Kertas terakhir yang aku tulis sebelum aku serahkan kepada pemiliknya adalah bertulis, “Aku akan setia menunggumu agar mung benar-benar menjadi terakhir aku. Doakan aku success.”

Kini, aku membawa diri aku ke Selangor dan telahpun menjadi student IPT di Selangor dalam era degree. Luka dan perasaan masih ada dan tetap lagi menanti kehadirannya. Tetapi, aku tak terlalu berharap lagi sebab jodoh Allah yang tulis. Perasaan ini masih lagi utuh.

Dan aku dapat tahu daripada member aku yang dia telahpun dapat kerja yang elok sekarang. Alhamdulillah, rezeki dia setelah dia resign tempat lama.

Member aku bagitahu, dia cuba mencari contact aku, tapi tak dapat sebab aku block. Aku block bukan sebab apa, sebab tak nak lagi berharap kepada seseorang yang belum pasti untuk aku.

Tapi aku setia menunggunya tanpa berhubung. Bagi aku, menunggunya tanpa berhubung adalah perkara yang baik tanpa kecewa. Kini aku student IPT yang tengah di semester ke-3, dalam jurusan Halal Executive.

Alhamdulillah, rezeki aku dekat sini makin melimpah tanpa aku memikirkan orang lain. Aku pun telah melupakan perkara yang lepas.

Bagi aku itu adalah satu cara untuk mendewasakan aku soal perasaan, lebih mengenal perasaan sendiri, dan rawat hati sendiri dahulu sebelum jaga hati orang.

Sekarang aku lebih berhati-hati berkawan, dan tidak terlalu rapat. Sejak hari itu aku memang tidak mengambil tahu tentangnya lagi sehingga ke hari ini.

Doakan aku terus success dan dapat menjadi Pegawai Halal Executive suatu saat nanti, dan doakan aku juga semoga suatu saat nanti Tuhan temukan aku dengan si dia buat kali yang ke-2.

Terima kasih kerana telah membaca, mendengar luahan hati aku yang tak pernah aku storykan dekat sesiapa. Aku percaya satu benda ini: Cinta sejati itu wujud. Semoga suatu hari nanti kami ditemukan walaupun bukan disatukan.

Semoga Allah terus kuatkan aku untuk menjadi seorang wanita yang kuat dan independent. Semoga aku sekuat Siti Aisyah, dan semoga Allah satukan cinta kami seperti cinta Rasulullah dan Siti Aisyah, serta Yusuf dan Zulaikha.

Terima kasih kerana membaca dari awal sehingga akhir. Sampaikan salam saya kepada yang membacanya. Mungkin ini kali pertama saya menulis di sini, dan ini jugalah kali terakhir saya menulis lagi. Doakan saya success! Thanks love ❤️

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *