Hi korang. Firstly terima kasih kepada admin jika luahan ini disiarkan.
Okay, call me P. Tak tahu nak luah ke nak mintak pendapat. Korang pernah tak bercinta jarak jauh? Ala orang panggil LDR.
Tapi untuk versi aku, kami masih bercinta, belum kahwin. And hubungan kami tahun ni dah masuk 7 tahun.
Orang kata LDR ni sangatlah susah kalau korang jenis susah nak setia & jujur. Tapi untuk aku, benda ni simple saja.
Sepanjang 7 tahun perkenalan kami, aku tak pernah langsung curang dengan si dia.
Benda ni very simple untuk aku sebab aku pun jenis tak suka keluar rumah kecuali keluar dengan parents or kawan-kawan perempuan. I think si dia pun sama macam aku, setia.
Sebelum lupa, aku dengan si dia LDR sebab dua-dua jauh. I’m from borneo & he stays johor.
Nak dijadikan cerita, masuk tahun ke 3 kami bercinta si dia start bagitahu yang parents dia dah start cakap pasal nak kenalkan dia kat someone tapi secara halus.
Aku masa tu rasa still okay and ignore saja sebab mungkin si dia just nak takut-takutkan aku.
So hubungan kami mula-mula dingin tapi tak lama lepas tu smooth macam biasa sampai ke tahun 2019.
Si dia ungkit balik sebab parents dia dah push suruh cari calon isteri dengan alasan umur si dia dah makin meningkat.
His parents siap offer nak tolong bawak dia jumpa calon & prepare everything for him, tapi dia still tolak sebab masih fikirkan aku.
Si dia pernah ajak aku kahwin but at the same time si dia seolah-olah cakap i need to find a better job sebab selama kami bercinta aku masih kerja biasa-biasa saja after grad sampai sekarang.
Mungkin sebab tu jugak si dia tak pernah kenalkan aku dengan parents dia.
Sebab lain si dia suruh aku cari kerja yang lebih baik dari kerja yang sekarang is sebab si dia pun kerja cukup makan.
Yes, si dia mengaku yang dia tak mampu nak proceed hubungan kami ke next step disebabkan jarak hubungan kami,
& after marriage nanti si dia memang akan suruh aku kerja sebab dia rasa tak mampu nak sara aku if dia sorang yang kerja.
Aku sangat-sangat down & buntu masa tu. Aku masih kerja biasa. Aku rasa sangat tak berguna.
Bila bincang pasal benda ni, hubungan kami memang akan dingin untuk seketika, seperti tahun sebelumnya. Aku tak tahu nak buat macam mana dah.
Kadang-kadang aku rasa nak redhakan dia untuk cari org lain tapi aku still sayang dia.
Nak dirayu untuk stay, hubungan ni macam tak ada penghujung, aku tak nak jadi selfish.
Doakan aku kuat & semoga ada penyelesaian kelak. Aku penat dengan diri aku. Semakin tua, tak berkerjaya, tak berjaya & tak berduit. Serba kekurangan.
– P (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit