Assalammualaikum semua. Aku kenalkan nama aku Suri (bukan nama sebenar). Aku dah banyak kali nak share cerita aku kat sini, tapi tak berkesempatan. Semalam bila baca satu confession ni, terdetik buat aku untuk cerita pengalaman aku.
Aku dah berkahwin, alhamdulillah masuk tahun yang ke 10. Suami aku kerja di Jabatan Perdana Menteri. Dari staff yang bermula dari bawah sampai dia dapat jawatan yang tinggi (berkat doa seorang isteri dan mak).
Tapi disini lah bermulanya episod rumahtangga kami goyang, suami mula tunjuk perubahan sedikit demi sedikit (ya begitulah orang lelaki bila dah senang sikit – tapi tak semua lelaki begitu)
Aku dapat tangkap dia kantoi dengan si J (cik adik manis) bila suami mula start sorok hp, tukar password hp dan tak banyak cakap dengan aku (ini tanda² awal ye gais kalau depa start nak curang)
Bila aku dapat tahu tipulah kalau aku tak mengamuk, menangis mata bengkak jangan dicakap, makan semua aku skip. Suami yang aku sayang, aku terima dalam hidup aku sanggup tipu, khianat aku macam tu je.
Apa salah aku? Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut aku masa tu. Suami diam tak boleh jawab (masa ni aku rasa nak lenyek je dia)
Suami aku baik, datang dari keluarga yang baik baik. Keluarga mertua aku baik. Semua sayang aku. Suami aku tak pernah abaikan segala keperluan aku, tapi disebabkan seorang PEREMPUAN dia berubah menjadi seorang yang kasar.
Aku pernah kena cekik, kena tolak dan aku pernah lari rumah sebab aku rasa aku dah tak diperlukan lagi dalam hidup dia (gila sedih wei part lari ni, dia tak peduli pun aku)
Kesilapan aku, aku terlalu memberi kepercayaan 100% pada suami. Big mistake aku. Aku akui. Aku tak pernah letak rasa curiga walhal aku ni cemburu yang amat sangat. Entah, aku rasa masa tu dia suami aku, aku kenal dia, dia takkan khianati aku, dia takkan tipu aku. Tapi semuanya hancur sekelip mata.
Miss J masih menganggu kami walaupun suami kata dia dah takde hubungan lagi dengan Miss J. Masa ni janji bintang bulan lori kontena pun aku dah tak percaya. Sekali je aku kena tipu selamanya aku takkan percaya dah. Sakit kot kena tipu.
Miss J ni biasa² je orang nya, nama lagi J kan. Kalau nak compare dengan aku ni ntahla sampai orang cakap suami aku buta ke? Haaa gitulahh. Ada yang suruh aku pergi berubat. Ya aku pergi dan memang ada ‘sesuatu’ yang Miss J buat pada suami aku
Aku pendekkan cerita, diorang dah pun berkahwin. Dah 4 bulan. Baru saja. Aku tak sangka akhirnya aku dimadukan. Mimpi ngeri woi masa ni. Korang mesti ingat aku tarik diri kan? Walaupun itulah yang aku nak disaat sekarang. Hati aku kosong.
Berkali² aku cakap dengan suami tolong lepaskan aku tapi dia tak nak. Dia tetap sayang aku sampai bila². Aku tak terkesan dengan ayat ‘sayang’ tu. Aku decide untuk stay walaupun perit demi anak aku.
Walaupun ada yang kata jangan seksa diri sendiri, kau layak bahagia, kau cantik, please move on. Tapi bagi aku diorang tak duduk ditempat aku. Anak aku perlukan ayah. Tapi aku serahkan semuanya pada Allah biar masa tentukan
Kehidupan poligami aku kucar kacir. Aku berubah jadi orang lain. Keadaan ekonomi suami mula goyah. Warning letter dari bos akhirnya sampai. Gaji tak pernah cukup. Hutang keliling pinggang.
Aku tak percaya pada karma tapi aku percaya Allah akan balas setiap perbuatan suami yang menyakiti hati isteri nya sendiri. Allah tarik sikit demi sedikit rezeki tu. Itu yang aku nampak apa yang jadi pada suami aku. Saving aku semua habis. Sebab tampung sana sini
Sekarang aku diuji lagi. Ujian yang buat aku terduduk dan rebah. Kekuatan aku hanya pada Allah ketika ni. Suami aku di tangkap atas kesalahan rasuah. Kenapa aku diuji lagi? Itu soalan bodoh yang aku selalu tanya.
Allah uji sebab aku mampu. Itu yang ada dalam Al Quran. Dan Allah nak suami aku ‘berehat’ dari dunia luar untuk dia muhasabah diri. Masa ni aku dah tak berdaya menangis lagi. Suami aku yang banyak nangis minta maaf dengan aku waktu aku melawat dia.
Aku tak tahu mana air mata aku ketika itu. Sebab aku dah puas menangis depan suami aku sebelum ni tapi sikit dia tak peduli. Sekarang setiap kali aku melawat dia perkataan MAAF tak pernah lekang dari mulut dia. Aku sentiasa maafkan dia. Sebab aku tahu aku bukan siapa²
Macam mana dengan Miss J? Aku tak ambil tahu pasal dia. Dia ibarat parasit dalam hidup aku. Bukan aku tak cuba berbaik tapi bila orang dah ambil hak orang ni sedikit tak nak beralah korang faham² sendiri lah.
Suami aku nak hantar anak pergi hospital pun Miss J keluarkan fatwa hukum sendiri korang rasa apoooo? Biar dia dengan kehidupan dia, aku tenang dengan anak aku. Sekarang baru adil bila masing² suami takde. Sebelum ni memang tak pernah adil pun suami aku dalam poligami
Buat suami, saya dah memaafkan awak. Ikhlas hati ni tiada dendam. Tapi parut yang awak tinggalkan selamanya akan kekal. Sakit yang saya rasa sampai sekarang hanya Allah saja tahu.
Saya isteri yang tak sempurna. Kalau awak cari yang sempurna, bukan saya. Saya banyak kesilapan yang patut awak betulkan, bukan biarkan. Terima kekurangan saya bukan bandingkan
Buat Miss J, saya tak tahu awak dimana dan saya tak nak tahu. Saya dah maafkan segala kesalahan awak pada saya. Segala tohmahan, tuduhan awak pada saya, saya serahkan pada Allah. Allah Maha Adil. Tiada niat dihati saya untuk balas dendam, biar masa menentukan. Semoga kita tidak berjumpa lagi
Buat para suami diluar sana, hargai lah isteri anda. Itulah orang yang anda pandang bila bangun pagi. Itulah orang yang tak pernah penat berada dibelakang anda. Itulah orang yang membawa anak anda 9 bulan.
Itulah orang yang bertarung nyawa hidup dan mati. Itulah lubuk rezeki anda. Itulah penyeri anda. Terimalah dia seadanya. Terimalah segalanya yang ada pada dia saat anda ambil dia dari kedua ibu bapa nya
Tolong doakan aku kuat, anak aku kuat untuk kami lalui ujian ni. Anak aku dah mula rindu daddy dia. Hati aku luluh setiap malam dia akan cakap ‘rindu daddy’ . Doakan semoga ada kebahagiaan untuk kami sekeluarga selepas ni. Aku yakin dengan janji Allah
Aku share petikan dari Ustazah Asma’ Harun,
“Jangan sesekali menilai dan menghukum manusia lain tidak SABAR dan REDHA dengan UJIAN, sedangkan ALLAH tidak begitu pada hambanya, ALLAH Maha Memahami”
– Suri (yang masih berjuang) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit