Setia vs Nafsu vs Agama

Hi, harap admin dapat siarkan confession aku. Aku John (bukan nama sebenar), umur 24, muslim sejak lahir dan masih dalam usaha mematuhi agama.

Lately ni memang banyak sangat confession yang berbaur curang especially yang dah kawin. Curang bukan kaleng-kaleng, bahkan sampai ke katil pun ada…

Confession aku pula bukan nak cerita pasal diri aku yang single memanjang.. Tapi nak cerita pendapat aku saja.

(Spoiler: aku bukan mufti yang tetapkan hukum, kita semua ada akal fikiran yang dikurniakan tuhan, and maybe boleh jadi akal fikiran aku tak sama macam korang semua). Apa-apa pun kita setuju yang agama itu betul, walaupun manusia yang buat agama nampak tak betul.

Bagi aku kesetiaan ni lebih mahal dari agama (seseorang), dont get me wrong. Aku tak cakap agama ni lebih rendah, tak. Sebab agama ni dah benar sahih dan bukan benda main-main.

Maksud aku kesetiaan tu lebih mahal dari agama is like ada saja orang yang setia, takda agama pun tetap akan setia dengan pasangan dia.

Dan juga sebaliknya orang yang beragama pun kadang boleh gunakan alasan sunnah untuk kahwin lain.

Dont get me wrong, let me explain. Agama itu betul, tapi zaman la ni orang yang buat agama sendiri gamaknya…

Contoh 1 paling senang, bila perempuan nak kawin, mesti dapat restu wali kan?

Kalau tak dapat, mesti kita tengok banyak kes pasangan tu kawin siam bagai konon nak halalkan cinta cintun monyet dorang yang tak direstui parents.

Last-last apa jadi? Tak bahagia. Susah sana sini, semua benda tak jadi. Mesti ada saja benda yang tak kena. Nak bahagia bila dah halal konon, last-last tak bahagia.

Sama saja sebenarnya untuk kes kawin lebih dari 1, ingat senang? Cari wali saja cukup? Ingat habis kat situ saja?

Salah bro…. Kene mintak restu bini 1 dulu. Baru bapak bini2 dan seterusnya…. Kalau tak, sama saja macam contoh 1 tadi,

Confirm akan ada benda tak kena dengan poligyny tu, anak-anak tak happy, gaduh pasangan sana-sini, tak cakap diam seribu bahasa, dendam dengki, hilang kepercayaan, anak-anak jadi masalah, mentally, emotionally, financially, everything.

Akan ada saja tak kena. Again, macam kebahagian tu hilang. Maka hari-hari lah kluar confession krt ulang alik cerita sama, cuma beza masa saja. Ada yang dah kawin 30 tahun, ada yang baru kawin 2 hari.

Nape ye orang nak buat agama sendiri nak menangkan nafsu dengan mempergunakan alasan agama yang kononnya kawin ramai itu sunnah?

Lupa ke yang sunnah pertama yang Nabi ajarkan ialah setia pada isteri pertama iaitu Khadijah? Bahkan bila Khadijah meninggal, ambil masa 3 tahun baru nabi kawin baru.

Dan kawin baru pun Aisyah (binti Abu Bakar) masih belum umur baligh, maka baginda saw practice poligyny. Wali Aisyah, iaitu bestfriend nabi sendiri, Abu Bakar, yang mempersetujui anaknya di jaga baik oleh Nabi, maka blessing dah di situ.

Benda what about zaman la ni punya procedure? Ada dapat consent dari bini first tak? Or ada tak cakap kat wali bini bini kau masa nak ‘aku terimanya nikah pertama aku ni, dengan pasang niat aku memang akan kawin lain kalau anak pakcik buat hal’, ada? Tak de kan?.

Kau ambil anak orang, kau jaga baik macam anak sendiri. Kau kalau boleh bila anak kau nak kawin nanti kau pun tak nak lepaskan sebab silap-silap kau pun tau kau perangai macam tu.

Sebab tu kat malaysia ni bila nak kawin lain biasanya ada procedure ketat (financially and also genetically),

Either sebab kau memang mampu and bini kau tak kisah duit dah berkepuk-kepuk semua negara dah fly sama-sama dah rumah beli sana-sini shopping macam beli ikan kat pasar, boleh lah kau bantu perempuan lain, yang hidup susah.

Or kau dan bini dah usaha bertahun-tahun nak dapatkan anak tapi rezeki korang bab anak tak dapat juga dah cuba ikhtiar cara medical, cara suplemen, cara posing, cara traditional, cara sports healthcare apa kejadah semua tak menjadi juga,

Ha ambillah anak angkat. Sebab ramai sangat anak angkat yang takda makpak yang boleh dihalalkan pertalian mahram melalui susu bini.

(banyak saja suplemen untuk bagi isteri yang takleh pregnant untuk kluarkan susu naturally).

Solution dah ada kat situ. Still kau nak menangkan nafsu tu nape?

Aku tau akan ada lelaki yang cakap ‘tapi bukan genetik aku’ okay. Kau kawin la lain. Bini kau kena la dipujuk untuk terima atau kalau dia tak bagi, no prob, end it there, bukan kawin belakang. Kau lelaki kan?

Lelaki sejati akan face ur problems. Bah kata roronoa zoro, ‘parut dari belakang adalah penghinaan untuk seorang lelaki’. Maksudnya kau takleh attack belakang kalau kau lelaki sejati. Kau berdepan.

Come on la jaga la nama baik lelaki. Aku penat dengar perempuan tak habis-habis nak persalahkan lelaki sebab alasan nafsu ni. Pastu tak pasal-pasal perempuan cakap ‘semua lelaki sama saja’.

Habis tu aku ni apa? Pondan? Korang ingat aku menyingle lama ni sebab aku takda nafsu? Aku hormat perempuan la sebabtu. Aku nak jadi duit berkepuk-kepuk dulu baru fikir kawin.

Kalau ye pun aku nak fikir nafsu aku just lepaskan kat waifu-waifu hololive comei aku online.

Takde plak aku nak stalk perempuan yang bukan bini aku kat twitter/ koleksi melayu yang eventho pakai tudung tapi pengumpul gambar2 ni dah repost dengan caption ‘kalaulah dapat bini comei macam ni, hari2 abang boleh jalan’. Otak kau.

What about young adults baya aku. Macam member-member aku couple dah pun main macam laki bini. Bagi aku, nasihat aku untuk semua, tak kira lelaki atau perempuan, selagi boleh jaga please la jaga.

Aku tengok ada member aku yang serius alhamdulillah dah kawin, tapi 3-4 tahun dalam process nak kawin dah terkumpul dosa, sekarang aku tengok dorang diuji dengan anak gugur dah 3 kali, last2 anak first dorang anak syurga (oku mental).

Hari2 nangis bini. Mula lah salahkan genetik sana sini datang dari keluarga belah kau, kelarga aku semua sihat-sihat belaka.

Tapi aku tak hina, just aku nampak tu maybe cara Tuhan untuk ingatkakn kita pasal dosa lama kita, maybe Tuhan uji sedemikian untuk kita sama-sama tangisi dosa kita dan kembali kepada-Nya, nasib member dan bini dapat kaunseling sebab hampir cerai.

Mana cinta bahagia yang korang buat 3-4 tahun bergelimang dosa, kejap saja Allah uji sikit, hilang semua cinta jadi salah menyalahkan. Ingat, Allah tak uji, melainkan Allah tahu kita mampu mengharunginya.

Member-member yang tahu perangai bujang dia dengan awek (masa tu) sekarang dah kawin, pun mengata sekarang. ‘berani buat brani tanggung’ nauzubillah…

Again bukan nak hina anak2 syurga, tapi itu mmg stigma masyarakat… ada saja orang yang Allah uji diberi anak syurga sebab Allah nak naikkan darjat mereka. Tapi macam kes member aku ni ha…

Member-member semua mengata sekarang. Acah diri suci. Nasib aku diam saja (tapi citer balik kat confession tanpa buka nama, moga kita semua ambil pengajaran)

Tapi ada pulak member aku dah all out dapat gf yang beria layan nafsu acah laki bini. Kau pun all out jadi laki baik habis semua duit kat dia konon nak tanggungjawab. Satu sen pun kau tak da. Semua belanja demi happykan perempuan yang belum kau punya pun.

Last2 gigirl tu ha yang curang sebab time covid tak dapat. Kita laki bro mana orang nak percaya kita. Last2 member kecundang masuk hospital overdose pastu lemah jantung. Ha perempuan, jangan ingat lelaki takda perasaan. Kesian member sekarang sangkut isap batu hari-hari…..

So apa-apa pun nafsu tu semua orang ada, just salurkanla ke tempat yang betul. Ingat setia ni dipandang mulia, tapi nafsu sentiasa akan dipandang hina. Walaupun cara halal, (because of the stereotypes ketidakadilan yang berlaku.)

Kalau kau nak kembali kepada agama elokla tu, sebab agama dah betul dah…. Manusia yang selalu rosakkan pandangan agama. Kalau nak polyangyny pun buat cara diredhai isteri dan keluarga semua pihak.

Bukan sendiri buat keputusan. Kau tak hidup sorang bro. Kau mati bini juga yang urus. Melainkan jenazah kau memang dah kena urus siap2 dengan bini sebab request nak kawin lain. Slamat la kau

Ikhlas dari John, doakan juga aku diampunkan dan dihindari dosa yang tak sepatutnya.

– John (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *