Setiap Apa Yang Terjadi Ada Hikmahnya

Assalamualaikum semua , terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan untuk dikongsi bersama. Saya adalah lulusan ijazah yang tidak bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan skop kursus semasa belajar di universiti.

Dahulu saya beranggapan lepas konvokesyen mungkin saya dapat bekerja dalam bidang yang dipelajari. Tetapi selepas, grad nak dapat pekerjaan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap tahun akan ada graduan baru yang job hunter. Ok persaingan agak tinggi. Pernah saya menganggur hampir setahun. Selepas itu, saya diterima kerja di sebuah sekolah agama sebagai guru. Sebenarnya saya dapat 2 tawaran. Mula2 saya terima tawaran sebagai CRM di sebuah company yang agak berprestij tetapi hanya bertahan 1 minggu. Dlam masa bekerja itu, saya dapat tawaran mengajar di sekolah agama. Nak dijadikan cerita, guru kanan sekolah tersebut merayu supaya saya mengajar di situ kerana mereka kekurangan guru. Tanpa berfikir panjang sya terus resign dan pergi mengajar. Dalam hati, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Pertama kali jejak kaki ke sekolah tersebut memang agak sayu, keadaan sekolah yang tidak berapa sempurna.

Terdetik juga betul ke pilihan aku buat ini. Famili memang tak setuju la apabila saya mengajar sebab lari bidang. Tetapi saya teruskan mengajar. Walaupun gaji permulaan agak kecil lebih kurang RM600 tetapi sentiasa mencukupi. Bila saat rasa seperti gaji tidak mencukupi tiba2 ada je rezeki yang datang dalam bentuk yang tidak disangka.

Memang kadang kala stress dengan budak yang agak nakal tetapi kenakalan mereka sentiasa membuat hati tersenyum. Saat saya rasa seperti ingin berputus asa, mereka mengajar saya untuk terus berusaha. Pelajar saya kebanyakan datang daripada pelbagai latar belakang. Ada yang anak yang tidak sah tarafnya, ada yang datang dari keluarga yang bermasalah dan juga autism tetapi mereka ini sentiasa tersenyum. Agak mencabar sebenarnya untuk mengajar kerana mereka lebih suka bermain. Hikmahnya saya menjadi lebih penyabar sebelum ini agak panas baran dan menjadi lebih penyayang.

Tetapi semua ini bertahan hampir 1 tahun setengah. Apabila menjadi guru favorite, rupanya dlm kalangan rakan sekerja ada yang tidak berpuas hati. Konflik mula terjadi sehingga saya difitnah dan diberhentikan kerja. Memang agak ralat, semua usaha yg kita lakukan tiada yang menghargai. Walaupun pihak pengurusan tidak menghargai pengorbanan saya, tetapi cukuplah kerana saya mendapat penghargaan daripada waris dan pelajar saya sehingga ada yang menawarkan supaya mengajar tuisyen di rumah mereka.

Terubat hati, apabila terjumpa bekas pelajar yang masih datang bersalam dan menghormati kita sebagai guru. Sehingga ada yg membuat group whatsapp guru kesayangan kami.

Ya, mungkin ada hikmahnya kenapa saya diberhentikan dan sekarang saya dlm penubuhan syarikat sendiri walau pun syarikat kecil sahaja. tetapi saya percaya tidak mustahil akan berkembang menjadi lebih besar. Percayalah rezeki kita sudah ditetapkan yang pasti usaha. Kepada adik 2 yang masih mencari kerja. Usaha la, jangan berputus asa. Tidak perlu kabel semua itu untuk mendapatkan pekerjaan kerana kita punyai kabel terbesar iaitu Allah. Yakin lah rezeki Allah itu luas. Jangan malu untuk bekerja dalam bidang berbeza kerana mungkin ia akan menjadi batu loncatan untuk ke fasa yang lebih baik. Sabar, usaha, doa dan tawakal harus seiring untuk berjaya di dunia ini.
Sekian terima kasih kerana sudi membaca.

– Cik Bintang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit