Setiap Orang Mula Dari Kosong

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Terima kasih dekat admin kalau postkan cerita aku ni. Confession aku ni lebih kurang samanya dengan confessor yang sebelum ni.

Masa sekolah rendah, aku boleh dikatakan pandai. Top 3 memanjang dalam setiap exam. Darjah 6, semua test, trial aku dapat 5A. Alhamdulillah UPSR pun 5A.

Masuk tingkatan 1, aku masuk sekolah harian kategori sekolah elit. Budak-budak 5A je masuk sekolah ni. Tapi masa ni aku penat sebab sekolah jauh. Aku kena travel naik bas ke sekolah pukul 6.15 pagi. Balik petang sebab kena tunggu ayah aku habis kerja pukul 5, baru balik rumah. Dalam pukul 6 lebih jugak lah baru sampai rumah. Aku tak bawak homework balik rumah sebab aku akan siapkan homework dekat sekolah sementara tunggu ayah aku. Aku okay je semua subjek kecuali matematik. Aku rasa bodoh math aku mula time tu. Homework memang la boleh buat sebab ikut guideline buku teks/latihan. Tapi bila test/quiz memang aku tak tahu. Selalunya time quiz, aku tanya budak meja sebelah je. Sebab nak lepaskan diri. Masuk form 3, aku ambil tuition. Time tuition baru aku rasa bercahaya sikit result math aku untuk PMR. Dan Alhamdulillah. Aku dapat 8A.

Masuk form 4, aku dapat tawaran MRSM. Aku tak nak. Tapi ayah aku nak sangat aku masuk MRSM. Aku tak nak sebab aku nak stay sekolah lama. Nak ambil aliran sains dan aku nak add on lukisan kejuruteraan. MRSM mana ada subjek tu. Disebabkan ayah aku, aku masuk jugaklah MRSM. Masa masuk tu, aku homesick, tapi aku rasa homesick tu tak seteruk keinginan aku yang memang nak keluar dari sekolah tu.

Aku jumpa kaunselor hampir setiap hari. Bila start kelas, subjek yang paling aku tak dapat terima, add math. Senang cerita, cikgu dia tak best. So, aku jadi tak minat subjek tu. Aku tak kawan dengan budak2 homeroom aku. Aku kawan dengan budak2 homeroom lain. Sebab budak perempuan homeroom aku acah2 diva.

Kawan2 aku yang bukan dari homeroom aku tu sangat baik. Nak fly prep pun sama2. Roommates aku pun baik2. Masa nak final exam form 4, roommates aku lah yang gigih ajar aku add math. Aku belajar dengan dia last minute betul2. Malam before exam tu aku dah give up. Nak fail pun fail lah. Tapi aku terbangun pukul 3-4 pagi macam tu. Tiba2 aku rasa cukup2 makan is better than fail. Aku kejut roommate aku yang paling pandai add math, then dia sabar sangat nak ajar aku. Bayangkan, setahun form 4, dan aku memang tak dapat tangkap langsung apa cikgu add math tu ajar. Bila results final keluar, alhamdulillah aku dapat C kot time tu.

Masuk form 5, tengok2 cikgu tu jugak mengajar balik. Kelas dah pecah, dapat kawan baru. Sebab curiosity tinggi about couple, aku pun couple. Bagi aku, couple tu tak ganggu aku belajar pun. Tapi aku jadi jahat la sebab dating. Add math aku memang teruk lah. Hujung form 5, aku kena masuk ala2 intensive class, cikgu lain yang ajar. Aku rasa aku kot yang paling bodoh dalam intensive class tu. Lepas tu, ada satu minggu aku kena gantung sekolah sebab salah satu daripada berpuluh-puluh crime yang aku buat. Aku tak malu pun sebenarnya. Aku jadi heartless bila masuk asrama. Tapi bila habis je tempoh kena gantung tu, aku masuk kelas macam biasa. Classmates aku okay je. Dia orang tahu cerita kena gantung tu macam mana. Yang masalahnya, cikgu intensive class tu. Dia start pandang aku lain macam. Habis kelas, aku tanya kawan aku, kenapa cikgu tu macam tu. Kawan aku cakap, masa aku tak ada, cikgu tu cakap buruk pasal aku. Lebih kurang, “badan je kecik, perangai teruk, belajar pun teruk.” Aku hilang respect dekat cikgu tu. Aku baru datang kelas dia sekali je sebelum kena gantung tu. Dan dia boleh cakap macam tu dekat aku. Next kelas dia aku tak datang, aku duduk dekat bilik kaunselor. Cikgu kaunselor aku baik sangat2. Dia yang inform cikgu add math tu, aku duduk bilik kaunselor. Lepas2 tu pun aku tak datang kelas dia, duduk bilik kaunselor. TPHEA pun tak cakap apa sebab dah aku cerita semua dekat kaunselor. Aku rasa cikgu tu kena sound kot. Preparation SPM aku untuk add math, aku baca dan hafal je semua jalan kira tanpa memahami satu benda pun. Result SPM aku, 5A+ 3B+ 1C+. C tu chemistry, add math aku B+. Bangga la jugak sebab aku baca je add math tu.

Lepas tu, aku masuk matrik. Sini pun masalah math aku tak dapat diselesaikan. Jadi untuk final pun aku guna teknik baca dan hafal.

Lepas matrik, aku dapat IPTA. Aku masuk dan alhamdulillah, classmates aku sangat baik untuk ajar aku calculus. Macam biasa. Untuk final, aku hafal je steps nak selesaikan soalan. Alhamdulillah. Dah konvo pun aku baru2 ni.

Aku nak cakap dekat sini,
1. Cikgu2 atau sesiapa sahaja. Janganlah judge seorang student atau orang lain. Manusia yang paling jahat dekat dunia ni pun ada sebab dia tersendiri kenapa dia jadi jahat. Kalau pelajar tu bodoh, tolong dia bukan pandang serong atau cakap benda buruk pasal dia.

2. Kawan. Bagi aku ni memang faktor penting dalam hidup. Alhamdulillah. Sepanjang aku hidup, aku dapat kawan2 yang sangat baik. Kalau nampak kawan kita struggle atau macam bendul sangat nak belajar, join dia study, tolong dia.

3. Diri sendiri. Give up and that’s the end. Percayalah, kalau kita tak give up, kita akan sentiasa jumpa penyelesaian untuk masalah tu. Tunggu and go with flow. Masa tu milik Allah, bukan milik kita.

4.Sejujurnya banyak kali aku nak give up belajar. Tapi bila fikir2 balik, kalau dikira, mak ayah aku dah habis berjuta agaknya nak sekolahkan aku dari tadika sampai aku konvo degree. Cara paling senang nak balas jasa, get a job. Bagi layanan kelas pertama dekat mak ayah. Doakan kebahagian meraka dunia akhirat.

Terima kasih sebab sudi baca confession ni. Peace.

– Alisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit