Setiap Ujian Ada Hikmahnya II

Merujuk kepada coretan Hawa seperti membaca tentang diri sendiri. Aku gelarkan diriku kasih. Umur aku sebaya Hawa dan tahun perkahwinanku juga sebaya Hawa. Beza kami, aku sudah mempunyai seorang anak.

Di tahun ke empat perkahwinan terbongkar yang suamiku mengambil syabu. Aku seorang yang polos (mungkin bodoh). Aku terjumpa pek kecil-kecil di dalam beg kerja suami. Di dalamnya ada serbuk putih. Aku betul-betul ingin tahu apa yang aku jumpa dalam beg tadi. Aku ambil gambar dan wasap kepada suami. Suami cuma menjawab ‘kawan punya’. Aku tak berpuashati lantas aku google dan betapa tekejutnya aku, ia sejenis dadah.

Bermulalah episod suamiku seorang penagih. Suamiku orang terpelajar berpangkat tinggi, tidak tinggal solat dan sangat penyayang. Sepanjang berkahwin hampir 60% kerja rumah suami yang buat. Aku memang pelik bagaimana dia yang pulang dari kerja punya tenaga extra untuk membantu aku buat kerja dirumah. Anak kecil lagi, ada kerja-kerja rumah yang terpaksa aku tinggal untuk dilakukan esok contohnya sidai pakaian atau mencuci pinggan. Tetapi semua suami akan selesaikan sejurus dia sampai rumah. Kadang-kadang siap mop 1 rumah. Tak pernah sama sekali merungut. Aku yang jadi malu bila perkara tu berlaku.

Suamiku bukan bekerja di ofis sahaja kadang kala seharian dia di site kadang-kadang sehingga 2-3pagi sehingga projek siap. Tapi tenaganya memang amat luar biasa. Dia boleh tidak tidur 2 hari berturut-turut. Dan semua ini disebabkan serbuk putih dalam paket kecil.

Aku sangat-sangat risau jika suami aku menjadi ketagih. Aku sangat risau jika dia bertukar menjadi seorang yang lain. Sangkaan aku menjadi kenyataan. Satu hari kad atm aku hilang (untuk pengetahuan pembaca, aku juga bekerja office hour). Hati aku kuat kata suami yang ambil. Kami bergaduh besar malam tu. Aku tunjuk semua bukti yang aku kumpul selama ni. Dari pek-pek kecil, perbualan wasap dia dengan supplier, kawan-kawan yang kenalkan dia dengan perkara terkutuk tu. Dia betul-betul marah malam tu. Dia dah hayun tangan untuk memukul aku dan tindakan reflek dari aku, aku tendang perut suami. Aku pernah belajar taekwondo semasa di universiti dan aku tak kan sesekali membenarkan suami memukul aku.

Suami terus meluru keluar dari bilik kami dan ke bilik lain untuk mengunci diri. Aku nangis sepuas-puasnya sebab sebenarnya aku juga jumpa wasap suami dengan perempuan lain. Suami aku juga aktif main judi online aku betul-betul tak sangka. Telefon suami ada password dan sebelumtu aku bole buka. Tapi selepas dia beli telefon baru dan gunakan cap jari sebagai password aku memang dah tak bole nak periksa lagi. Satu hari selepas guna telefon suami tinggal diatas katil dan telefon masih belum lock. Masa tu lah aku bongkar sehabisnya. Aku ambil telefon aku dan ambil gambar semua bukti-bukti.

Aku buntu malam tu, aku tak boleh tidur. Aku buka balik gambar dari kami bercinta sehingga kini. Tiada cacat celanya. Aku betul-betul tak sangka ujian begini yang aku akan alami.

Kami bercinta dari universiti dan aku yakin aku kenal hati budi suami aku. Tapi manusia berubah aku tak boleh nafikan tu. Aku bertahajud malam tu minta ALLAH kuatkan hati aku dalam menghadapi ujian dariNYA. Aku sangat cintakan suami dan aku bertekad untuk selamatkan suami. Aku juga berdoa agar ALLAH lembutkan hati suami untuk terima bantuan aku.

Aku memang tak boleh tak bercakap dengan suami. Aku buang semua ego aku dan aku sedia maafkan semuanya dengan meminta maaf atas tindakan aku. Ye, aku yakin meminta maaf adalah salah satu cara untuk lembutkan hati suami. Seusai subuh aku ketuk bilik yang dikunci suami. Suami tak buka dan tak respon. Aku mencari kunci bilik dan buka. Suamiku sedang tidur dan ditangannya ada alat untuk menghisap serbuk putih. Aku kecewa, hati aku dikoyak-koyak tak terkata. Aku tarik nafas ambil fon dan ambil gambar suami dalam keadaan begitu. Masatu aku juga terfikir untuk minta dilepaskan sekiranya membantu suami sampai ketahap buntu. Dalam keadaan begitu sukar untuk berbincang dengan suami.

Anak aku hantar ke pengasuh dan aku mengambil cuti. Suami pergi kerja seperti biasa. Perkara pertama yang aku buat ialah ‘bersihkan’ rumah. Aku buat spotcheck di setiap tempat, setiap celahan beg, buku-buku suami, plan-plan yang memenuhi ruang kerja suami. Apa sahaja yang berkenaan dengan suami, aku periksa dan aku jumpa macam-macam. Aku ambil gambar dan aku aku buang semuanya. Aku sent ke wassap suami dan aku juga tinggalkan pesanan, ‘kita perlu berbincang atau lepaskan saya’.

Malam tu awal suami balik, dia buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Selesai suami solat isyak aku duduk disebelahnya. Aku tanya masih sayangkan aku? Masih nak teruskan perkahwinan ni? Masih perlukan aku disisi? Suami hanya tunduk membisu. Aku terus dengan niat aku untuk membantu. Pertama sekali aku nak dia tukar password telefon yang aku bole access. Kedua aku akan buat spotcheck secara berkala dan sekiranya aku terjumpa apa-apa yang mencurigakan, bermakna tiada maaf bagimu. Aku minta dia ke sesi pemulihan. Aku pilih pusat swasta sebab aku sayang dia dan biarlah ia rahsia kami berdua.

Alhamdulillah sekarang sudah 4 tahun perkara ni berlalu. Selepas membaca cerita Hawa, baru aku sedar bukan aku seorang diuji sebegini. Nasihat aku kepada wanita yang senasib, setiap ujian ada jalan keluar. Jangan biarkan diri menjadi mangsa. Aku tak bercerita pada sesiapa, sebab ini aib suami aku dan disimpan kemas dalam diari hati aku. Sentiasa yakin ALLAH akan bantu kita maka mintalah. Sentiasa dahulukan rasional dan ketepikan emosi.

Jauh lagi perjalanan aku dan suami. Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan jodoh kami. Sekarang semua perkara kami buat bersama. Sekiranya ternampak perubahan-perubahan besar@kecil pasangan, selidik dan cari punca. Tapi, jangan sesekali menghukum kerana semua orang berhak peluang kedua.

– Kasih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *