Assalamualaikum w.b.t… Terima kasih pada admin siarkan luahan hati saya…
Dalam pukul 1 ke 2 petang aku terbangun sekejap dari tidur kerana dengar suara anak anjing menjerit tapi aku jenis berat badan malas nak bangun nak ambik berat tentang apa yang berlaku.
Tapi tiba -tiba mak aku kejutkan aku mintak tolong anak anjing kene gigit biawak besar. Aku tengok parah sebab koyak kulit kaki sampai nampak tulang putih.
Aku penganggur, baru berhenti kerja. Aku beritahu mak, boleh minta bantuan kewangan ke dari siapa2 sebab aku tak sampai hati biarkan dia dalam kesakitan.
Mak kata kita dah tolong dari biawak dahla. Tapi aku usaha mesej maksu aku minta bantuan tapi maksu kata tak dapat tolong dan suruh aku tawakal.
Akhirnya aku call vets berhampiran dan beritahu boleh ke hutang dulu. Sebab aku hanya bergantung pada elaun oku. Doktor swasta setuju untuk tolong anak anjing ni.
Nak hantar klinik kerajaan aku dah call, dia suruh datang esok pagi ambik nombor giliran. Rasanya ada terhad 20 hingga 40 ke macam tu.
Sebab tu aku hantar klinik haiwan swasta. Syukur kaki dia tak kene potong, aku pujuk supaya kaki dia tak kene potong.
Kalau potong kaki dalam 4 ke 5 ribu doktor pun tau aku tak mampu. Dan doktor cuba sambungkan kaki buat laser terapi. Sebulan lebih dia kat klinik dan bayaran RM400 secara ansuran.
Bila bawa balik mak usaha tanya kawan2 mak yang non muslim samada nak anjing, tanya jugak jiran semua tak nak. Akhirnya aku jaga letak luar rumah dulu pastu hujan letak dalam beranda. Comel.
Tapi semakin dia membesar dia suka bawa sampah dalam kawasan rumah, sampai selipar, kasut dan carpet kecik jiran dia bawa kat rumah ni. Jiran sampai marah2 sebab kasut dia berharga seratus lebih.
Aku memang nak ganti. Tapi mak dia tak nak ganti rugi. Sampai jiran lelaki yang marah tu mencarut dan nak ugut umpan anjing dan nak repot polis.
Sekali pernah lepas anjing tu dekat taman rakyat klang. Ini lah penyesalan aku… Pada suatu pagi… Dalam 4 ke 5 pagi aku stress sebab takda duit.
Aku memang kurang sihat, aku sesak nafas doktor bagi ubat gastrik. Aku sesak nafas sebelum jumpa anjing.
Bila pagi tu aku tak tidur aku stress takda duit dan kucing aku bising nak makan, aku bagi kucing aku makan nasi dan sardin tapi lepastu dah habis lauk.
Aku stress dengar kucing bising jadi tambah tekanan bila mak aku kata, ‘kita dapat duit bukan beli makanan kucing’, sebab aku guna duit aku bukan duit mak.
Aku buat keputusan dalam keadaan marah akhirnya aku lepaskan kucing2 aku di sri andalas klang.
Sebab aku sayang mak aku. Dan sewaktu aku nak hantar kucing bila reverse kereta nampak kasut 2 tepi rumah lagi buat aku marah. Aku pun ambik anjing dan lepaskan.
Sebelum tu hujan dia nak masuk celah celah pagar mana muat. Dia dah besar. Last aku bagi dia makan pada waktu petang. Aku lepaskan anjing tu waktu pagi. Sebab hanya aku dan jiran lelaki cina je beri makan anjing tu.
Lepas 2 hari aku cari dia 1 taman rakyat tapi tak jumpa aku pergi esoknya aku lepaskan dia kat bawah dan aku nampak dia terbaring tepi jalan dengan tidak bernyawa.
Aku meraung dan menangis sampai mata bengkak. Aku rasa serba salah atas dosa aku.
Aku pun tak tahu kenapa aku boleh buat anjing tu macam tu. Sampai hati aku. Tapi aku betul tak sengaja.
Aku sangat sayang kan anjing tu. Masa first bawa balik dari klinik aku suruh dia ikut mak dia tapi sekejap dia patah balik dan lari masuk rumah keluarga aku.
Kali pertama lepaskan dia aku panggil anjing aku. Terus dia lari datang ke arah ku. Sayang nya dia pada aku tapi aku tergamak tinggalkan dia kat taman rakyat pagi2 tengah hujan renyai dengan dia lapar. Maafkan akak.
Aku syak anjing aku makan makanan beracun dan kemungkinan di langgar.
Aku nampak ada 2 bungkus nasi goreng dia arah berlainan di atas taman rakyat klang. Aku syak makanan itu di racun sebab anjing anjing liar tak makan nasi goreng tu.
Masa aku jumpa anjing kesayangan aku ada sisa makanan di mulut dia dan bengkak darah beku di bahagian tangan.
Ya Allah! Peluang hanya datang sekali. Masa kali pertama aku lepaskan aku janji pada Allah andai aku jumpa akan aku beri pada uncle pasai. Tapi uncle pasai lambat carikan kawan yang nak kan anjing aku.
Aku menyesal sebab masalah kewangan, masalah kucing bising, masalah risau jiran marah dan masalah mak pun kurang suka haiwan buatkan aku lepaskan dia. Tapi akhirnya aku menyesal dunia dan akhirat.
Aku ambik jenazah anjing aku bawa balik rumah dan aku tanam di tepi pohon.
Aku selalu salahkan diri aku. Kalau aku pandai buat pilihan. Tapi nasi dah jadi bubur. Maafkan akak, ini kali pertama aku meraung sebab anjing kesayangan aku.
Maafkan akak sebab dapat tuan tak bertanggungjawab dan seorang pemarah.
KAMI TAK MINTA DI LAHIRKAN ANJING,
TAK MAHU BANTU JANGAN ZALIMI KAMI,
JIKA KAMI SALAH BANTU DIDIK KAMI, KERANA KAMI ADALAH ANJING BERSIFAT BINATANG.
SEMOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA AKU.
Andai aku pandai bersabar, Allah hanya uji sedikit tapi aku tak mampu sabar dan tahan marah.
Maafkan akak. Akak menyesal. Peluang takkan datang 2x. Hargailah haiwan anda.
– Petra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit