Severe Anxiety Disorder

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian…semoga berada dalam rahmat Allah S.W.T sentiasa. Tak lupa juga thanks kepada iiumc confessions sebab bagi peluang untuk aku luahkan apa yang telah terjadi dalam hidupku.

Aku sebelum ni sama macam orang lain…sihat dan normal..senang citer aku ni memang seorang yang ceria, suka gelak, senyum, suka menyakat kawan-kawan dan jenis x amik kesah apa orang nak cakap..kiranya aku bukan seorang yang mudah sentap la.. tapi hidup manusia..akan sentiasa diuji setiap masa samada ujian yang membuatkan kita gembira atau ujian yang membuatkan kite sedih..

Segalanya berubah pada pertengahan tahun 2015..aku diuji oleh Allah dengan ujian yang ku rasakan sangat berat..ujian yang melibatkan keluargaku..waktu tu aku rasakan duniaku gelap..aku rasa bagaikan mimpi apa yang aku dengar..seperti tidak percaya apa yang berlaku..bermulanya dari saat itu lah hidup aku berubah..aku menangis setiap masa..aku tak boleh tidur..aku langsung tak makan.. sikap aku jugak mula berubah..dari seorang periang kepada seorang yang pendiam dan murung..dari seorang yang tak ambik kesah apa orang nak cakap kepada seorang yang sangat sensetif. Mood aku berubah setiap masa..adakalanya aku happy sangat dan adakalanya aku sedih sangat..dan adakalanya aku moody sangat.

Aku menjadi seorang yang pendiam dan suka asingkan diri dari semua orang.. aku tak boleh nak berhadapan dengan orang ramai sebab aku rasa takut dan rimas..aku tak boleh dengar bunyi bising nanti aku akan sakit kepala. Bila aku berada di tempat orang ramai badan aku akan mula mengigil..aku akan sakit dada n sesak nafas..jantung aku berdebar-debar dan kadangkala aku pitam.. bila aku check simpton aku..aku dapati aku menghidap anxiety disorder…aku pergi berjumpa doctor dan hasil rawatan doctor turut mengesahkan aku menghidap severe anxiety disorder…tapi sampai sekarang aku masih belum pergi jumpa psychiatrist…aku masih takde kekuatan untuk
pergi..

Untuk makluman pembaca sehingga kini aku masih lagi menghidap anxiety dan depression ni.. dan keadaan aku makin hati makin teruk..dan baru-baru ni aku diuji lagi dengan kehilangan pekerjaan setelah hampir 8 tahun berkerja. Boleh dikatakan aku dianiaya oleh boss sendiri.. Aku jadi down sangat-sangat sampaikan aku rasa nak mati.. ye itulah yang aku rasa… setiap hari aku menangis..aku murung teruk sangat. Aku tak makan tak minum..aku cuma fikir nak akhiri hidup ni..walaupun aku meluahkan pada org kawan-kawan dan keluarga aku tapi aku rasa diorng tak faham..ye itulah org yang mengidap depression dan anxiety macam aku ni rasa… tapi iman aku masih kuat..aku masih solat dan mengaji..dan sehingga kini pun aku masih kumpul kekuatan untuk bangkit..tapi aku sunyi..sunyi sangat…aku sentiasa perlukan seseorang untuk meluah..yang boleh berborak dengan aku..tapi aku faham kwn2 aku semua sebok jadi kadang-kadang bile aku mesej pun diorng tak layan..ada jugak kawan yang dulu nye rapat sangat tibe-tibe berubah n jauhkan diri dari aku..ada jugak yang malas nak layan dan bagi macam-macam alasan bile aku nal call ..ada jugak yang marah katanya aku ni degil n fikir sangat..

Wahai pembaca, percayalah hanya orang yang alami depression dan anxiety ni je yang akan faham keadaan orang yang mengidap penyakit tu..kami bukan saja-saja nak jadi macam ni.. bukan saja-saja nak cerita benda yang tak ada..bukan nak mengada-gada..bukan nak harapkan perhatian 24/7 tapi kami memang perlukan kamu untuk menjadi teman pendengar kami.. teman bersembang kami…apa pun kepada orang sekelilin aku, aku mohon maaf sekiranya selama ini terlalu banyak membebankan korang semua.. semoga Allah saja yang membalas jasa kalian..

– Aku Si Penghidap Severe Anxiety Disorder

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit