Sex Education

Assalamualaikum

Para pembaca.

Aku gadis 21 tahun 2k18.

Sekadar memberi pendapat kepada semua orang diluar sana.

Sekarang musim perayaan. Ya. Pasti ada antara netizen yg pulang beraya bersama keluarga di kampung masing2. Zaman kanak2 dulu x sama mcm zaman sekarang.

Minda kita terdedah dengan pelbagai perkara. Termasuk kecanggihan teknologi.

Video2 porn dikongsi tanpa segan silu. Begitu jugak kata2 berbau lucah .Ia terjadi dalam masyarakat kita. Ya. Berlaku. Minda dan pemikiran anak2 kita sngt terdedah.

Wahai parents kt luar Sana mohon sangat ikutilah langkah2 yg saya sebutkan demi kebaikan anak2 tuan2 dan puan2.

1) Asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Seeloknya ada bilik tidur masing2.

Mcm tu juga bila pulang ke kampung.Tak payah la campur gaul tempat tidur sepupu perempuan dan lelaki. Pisah kan dari mereka kecik. Terang kan pada anak2 kenapa tak boleh tidur sekali . Buat kan anak2 rasa malu untuk tidur berlainan jantina.

2) Bagitau dan ajar anak2 baik anak lelaki atau perempuan .

Jangan benarkan mereka punya bahagian sulit atau mana2 kawasan anggota badan disentuh oleh sesiapa pun tanpa izin parents. Ajar kan kepada anak perempuan untuk jaga diri mereka dari disentuh oleh sesiapa.Begitu jugak kepada anak lelaki.

Contoh ; Kak sedara raba2 bahagian sulit anak lelaki ipar kamu. Jadi ajar kan kepada anak3 untuk cerita untuk lawan PELAKU untuk jerit kuat2 tak kira sesiapa pun yg menyentuh badan kamu tanpa kerelaaan ( secara paksa ) .

3) Hantar anak belajar ilmu pertahankan diri sejak kecil atau ajar kan anak untuk mempertahan kan diri mereka.

Bagitau mereka begini ” kakak , ibu hantar kakak taekwando ni sbb kalau kakak tiba2 ada orang sentuh ini ke itu ka kakak terus tumbuk dia dan jerit kuat2 atau larikan diri ”

Dan berlatihlah dengan anak jika diserang bagaimana hendak melawan.

4) Teach your child to avoid them that said ( sex ) to child.

Cerita kan pada anak2 kalau dengar orang ckp ayat itu atau perkataan itu terhadap kamu , adik kamu atau abang kamu. Cepat2 jauhkan diri dari orang tersebut dan adukan pada parents.

5) Parents yg dah tahu abang kandung dia ka ,anak adik ipar dia ka yg pernah terlibat dengan sebarang salah laku sexsual.

Tolong jangan dekat kan anak anda pada mereka. Tolonglah .

Jika dekat jugak , tolong awasi anak anda.

6) Jaga aurat anak anda baik di dalam rumah atau di alam Maya.

Jangan sesuka hati pakaikan anak2 skirt ke apa2 lah yg terlalu menonjol kan anak anda. Maybe anak anda adalah mangsa seterusnya.Jaga maruah anak. Ni tak , gmbr anak pakai bikini p upload kt socmed .

7) Teach your son to protect their sister. .

Parents kena selalu biasa kan abang2 ( anak mereka ) untuk jaga dan lindungiii adik2 mereka.

Sentiasa katakan pada anak lelaki

” Abang kena jaga adik ,Jangan biar sesiapa pun sentuh adik. Abang sayang adik kan “.

8) Parents tolong pantau Permainan anak2 kalian .

Jika Permainan yg kamu sebagai parents rasa pelik. Baik hentikan dan terangkan keburukkan Permainan itu. Main boleh , Tp tak payah sampai kena bukak baju , pegang itu ini ,cium ka apa ka. Tu bukan Permainan .

Ajarlah Permainan lain yang lagi munasabah.

9) Sekat dan blok semua laman web x elok kt Google anak.

Control anak2 punya ” search”

10) Ambil tahu dengan siapa anak lelaki dan anak perempuan kalian berkawan.

Ambil tahu ! .Kalau boleh jadi kawan dengan parents mereka.

11) selalu biasakan anak bertanya anda sebagai parents.

Contoh : ada orang cakap ” some weird word “. Then ajar anak untuk datang tanya anda sebagai parents.Boleh la anda tumbuk manusia yg tnya soalan pelik kt anak anda. Huhu .

Kepada mak2 kat luar sana. Zaman sekarang bukan zaman dulu. Open minded sikit. Jangan percaya kan sesiapa. Sentiasa awasi dan periksa anak anda. Jika sikapnya tiba2 berbeza. Tanya anak anda dan lakukan langkah seterusnya. Jangan taat membuta tuli pada sesiapa pun. Jaga maruah anak anda.

Kepada ayah2 kat luar sana.

Ingat anak anda , Darah daging anda. Hasil perkongsian cinta anda dan isteri anda. Sayangi dan jaga amanah Allah baik2. Jangan jadi haruan makan haruan. Don’t trus anyone. Termasuk adik lelaki kau yg baru baligh.Beware lah.

Kepada adik beradik lelaki.

Anda ada adik2 perempuan , kakak perempuan. Maka , sayangi mereka dan lindungiii mereka. Don’t be stupid. Jngn trpengaruh dengan mana2 manusia lain.jaga maruah adik beradik anda. Jadi lelaki. Bukan bangsat.

Kepada anak2 perempuan. Yang pasti kamu perempuan.

Lawan. Jangan diam. Bertindak. Negara kita ada undang2.Jangan risau banyak ja rumah perlindungan kepada kalian jika keluarga kalian ada bela haruan makan haruan. Jangan takut. Tolong lindungiii dan jaga diri anda. Jaga etika pakaian kamu dalam rumah. Malu sikit kat abng kamu dan ayah kamu.

To parents .

1) Jangan kiss ke berpeluk2 atau apa2 aksi depan anak2.

Especially masa anak kecik dan sedang meningkat dewasa.

Please la jaga adab dan tingkah laku. Dont do anything weird until being watching by your child.

Malu la sikit. Ingat. Anak2 ni suka Cuba sbb keinginan mereka masa nak membesar. Kang dicuba aksi2 tu depan ahli keluarga yg lain kang. Takpun anak2 tiru aksi kalian masa p sekolah. Haru weh.

2) Tolonglah ya parents2 yg ada simpan video lucah dalam rumah.

Tolong buang. Tolong jangan letak dalam rumah .can you imagine anak kau tengok benda dalam tu dan Cuba benda2 dalam tu ? Otak letak kat mana ? Tolong jangan wujudkan punca anak2 ketagih porn disebabkan sikap kalian !

If korang cetek pengetahuan agama sekalipun tolonglah Jangan jadi punca anak kalian rosak .

Sekurang2 nya tahu batas dengan partner korang masa depan anak2. Awat yg horny sangat bila ada anak2. * Tepuk dahi .

3) sekali sekala mak tidur dengan anak perempuan dalam bilik diorang. Begitu jugak ayah. Ayah tidur dengan anak lelaki.Hugs them and always said ” abah sayang kamu semua “.

4) Parents tolong jaga etika pakaian depan anak2.

Si ibu Jangan sesuka hati pakai baju jarang ka , skirt pendek ka atau apa2 baju tak elok depan anak.

Begitu juga si bapa , Jangan sesuka hati pakai boxer depan anak2. Dngn alasan anak kecik lagi. Nonsense !

Mana malu kalian sebagai parents?

” Anak rogol ibu ” tak takut ke kes mcm tu ? So baik cegah dari rawat.

5) Dont dirty talk Infront of your child. Ya. Mereka maybe masih tak faham sebab kecik .can u imagine mereka p Tanya orang lain about what u said ? Malu tak ?

6) Jangan kiss mulut anak.

Ia akan rangsang nafsu kanak2.

Boleh ja kiss pipi ka lengan ka paha ka dahi ka. So Jangan la biasa kan diri kiss mulut anak. Bacteria ka apa mana kau tahu.

Kepada kalian yg dah terlanjur.

1) Jangan buang bayi di tempat merbahaya. Dah kamu lahir luar nikah kamu buang dengan niat nak bunuh plak. Mana hati perut kamu ?

Jadi letak kan anak kalian ditempat sewajarnya seperti

Dalam masjid ,surau , di pusat perlindungan.atau mana2 kawasan yg tak dedahkan anak kamu kepada bahaya.

Kpda masyarakat kt luar sana. Jngn la sibuk judge orang itu ini. Jika kamu tak ubah mind set kamu. Sampai bila2 la kita tak berubah. Mana kamu tahu semua yg pregnant luar nikah tu sbb kerelaaan ? Kena rogol ka , mangsa pedo ke , mangsa haruan ka. You don’t know !! Ke anak kamu ka yg rogol.

Sex education must start among family members.

Protect your child.

– Mawar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *