Sexual Harassment

Assalamualaikum.
Terima kasih dkt admin kalau share story aku.

Tengah scroll fb,tetibe nmpk confession sis A pasal mangsa rogol. So terdetik dekat hati aku nak cerita jugk peristiwa hitam bagi aku masa umur 7 tahun. Kawan parents aku,yes kawan umur sama. Tua dah nak mati patut bertaubat bukan menggatal.First time aku kena masa weekend parents aku pergi rumah dia,aku sorang je ikut. Yelah anak bongsu mana pernah berrenggang dgn parent. Time nak balik dlm kereta aku dduk belakang,tingkap terbuka so aku dduk rapat dkt tingkap. Aku ingat parent aku nk gerak dah tpi still menyembang and suddenly pakcik ni suruh aku dduk dkt tingkap and aku pun bangang pergi ikut. Tahu apa dia buat?
Dia peluk aku,ttup mulut aku then
dia gosok2 kemaluan aku sambil tnya ‘sedap tak?’

Aku time tu berharap sangat ibu aku pusing belakang but ibu tk pusing. Aku cuba tarik badan aku,tpi korang sndri pun tahu apalah sangat daya budak 7 tahun dgn lelaki lewat 40 an. Lama jugak dia buat macam tu,aku rasa tk selesa. Nasib ayah aku cakap nk gerak dah sebab nk pergi beli barang. Aku terus tarik badan masuk kereta. Aku still takleh lupa mcm mana creepy nya senyum pakcik gatal tu. Itu first time kena,then aku cuba elak dari ikut pergi rumah pakcik tu.

Tapi fake hope jelah elak dri jumpa pakcik gatal nk mampus tu,parent aku bukak kedai. So aku balik dri sekolah pergi kedai tggu parent aku hbis meniaga macam biasa tpi haritu dia ada,so dia tawarkan diri utk hntar aku balik rumah. Aku dah cakap dkt ayah aku yg aku boleh balik sendri but ayah aku kata naik je dgn pakcik tu. Takleh salahkan ayah aku sebab dia tak tahu. So nak tak nak aku naik dgn dia,naik motor. Rumah dgn kedai aku tk jauh dlm 3 minit dah sampai. Tapi pakcik gatal ni bawak slow2 and tangan kiri dia kebelakang and grab my pussy . Aku rasa mcm nk flying kick pakcik tu but aku takut,takut sangat. Tak tahu kenapa takut. And he repeat the same word ‘sedap tak’ dia siap ajak pusing satu round lagi naik motor dgn dia but I refuse and said byk homework nk siapkan.

Nasib weyh dia hntr balik,time tu aku tak tahu nk describe feeling aku,cemana aku nk bgthu parent aku,ada ke orang nak percaya?,aku tk berani nak bagitahu parent aku even my siblings. None of them know abt this . And the last time which is raya aidilfitri,macam biasa berkunjung ke rumah. Aku tk tahu pulak parent aku nak pergi rumah dia,so sampai je rumah dia,he treat my whole family mcm biasa BUT suddenly kakak aku boleh pulak suruh aku pergi ambil purse dekat kereta and pakcik gatal ni tawarkan diri nk temankan kononya bahaya. And guess what,dekat luar rumah dia tu jugak dia buat benda sama weyh. Aku nak menangis time tu,dgn meraba bahagian atas lagi. Allah je tahu perasaan aku. Aku tolak pakcik tu then terus masuk rumah,tak ambil pun purse kakak aku. And that is the last time dia buat macam tu. Aku tak tahu kemana dia pergi sebab parents aku tk jumpa dia lansung.

Pakcik tu parent aku sendiri tahu dia gatal,sebab jenis sembang lucah2. Tpi idk why they keep being friend. Pakcik tu bini 2,tpi still tk ckup utk layan nafsu binatang dia mungkin. Sampai bila2 aku takkan lupa benda ni,aku takkan maafkan pakcik tu. Sebab dia bagi bad memory dlm hidup aku. Aku siap delete nombor dia dalam telefon ayah aku. Aku selalu salahkan diri aku sebab tak lawan pakcik tu,sebab tak bagitahu parent aku. Tapi aku risau parent aku bergaduh time tu. Kecik lagi,mana nak fikir panjang. Aku fobia dgn lelaki especially yg tua sebab pakcik gatal ni. Sampaikan pernah aku fikir yg pakcik sedara aku semua macam dia. Tapi nasib aku jenis fikir positif so aku tk labelkan semua mcm tu. Aku kawan dengan lelaki,tpi jaga batas sebab risau kena lagi.

And to parents out there,please lah brief your children abt sexual harassment,don’t trust people too much even dia kawan baik kau. Kita tk pernah tahu hati orang. Ajar anak2 bagitahu semua benda yg jdi dlm kehidupan harian diaorg. Ajar anak2 apa nak buat bila ada org pegang or do something dkt diaorg. Lebih baik Mencegah dari merawat,faham ayat ni betul2. Protect yourself,family and children. Doakan aku utk maafkan pakcik gatal tu. Jangan menyesal kemudian hari,macam aku. Even tak kena rogol,aku rasa diri aku pun kotor and tak layak jadi isteri orang. Beware .

Sekian,thank you

– Si N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit