Sexual Harassment

Hai, saya tertarik dengan confessor berkaitan sexual harrasment cikgu H dan cikgu A, (https://iiumc.com/pendidikan/).

Benar, guru adalah suri teladan di sekolah selepas ibu bapa di rumah. Namun, guru bukanlah malaikat. Mereka juga ada nafsu.

Saya harap cerita ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa dan anak-anak diluar sana.

Cerita ni berlaku beberapa tahun lepas masa saya sekolah menengah. Ada dua peristiwa yang berlaku masa itu.

Cerita ini tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa demi menjaga nama baik semua pihak ketika itu. Bodohnya saya sebab tak berterus terang, dengan cerita ini, harapnya semua orang lebih peka.

Peristiwa pertama :

Masa tu aku tingkatan 3, maklumlah ting 3 ada exam besar. Masa ni dah start silibus pt3. Untuk subjek sejarah dan geografi, saya perlu buat kerja kursus.

Masa tu minggu akhir untuk hantar, biasalah semua pelajar akan beratur jumpa cikgu di kelas untuk semakan terakhir, tak terkecuali saya.

Masa tu depan saya ada sorang pelajar lain tengah semak, saya pun beratur di belakang sambil jengket tengok kawan punya, saya tak perasan di belakang saya ada seorang budak lelaki sebab seingat saya masatu saya orang last.

Lepas kawan depan dah pergi, saya toleh kiri rupanya dia betul-betul rapat dengan saya. Semacam tak ada jarak. Saya terundur ke belakang dan terlanggar dia. Terus dia ambil kesempatan pegang pinggang saya.

Saya marah dia kenapa dekat-dekat sangat. Dia boleh jawab ala saja je. Tahu takut. Dia pegang saya konon nak elak saya jatuh.

Saya kelu. Saya tak pernah biarkan sesiapa pegang-pegang saya sesuka hati sampai sekarang. Sampai sekarang saya takut kalau ada lelaki berdiri dekat dengan saya. Hatta 1 kaki pun.

Ingat, kawan sekelas pun boleh buat sexual harrasment dekat kita. Berjaga-jagalah.

Peristiwa kedua :

Ini berlaku masa saya tingkatan 4 atau 5. Saya tak pasti. Masa tu saya baru keluar dari bilik guru lepas hantar kerja sekolah. Waktu tu dah balik rasanya.

Masa baru je keluar bilik guru, tiba-tiba ada cikgu seorang cikgu lelaki ni datang dari belakang and peluk bahu saya.

“Hai yaya. Macam mana kelas harini? Ok ke?” Tanya dia ramah.

Saya terkejut and terus jalan laju nak turun tangga. Tak jawab pun soalan dia. Dia masih lagi letakkan tangan di bahu saya.

Baru saya nak marah dia, kelihatan seorang kawan saya yang nak pergi bilik guru, terus dia turun tangan takut kantoi. Saya tak fikir panjang terus lari.

Mungkin ada yang tertanya, tak ada orang nampak ke?

Tak ada sebab kawasan bilik guru dan pejabat adalah kawasan larangan pelajar. Cuma sesiapa yang ada urusan je dibenarkan.

Waktu balik, semestinya guru-guru semua dalam bilik guru. Tak ada yang perasan. Kenapa saya tak jerit? Saya terkejut.

So, kesimpulannya walaupun sentuhan semua tu yang kena ‘private part’ tapi kita kena jaga-jaga dengan semua orang. Walaupun dia kawan rapat or cikgu kita sendiri.

Jangan biarkan anak gadis terus diam kalau kena sexual harrasment.

Sekian itu kisah saya. Harap jadi pengajaran kepada semua. Stay safe semua!

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *